Macam mana pagi Mama? Mula rasa loya-loya ke? Cuba cek UPT, mana tahu ada berita baik di pagi hari! Jangan pelik kalau tiba-tiba rasa loya, pening kepala atau payudara terasa sakit. Menjelang usia kandungan 4 minggu, Mama akan mula mengalami tanda-tanda hamil.
Jadi, bagi Mama yang direzekikan untuk mengandung secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang kaedah seharusnya menjaga kandungan dengan sebaik mungkin ya? Apatah lagi ia masih terlalu awal namun, penjagaan yang baik haruslah diberikan.
Untuk itu, Mama Siti ingin kongsikan beberapa perkara berkenaan kandungan pada minggu ke 4 sebagai panduan kepada Mama yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Jom lihat perkongsian di bawah ini!
Perkembangan Kandungan 4 Minggu
Berikut merupakan perkembangan usia kandungan 4 minggu yang perlu Mama tahu iaitu:
#1. Perkembangan Janin Usia Empat Minggu
Ketika memasuki 4 minggu kehamilan, janin yang pada ketika itu dikenali sebagai blastosis mempunyai panjang sekitar 0.35 hingga 1mm dan berbentuk seakan-akan bebola kecil yang bersaiz sebesar atau lebih kecil dari biji poppy.
Selain itu, pada 4 minggu kehamilan ini juga janin akan mengalami asas perkembangan otak.
Di samping itu, pada masa ini proses penempelan pada dinding rahim telah berjaya. Kemudian, satu cecair yang dinamakan sebagai cecair amnion akan terkumpul dan kantung bayi akan terbentuk.
Sebahagian blastosis yang menempel pada dinding rahim Mama akan membentuk bayi manakala sebahagian lagi akan membentuk plasenta.
Minggu 4 kehamilan adalah permulaan kepada pembentukan organ bayi.
#2. Perubahan Tubuh Usia Empat Minggu Kehamilan
Pada minggu 4 kehamilan iaitu pada trimester pertama, tubuh Mama secara luarannya masih sama. Perut masih belum menampakkan baby bump kerana ianya masih lagi di peringkat awal.
Namun, tubuh Mama akan merasa beberapa perkara yang biasa berlaku kepada wanita hamil. Hal ini kerana, hormon kehamilan dalam badan Mama mengalami peningkatan.
Antara perubahan atau tanda yang boleh dirasakan adalah perut Mama akan terasa seperti penuh (bloating) walaupun Mama hanya makan sedikit sahaja.
Selain itu, Mama juga mungkin akan mengalami sedikit spotting yang disebabkan oleh proses penempelan blastosis pada dinding rahim Mama. Namun, tidak perlu risau kerana ianya hanyalah sementara dan tidak berbahaya.
Bukan itu sahaja, Mama juga mungkin akan mengalami morning sickness yang mana kebanyakan wanita hamil akan alami.
Di samping itu, Mama juga akan merasa keletihan pada minggu 4 kehamilan. Hal ini kerana, badan Mama sedang bekerja keras untuk janin yang sedang membesar di dalam kandungan Mama.
Emosi Mama juga akan terganggu. Ini disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku. Oleh itu, Papa haruslah sentiasa sabar melayan kerenah Mama nanti.
Tips Untuk Menyokong/Menjaga Kehamilan Kandungan 4 Minggu
Seperti yang dinyatakan di atas, minggu kehamilan adalah permulaan kepada pembentukan organ bayi. Oleh itu, sangat disarankan agar Mama menjaga pemakanan Mama.
Walaupun pada masa ini Mama tiada selera makan paksa diri untuk makan demi kesihatan diri dan bayi dalam kandungan.
Sentiasa amalkan diet seimbang dan pastikan makanan yang diambil berkhasiat. Contohnya, makan makanan yang tinggi dengan asid folik dan tinggalkan makanan yang tidak sihat seperti makanan ringan.
Di samping itu, elakkan makan makanan mentah bagi mengelakkan e-coli dan jangkitan salmonella yang boleh mengancam kandungan Mama. Selain itu, elakkan juga pengambilan ikan yang tinggi kandungan merkurinya seperti jerung, todak dan ikan kembung.
Mama mahu bayi Mama membesar dengan sihat bukan?
Jadi Mama perlu tahan keinginan Mama buat sementara waktu dari mengambil makanan yang boleh memberi kesan kepada bayi Mama.
Zuriat atau anak adalah pelengkap dan penyeri dalam sesebuah rumah tangga.
Sebab itulah bergelar seorang Mama atau lebih sinonim dengan ibu menjadi impian setiap wanita yang mendirikan rumah tangga.
Hinggakan ada Mama yang sanggup berhabis duit untuk melakukan pelbagai cara dan kaedah untuk mengandung.
Jadi, nikmatilah setiap apa yang berlaku kepada Mama sepanjang tempoh kehamilan ini walaupun agak perit dan lelah untuk dilalui terutamanya pada awal kehamilan ini.
Percayalah Mama akan rindu akan setiap momen sepanjang tempoh membawa malaikat kecil dalam kandungan Mama.
Untuk lebih informasi, Mama boleh join “New Mom Program“ yang menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya ialah Welcome gift dan cabutan bertuah bulanan untuk 31 pemenang yang menawarkan hadiah seperti sebuah Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat dan 30 set bayi ekslusif untuk dimenangi.
Wah! Menarikkan? Apa tunggu lagi? Moh le kita ke laman web Motherhood.com.my untuk lebih informasi.
Dapatkan info mengenai perkembangan bayi yang lain di SINI!