KelabMama

Usia Kandungan 1 Minggu – Ramai Ibu Tidak Sedar Sebenarnya Sedang Mengandung!

kandungan 1 minggu

Kredit gambar: www.fimela.com

Bergelar ibu adalah menjadi impian setiap wanita. Tidak semua orang bertuah dan direzekikan untuk mengandung dan bergelar ibu. Namun, bagi yang telah dikurniakan oleh Allah untuk mengandung seharusnya menjaga kandungan dengan sebaik mungkin tambah-tambah bagi kandungan 1 minggu yang merupakan waktu-waktu kritikal untuk selamat.

Mengandung memerlukan kekuatan mental dan fizikal di mana tubuh wanita hamil akan mengalami pelbagai perubahan samada dari luaran dan dalaman. Oleh itu, wajar untuk Mama semua mengetahui dengan jelas bagaimana cara penjagaan ketika hamil dan perkembangan janin di awal kehamilan.

Namun, sebelum pergi lebih lanjut bagi Mama yang masih ragu-ragu samada sedang hamil atau tidak, boleh lihat 10 tanda-tanda hamil untuk dijadikan rujukan di SINI. Jom sama-sama kita lihat perkembangan kandungan, perubahan yang berlaku pada tubuh Mama dan tips menyokong kehamilan pada minggu 1 melalui perkongsian di bawah ini!

Perkembangan Kandungan 1 Minggu

Kredit gambar: www.anmum.com

#1. Perkembangan Janin Ketika Kandungan 1 Minggu

Tahniah diucapkan kepada Mama yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Namun, tahukah Mama apa perkembangan kandungan Mama seawal dari minggu 1? Sebenarnya kebanyakan mama yang mengandung tidak tahu dan tidak sedar bahawa mereka sedang mengandung pada minggu yang pertama.

Hal ini kerana pada minggu pertama kandungan dan janin masih belum terbentuk. Pada minggu 1, tubuh sedang menyiapkan diri untuk mengalami proses pembentukan janin.

Tubuh Mama sedang ‘bersiap sedia’ untuk proses ovulasi dan rahim sedang bersiap menunggu ketibaan telur yang disenyawakan. Persenyawaan hanya akan terjadi dalam tempoh 2 minggu selepas haid terakhir Mama bermula.

Sebab itulah, ramai Mama-mama di luar sana tidak sedar akan kehadiran malaikat kecil dalam rahim mereka pada minggu 1.

#2. Perubahan Tubuh Mama

Pada minggu 1 kehamilan boleh dikatakan tiada perubahan fizikal yang berlaku pada tubuh Mama. Seperti yang dinyatakan di atas janin atau kandungan itu sendiri belum terjadi dan terbentuk. Oleh tiada sebarang perubahan fizikal pada tubuh Mama yang boleh dilihat.

Namun, perubahan mungkin boleh dirasa oleh tubuh Mama seperti terdapat pendarahan di bahagian vagina yang disebabkan oleh lapisan rahim yang tertanggal. Selain itu, Mama juga mungkin akan mengalami sakit belakang dan rasa kejang di bahagian perut seperti senggugut.

Hal ini kerana, proses pengeluaran lapisan rahim yang tertanggal akan menyebabkan berlakunya kontraksi pada rahim Mama.

Di samping itu, terdapat juga yang akan merasa bloating yang disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan Mama. Perubahan emosi dan sakit kepala juga boleh dirasai oleh Mama. Perubahan-perubahan ini sama atau lebih kurang dengan datang bulan.

Sebab itulah kadang-kadang Mama tersalah anggap yang mungkin Mama sedang datang bulan.

Tips Untuk Menyokong Kehamilan Minggu 1

Kredit gambar: www.momjunction.com

Sebenarnya, Mama tidak perlu risau kerana seperti yang dinyatakan di atas kandungan dan janin masih belum terbentuk. Namun begitu, Mama Siti ingin berkongsi beberapa tips untuk menyokong atau menjaga kandungan berusia 1 minggu ini iaitu:

Namun, tiada salahnya jika Mama berjaga-jaga seawal minggu 1 kehamilan untuk mengelakkan perkara tidak
diingini berlaku. Semoga perkongsian Mama Siti ini memberi panduan berguna untuk bakal Mama di luar sana.


Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood sekarang!


Selain perkembangan kandungan 1 minggu, Mama dan Papa juga boleh dapatkan info mengenai perkembangan bayi yang lain di SINI!