Mama yang mengandung sentiasa dinasihatkan untuk aktif bergerak, berjalan dan bersenam. Kalau Mama nak bekerja seperti hari-hari sebelumnya pun turut digalakkan. Tapi, jangan la sampai memudaratkan kesihatan dan kandungan. Walau macam mana sibuk sekali pun tugas dan tanggungjawab Mama, jangan sampai dah sakit baru nak rehat. Kesian diri sendiri dan kandungan.
Ikuti kisah tragis yang menimpa Puan Zalmah ketika beliau mengandungkan anaknya yang kedua. Kandungannya yang ketika itu berusia 7 bulan, pergi meninggalkannya buat selamanya.
Assalamualaikum dan selamat petang ibu-ibu dan bakal ibu semua. Kisah yang saya nak kongsikan ini berlaku pada 29 Nov 2016. Ambillah sebagai iktibar. Ini anak no2 saya, yang pertama kakak dia berumur 3 tahun lebih masa tu. Pada permulaan preggy yang kedua condition kesihatan saya tip top, so happy sangat sebab masa mengandung kakak dia ada diabetes dan darah tinggi, tapi under control lagi.
Iktibar untuk Mama Semua
Kisahnya bermula dengan pelbagai masalah dan ujian yang menimpa hidup menyebabkan saya stress dan teramat penat. Bulan 3 detect saya ada darah tinggi dan kencing kotor; pernah kena stay tiga malam dekat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kena makan ubat darah tinggi, masalah-masalah saya menyebabkan saya menjadi terlalu berdikari.
“Terlupa tengah mengandung…”
Hingga terlupa saya ni mengandung! Walau terlalu penat saya gagahkan diri hingga terlupa baby saya dah terlalu penat didalam. Saya selalu usap-usap perut saya menangis agar anak saya bertahan. Baby saya sangat aktif, menendang-nendang tak kira waktu. Then bulan November, kandungan masuk 7 bulan, bayi saya kurang bergerak.
Terpaksa Buat Pilihan – Diri Sendiri atau Kandungan
Saya pergi ke klinik dan akibat darah agak tinggi saya direfer ke hospital. Saya pilih hospital serdang dekat dgn rumah, dan saya diwarded. Ubat darah tinggi dan sawan ikut saluran darah diberikan, segala pakar masuk. Saya kemudiannya diberitahu condition saya, 50/50! Bayi saya tak mampu survive hingga cukup bulan. Air ketuban yang kurang. Kalau diteruskan, kedua-dua akan out. So doktor pilih ibu. Masa tu hujan airmata selebat-lebatnya. Saya merayu pada doktor buatlah sehabis baik untuk selamatkan anak saya. Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Baby saya pergi jugak meninggalkan saya dan dunia ini. Tenanglah sayang disana, bertemu Penciptamu.
ujar Puan Zalmah lagi. Al-Fatihah buat arwah.
Tidak sedetik pun mama lupakan sayang dan terlalu ingin bertemu sayang. Mama titipkan salam rindu buat sayang setiap kali lepas solat. Mama terasa sangat ikatan antara kita walau kita di alam berbeza.
Pesanan Buat Mama yang Mengandung
Sebenarnya terlalu banyak yang ingin saya kongsi, tapi cukup untuk kali ini buat bakal-bakal ibu, jagalah kesihatan baik-baik. Jangan buat kerja berat-berat, makan ubat ikut waktu. Jangan cuba-cuba skip dan rehatlah secukupnya. Buat anakku arwah Putra Muhamad Firas Firdawsi, mama bangga memiliki sayang, doakan mama tabah menghadapi ujian-ujian hidup yang sementara ini, sayang berkorban untuk mama disana. Mama, papa dan kakak Mayra sangat merindui sayang. 29 Nov 2016.
Semoga kisah Puan Zalmah ini dijadikan pengajaran buat Mama semua. Aktif macam mana pun kehidupan harian Mama, tolong jangan abaikan rehat yang mencukupi. Banyakkan rehat dan minum air. Untuk si suami, sentiasalah bertanyakan pada isteri anda – keadaan dia yang penat atau tidak, dah makan atau belum, dan sebagainya. Tak kisahlah anak pertama, kedua atau kelima sekali pun, sentiasa pastikan si ibu yang hamil untuk dapat rehat dan tidur yang cukup.