KelabMama

Kanak-kanak Lelaki Merajuk, Ditemui Mati Lemas di Alor Gajah

kanak-kanak lemas

Seorang kanak-kanak lelaki telah dilaporkan lemas ketika berada berhampiran sebuah kolam ikan di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, semalam. Dalam satu laporan yang dikeluarkan Kosmo, mangsa, Muhammad Jefrey Iskandar Abdullah, 8 tahun, dikatakan telah jatuh ke dalam kolam ikan berkeluasan 81 meter persegi berkenaan sebelum ditemui mati lemas.

Lokasi tempat mangsa ditemui lemas.
Kredit: Berita Harian

Berebutkan Roti & Keropok

Difahamkan, arwah Muhammad Jefrey baru merajuk dengan adik-beradiknya yang lain kerana berebutkan roti dan keropok yang dibeli ibu mereka. Kejadian tersebut telah berlaku di Kampung Bukit BunBun, Kuala Sungai Baru pada petang semalam. Mangsa telah terjatuh ke dalam kolam berkenaan sebelum ditemui lepas oleh penduduk kampung kira-kira jam 7 malam.

Sumber melaporkan bahawa mangsa beriya-iya ingin mengikuti ibunya, Mazuin Jasmi, ke kedai runcit berhampiran. Namun, mangsa diminta untuk duduk di rumah bersama adik-beradik yang lain. 

Mangsa Merajuk di Tepi Pokok Sawit

Apabila saya pulang, Jep (Jefrey) berlari keluar rumah untuk mengambil roti dan keropok yang saya beli tetapi adiknya terlebih dahulu telah mencapai beg plastik berisi makanan berkenaan lalu membuatkannya merajuk. Saya nampak Jep duduk di tepi pokok sawit berdekatan rumah dan beberapa kali memanggilnya, namun dia hanya menjeling dan menarik tangan kakaknya berusia 11 tahun sebelum bergerak ke kawasan belakang rumah,

Puan Mazuin Jasmi

Menurut Puan Mazuin lagi, tidak lama kemudian anak perempuannya pulang ke rumah untuk memaklumkan mangsa telah terjatuh ke dalam kolam ikan tersebut. Beliau terus bergegas ke lokasi kejadian dan meminta tolong beberapa penduduk kampung untuk membawa naik jasad arwah. 

Ibu Redha Kehilangan Mangsa

Mangsa, arwah Muhammad Jefrey maut selepas lemas disebuah kolam ikan.

Saya kemudian bergegas ke lokasi dan meminta tolong beberapa penduduk kampung untuk membawa naik jasad Jep. Pada waktu itu saya redha dan tahu saya telah kehilangannya kerana kolam itu dalam,

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Kosmo, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 7.45 malam. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.