KelabMama

KANAK-KANAK 2 TAHUN TAK SEMPAT MINUM SUSU MAUT TERTUSUK PISAU

Malang tak berbau. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun dari Kampung Teluk Pial Baroh, Kuala Kurau, maut dipercayai tertusuk pisau. Dalam kejadian yang berlaku semalam, mangsa yang dikenali sebagai Nur Qaisarah Medina Sufian, dikatakan tertusuk pisau di bahagian perut semasa berada di rumahnya bersama tujuh beradik termasuk neneknya yang uzur.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan bahawa kejadian itu dan memaklumkan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, menurut ibu mangsa dia sedang tidurkan anak bongsunya di ruang dapur dan mangsa datang ke arahnya meminta susu. Mangsa kemudian pergi ke neneknya yang juga berada di dapur sebelum mangsa terpijak pinggan. Mangsa jatuh di atas pinggan dan tertusuk pisau sepanjang kira-kira 15cm di kiri perut terbenam hingga ke paras hulu pisau. Subhallah..

Ibu mangsa terus memangku mangsa yang tiba-tiba menangis serta mengosok-gosok badan anaknya sebelum menyedari ada pisau tertusuk di bahagian perut mangsa. Mangsa dilaporkan tak sedarkan diri selepas pisau itu ditarik sendiri oleh neneknya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke klinik dulu sebelum dihantar ke Hospital Parit Buntar dan disahkan meninggal dunia. Menurut bapa mangsa, pisau itu adalah pisau untuk melapah daging dan pisau itu digunakan oleh kakak sulung dan kedua si mangsa untuk mengupas mempelam dan meninggalkannya di atas pinggan dilantai.

Kes tersebut masih dalam siasatan dan pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada pegawai penyiasat tentang kejadian yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Sumber : Berita Harian & Astro Awani