KelabMama

7 Cara Mengatasi Karang Gigi Anak (Nombor 6 Paling Penting!)

karang gigi kanak-kanak

Mama sedar tak kanak-kanak satu hingga enam tahun ialah fasa pertumbuhan anak yang paling aktif. Walaupun gigi anak-anak di usia ini ialah gigi susu, tetapi fungsinya dan kesan kesihatannya tetap sama. 

Dalam artikel ini, Mama ceritakan akibat karang gigi yang sering terjadi dalam kalangan anak-anak kita dan tujuh cara mengatasi karang gigi tersebut.

Gingivitis! Kesan Karang Gigi Pada Kanak-Kanak

“Mama, budak lagi kan. Kenapa nak risau sangat?”

Baik, begini ya. Bak kata pepatah, ‘sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit”. Karang gigi itu berlaku perlahan-lahan di permukaan gigi yang sering diabaikan. 

Lama-kelamaan, karang gigi menjadi semakin menebal. Mulut menjadi berbau dan merosakkan susunan gigi sedikit demi sedikit. 

Selain itu, karang gigi juga boleh menyebabkan gingivitis iaitu penyakit gusi yang berpunca dari janglitan kuman. Mahukah Mama melihat anak-anak merengek dan menangis kerana gusinya meradang, merah serta bengkak?

7 Cara Mengatasi Karang Gigi Anak

#1 Kumur Selepas Makan

Kredit gambar: detikHealth

Berkumur mengelakkan karang gigi menebal pada batang-batang gigi. Ajarkan anak Mama supaya berkumur setiap kali selepas makan agar kotoran yang tersisa dalam mulut boleh dibersihkan. 

Sebagai langkah keselamatan, Mama boleh sediakan air masak untuk anak berkumur. Kenapa? Mama Siti cuma nak pasti mereka selamat jika tertelan air yang dikumur. 

#2 Bersihkan Dengan Kain Khas

Alternatif seterusnya ialah ambil kain bersih dan basahkan dengan air suam. Kemudian, minta anak-anak berkumur dan Mama boleh mula bersihkan celah-celah gigi.

Apabila sudah selesai, berus gigi anak perlahan-lahan dan mintanya berkumur-kumur sebanyak tiga kali. 

#3 Minum dari Gelas

Botol susu juga antara penyebab utama berlakunya masalah gigi dalam kalangan kanak-kanak. Puting botol susu membuatkan susu terus melekat pada gigi. 

Ia membentuk karang kerana kandungan asid yang sangat tinggi. Disebabkan itulah, Mama perlu berusaha memberikan anak minum dari gelas agar dapat mengurangkan risiko karang gigi di usia dini.  

#4 Makan Keju

Kenapa keju? Ini kerana keju mengandungi bahan yang membantu melawan keadaan berasid di dalam mulut. 

Apabila mulut berasid, ia mendorong pembentukan karang di celah-celah gigi. Lama-kelamaan, ia menjadi semakin menebal dan mengganggu proses pertumbuhan gigi yang sihat.  

#5 Kurangkan Jajan, Lebihkan Buah dan Sayuran 

Kredit gambar: DIvas Can Cook

Bukan kita tak tahu, kebanyakan jajan di pasaran mengandungi kadar gula yang tinggi. Selama ini, memang gula lah yang menjadi punca karang gigi. 

Oleh sebab itu, apa kata selepas ini Mama gantikan makanan ringan kepada buah-buahan. Bagi menarik perhatian mereka, Mama pelbagaikan penyediaannya. 

Contohnya, jadikan sebagai biskut, puding atau kek.  

#6 Buat Janji Temu Bersama Doktor Gigi

Kredit gambar: Berita Harian

Langkah awal yang boleh diambil adalah dengan membawa mereka ke doktor gigi seawal mungkin. 

“Berapa usia yang sesuai nak bawa anak ke klinik gigi ya Mama Siti?”

Apabila tumbuh sahaja sebatang gigi pertama, Mama dah boleh buat lawatan kali pertama ke klinik gigi

Doktor akan periksa keadaan gigi dan dalam masa yang sama memberikan khidmat nasihat dan tips untuk menjaga gigi sejak mereka masih kecil.

#7 Ajar Anak Gosok Gigi Sendiri

Mama pernah dengar tak frasa bahasa Inggeris, ‘children see, children do’. Petua nak ajar anak pandai gosok gigi ialah Mama ajak anak ke bilik air setiap kali Mama ingin menggosok gigi. 

Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan. Lama-kelamaan bila dah banyak kali tengok Mama gosok gigi, anak pun akan terikut sama. 

Jadi, memang kita kena ambil serius perihal karang gigi ini ya Mama. ini kerana fungsi dan kesannya serupa dengan gigi orang dewasa. 


Ikuti tips dan panduan dan tips kesihatan DI SINI.