KelabMama

KANSER SERVIKS PALING BANYAK MENYERANG WANITA. MAMA SUDAH LAKUKAN UJIAN PAP SMEAR SELEPAS BERSALIN?

Jangan pandang remeh jika didatangi darah haid lebih banyak dan berpanjangan daripada biasa. Dan jika telah menopaus tetapi tiba-tiba terdapat pendarahan seperti haid serta sakit melampau di bahagian serviks, berjumpalah doktor atau jalani ujian pap smear setahun sekali. Ini kerana kanser serviks boleh menyerang wanita pada usia seawal 20 tahun. Kanser serviks adalah kanser nombor dua atau tiga selepas kanser payudara atau kanser kolon.

 

APA DIA PANGKAL RAHIM?

Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.

 

APAKAH JENIS KANSER PANGKAL RAHIM?

Keabnormalan sel pangkal rahim sebelum menjadi kanser

 

TERDAPAT DUA JENIS UTAMA BARAH PANGKAL RAHIM IAITU

 

APA FAKTOR RISIKO KANSER PANGKAL RAHIM?

Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim:

 

APAKAH GEJALA KANSER PANGKAL RAHIM?

Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain. Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:

 

BAGAIMANA ANDA DIAGNOSAKAN KANSER PANGKAL RAHIM?

Dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim sebelum barah terbentuk. Contoh sel dari permukaan pangkal rahim dihantar untuk analisa patologi di bawah mikroskop. Keputusan selalunya boleh diperolehi dalam masa seminggu selepas ujian. Doktor akan memasukkan sejenis alat iaitu spekulum ke dalam faraj di mana ia membuka ruang faraj bagi membolehkan pangkal rahim dilihat. Doktor akan menggunakan alat seperti spatula untuk mengambil sel dari pangkal rahim. Wanita disarankan menjalani ujian pap sekali setiap dua tahun.

Doktor mungkin melakukan prosedur colposcopy untuk memeriksa kawasan pangkal rahim yang luar biasa. Alat khas yang dipanggil colposcopy (alat membesarkan imej sel pangkal rahim dan faraj, sama seperti mikroskop) digunakan. Ia memberikan cahaya serta pembesaran imej tisu faraj dan pangkal rahim. Colposcopy adalah selamat digunakan pada wanita yang hamil. Walau bagaimanapun pesakit perlu memberitahu doktor jika dia berkemungkinan hamil kerana pesakit ini mungkin memerlukan rawatan yang berlainan.

Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya dengan cara diagnosa dapat dibuat dengan tepat. Semasa prosedur, doktor mengambil sedikit sampel tisu dan dihantar ke makmal untuk analisa.

Pesakit diberi ubat pelali/ bius sebelum prosedur dilakukan. Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan samada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.

Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT)

Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X

Ujian ini sama dengan imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet bukannya sinar-X untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap

 

APAKAH RAWATAN UNTUK KANSER PANGKAL RAHIM?

RAWATAN UNTUK DYSPLASIA

Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.

RAWATAN UNTUK BARAH PANGKAL RAHIM

Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.

PEMBEDAHAN

RADIOTERAPI

KIMOTERAPI

RAWATAN PALIATIF

VAKSIN HPV (HUMAN PAPILLOMAVIRUS)

 

 

 

Sumber:  myhealth.gov.my