Tahniah! Tahniah! Tahniah sekali untuk Mama yang telah berjaya hamil. Jika sebelum ini keputusan samar-samar yang diperolehi tapi kali ini tidak lagi apabila garisan yang muncul pada UPT test Mama adalah sangat jelas. Pastinya sangat gembira bukan bila tahu hamil dengan kandungan 6 minggu.
Pada trimester pertama ini Mama seharusnya menumpukan perhatian terhadap pembentukan janin dalam kandungan Mama. Untuk itu, Mama Siti ingin berkongsi dengan Mama di luar sana berkenaan dengan kandungan pada usia 6 minggu.
Bagi Mama yang mana UPT testnya masih samar-samar boleh lawati kenalpasti tanda-tanda hamil di SINI sebagai rujukan Mama.
Perkembangan Kandungan 6- Minggu
Berikut merupakan perkembangan yang perlu anda tahu apabila kandungan anda memasuki usia 6 minggu iaitu:
#1. Perkembangan Janin Pada Minggu Enam Kehamilan
Memasuki minggu 6 kehamilan, bayi Mama sudah pun mempunyai saiz sebesar kacang pea iaitu kira-kira 0.25. Saiznya akan bertambah 2 kali ganda pada minggu ke 7. Perkembangan bayi pada usia 6 minggu ini akan menjadi semakin pesat terutamanya jantung dan otaknya. Bahagian-bahagian otak akan jelas terbentuk namun masih belum sempurna.
Manakala jantung bayi pula sudah mula berdegup. Selain itu, organ lain seperti hati dan pankreas juga sudah mula berkembang.
Pada usia kandungan 6 minggu ini bayi Mama berbentuk seakan berudu yang bergulung. Namun begitu, setiap anggota badan bayi Mama sedang berkembang dengan pantas. Tulang, tangan dan kaki sudah mulas terbentuk walaupun belum terbentuk dengan sempurna.
Mata bayi Mama juga mula terbentuk namun masih pada tahap yang awal di mana mata bayi kelihatan seperti dua titik hitam di kedua-dua belah muka bayi. Muka bayi Mama seperti dahi, dagu, telinga dan rahang
mulut sudah menampakkan perkembangannya usia kandungan 6 minggu.
#2. Perubahan Tubuh Mama Pada Usia 6 Minggu Kehamilan
Memasuki minggu ke 6 kehamilan iaitu trimester pertama kehamilan ini tubuh Mama mungkin akan mengalami beberapa simptom atau perubahan. Antara perubahan tersebut adalah seperti berikut:
- Bloating walaupun Mama makan sedikit sahaja. Hal ini disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan.
- Kerap kencing kerana buah pinggang Mama mula mengembang disebabkan oleh hormon hCG memberi kesan kepada pengaliran darah yang lebih banyak pada buah pinggang.
- Morning sickness adalah perkara biasa dan sering terjadi kepada wanita hamil.
- Rasa letih kerana tubuh Mama sedang bekerja keras untuk membesarkan bayi dalam kandungan
- Perubahan pada payudara yang mana sesetengah wanita akan berasa gatal, sensitif dan juga sedikit besar dari saiz biasa
- Perubahan emosi juga adalah antara perkara biasa terjadi pada wanita pada trimester pertama ini.
- Kehilangan berat bagi wanita yang mengalami morning sickness yang teruk seperti muntah, loya, hilang selera makan dan lain-lain.
Tips Menyokong/Menjaga Kehamilan
Bagi menyokong atau menjaga kandungan Mama pada minggu ke 6 ini, Mama boleh mencuba tips-tips di bawah.
- Teruskan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi zat besi, asid folik dan kalsium seperti saranan doktor untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Contohnya, pengambilan susu yang diformulasi khas untuk ibu mengandung.
- Untuk membantu pertumbuhan otak bayi Mama boleh memakan makanan yang tinggi kandungan DHA seperti ikan salmon dan sardin.
- Kawal emosi Mama dengan mengelakkan perkara yang negative mempengaruhi Mama. Hal ini kerana emosi Mama dapat mempengaruhi bayi dalam kandungan Mama.
- Amalkan memakan makanan berkhasiat untuk membekal zat dan nutrien bagi perkembangan bayi dalam kandungan.
- Walaupun, Mama tiada selera makan, makanlah walaupun sedikit. Ini bertujuan untuk memberikan Mama tenaga dan demi perkembangan bayi dalam kandungan.
- Jaga dan hadkan aktiviti yang berat dan boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan Mama.
- Elakkan tabiat yang tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol.
Kandungan pada minggu 6 ini masih di peringkat awal dan pada usia kandungan 6 minggu ini sesetengah wanita akan mengalami simptom seperti di atas tetapi ada juga yang masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Kandungan pada peringkat ini masih ‘fragile’. Segala kemungkinan boleh terjadi. Jadi, langkah berjaga-jaga haruslah dititikberatkan dalam segala urusan harian Mama. Namun, walau apa pun Mama seharusnya enjoy dan nikmatilah tempoh 9 bulan 10 hari ini dengan sebaiknya.
Mama juga boleh mendapatkan lebih informasi yang terkini serta perkongsian menarik daripada pakar-pakar di Malaysia, dengan menyertai Motherhood New Mom Privilege.
Mama berpeluang untuk mendapatkan pelbagai baucar, welcome gift, cabutan bertuah bulanan, dan hadiah istimewa apabila anda mendaftar di New Mom Program yang dianjurkan Motherhood.com.my.
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Ikuti perkembangan janin yang seterusnya di SINI.