KelabMama

Kanser Ovari: Apa Yang Mama Harus Tahu Mengenai Pembunuh Senyap Wanita

Dua bulan lepas, kita dikejutkan dengan pemergian penyanyi dan pelakon serba boleh terkemuka di Malaysia, Adibah Noor. Sebelum pemergian beliau, ramai yang menyatakan bahawa beliau kelihatan sangat kurus dan didiagnos kanser ovari tahap 4. Namun, beliau telah meninggal pada 18 Jun 2022. Ada sebab kanser ini dinamakan pembunuh senyap wanita kerana sukar untuk detect kanser ini hingga ia sudah terlambat.

Untuk pengetahuan Mama, kanser ovari adalah kanser keempat yang paling common dalam kalangan wanita di Malaysia. Mari Mama Siti terangkan tanda-tandanya dan juga apa sebenarnya kanser ovari ni?

Apa Itu Kanser Ovari

Kanser ovari adalah sel abnormal dalam ovari mula membesar dan membahagi dengan cara yang tak terkawal. Ia akan membentuk pertumbuhan ataupun tumor. Jika tak detect dengan lebih awal, sel-sel kanser akan tumbuh ke dalam tisu sekeliling dan mungkin merebak ke bahagian-bahagian lain dalam badan.

Simptom

Jenis-jenis Kanser Ovari

Terdapat beberapa jenis kanser ovari ya Mama. Setelah doktor mengenal pasti kanser ovari apa yang dihidap, ia dapat membantu doktor Mama menentukan rawatan yang terbaik untuk Mama.

Jenis kanser ovari termasuk:

Rawatan

Terdapat beberapa rawatan yang akan disyorkan oleh doktor Mama, seperti:

Rawatan Kemoterapi

Rawatan kemoterapi wujud sejak lebih 30 tahun lalu. Rawatan ini juga diberi sebelum pembedahan. Selepas menjalani pembedahan, pesakit juga akan diberi suntikan ubat kemoterapi. Tujuan sebenarr ubat ini adalah untuk membunuh sel-sel kanser ovari yang masih berkeliaran dalam tubuh pesakit.

Rawatan Radioterapi

Selain itu, rawatan radioterapi juga akan disyorkan oleh doktor-doktor. Ada digunakan bagi merawat kanser ovari jenis sel-sel germa (germ cell) di peringkat awal. Tetapi ia tidak digunakan dengan meluas dalam kanser ovari yang lain kerana ia kurang berkesan serta kesan sampingannya adalah teruk hingga merosakkan organ-organ penting seperti hati, buah pinggang serta usus kecil dan usus besar.