KelabMama

Usia Kandungan 3 Minggu – Janin Kesayangan Mama Hanya Sebesar Biji Vanila!

kandungan 3 minggu

Kalau sebelum ini Mama Siti telah kongsikan mengenai perkembangan usia si manja ketika usia 1 minggu dan 2 minggu, kali ini Mama Siti kongsikan pula apa yang berlaku ketika usia kandungan 3 minggu.

Apa perubahan yang bakal berlaku pada tubuh Mama pada usia kandungan 3 minggu? Apa pula tips untuk menyokong dan menjaga kandungan Mama supaya bayi membesar dengan sihat?

Pentingnya untuk Mama ketahui semua ini demi untuk mempersiapkan diri untuk melalui fasa kehamilan ini.

Jom baca apa yang Mama Siti ingin kongsikan berkenaan kandungan pada minggu ketiga ini melalui perkongsian di bawah.

Perkembangan Kandungan 3 Minggu

Kredit gambar: www.whattoexpect.com

Berikut merupakan perkembangan yang berlaku tatkala usia kandungan 3 minggu iaitu:

#1. Perkembangan Janin Ketika Hamil 3 Minggu

Jika sebelum ini, kandungan anda masih belum terjadi tetapi pada minggu 3 ini kandungan atau janin telah pun terbentuk namun masih sangat kecil dan ianya dipanggil sebagai embrio. Saiznya adalah lebih kecil dari ketulan garam dan masih terlalu awal untuk mengesan kehadiran bayi Mama.

Kebanyakan wanita hamil tidak sedar bahawa mereka sedang mengandung pada masa ini kerana pada ketika ini tarikh datang bulan belum lagi lepas.

Pada minggu 3 ini, janin mulai berkembang. Bermula selepas 30 jam proses persenyawaan berlaku, sel telur akan berpindah ke rahim melalui tiub fallopian. Sel telur atau embrio ini akan berkembang dan akan menempel pada dinding rahim.

#2. Perubahan Tubuh Wanita Hamil

Kredit gambar: www.cnet.com

Secara zahirnya, tiada sebarang perubahan fizikal yang dapat dilihat. Perut Mama masih lagi seperti biasa. Simptom kehamilan juga masih belum ketara. Namun, masih ada Mama yang akan mengalami simptom awal kehamilan pada minggu 3 ini yang disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan.

Antara simptom yang mungkin dirasai Mama adalah:

Pendarahan ini berpunca dari proses penempelan embrio pada dinding rahim. Embrio yang berada di dalam rahim akan menempel sepenuhnya pada dinding rahim dan menyebabkan pendarahan berlaku. Namun, tidak semua Mama akan mengalami simptom ini dan pendarahan ini tidak banyak juga tidak berbahaya.

Rasa loya amat biasa dalam kalangan wanita yang hamil. Hal ini kerana, hormon hCG atau hormon kehamilan yang semakin meningkat.

Selain itu, terdapat Mama yang akan merasa sakit pada payudara.

Sekiranya kitaran haid Mama sekitar 28 hari atau lebih pendek, haid Mama tidak akan datang seperti biasa.

Ini disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku.

Jangan terkejut sekiranya Mama merasakan badan Mama panas. Ianya bukan disebabkan demam tetapi kerana Mama hamil.

Pada minggu 3 ini Mama sudah boleh melakukan ujian kehamilan menggunakan UPT test. Kemungkinan untuk 2 garis muncul adalah tinggi kerana hormon hCG meningkat 2 kali ganda pada setiap hari. Namun, jika masih negatif Mama boleh ulang lagi pada minggu hadapan kerana mungkin masih awal.

Tips Menyokong/Menjaga Kandungan Minggu 3

Kredit gambar: americanpregnancy.org

Antara tips untuk menyokog atau menjaga kandungan pada minggu 3 ini ialah:

Kesimpulannya, walaupun usia kandungan baru 3 minggu langkah penjagaan kandungan haruslah dititikberatkan bagi memastikan malaikat kecil dalam perut Mama membesar dengan sihat dan Mama sentiasa ceria sepanjang tempoh kehamilan.

Semoga Allah permudahkan segala urusan Mama sepanjang tempoh 9 bulan 10 hari ini. Kepada pejuang dua garis yang masih mencuba semoga Allah tiupkan roh malaikat kecil ini ke dalam rahim Mama.

Bagi Mama yang baru pertama kali bakal menjadi ibu, sesuai sangat untuk Mama menyertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi. Jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!


Dapatkan info mengenai perkembangan janin sepanjang kehamilan yang lain di SINI!