Nak guna lift kena beratur, jadi kalau nak cepat guna eskalator lah senang sikit kan Mama Papa tak perlu nak beratur dan tunggu lama sangat.
Tak pun anak-anak dah besar jadi boleh lah ajar mereka guna eskalator untuk biasakan mereka guna eskalator. Tapi untuk biasakan mereka ada beberapa langkah keselamatan yang Mama Papa kena sentiasa ingatkan anak-anak.
Kes Kanak-kanak Tersepit Kaki di Eskalator
Lagi kes kaki tersepit di escalator yang berlaku minggu ni, takut Mama Siti tengok, lagi-lagi yang tersepit kaki dekat escalator tu budak kecik tau, kejadian ni berlaku di sebuah mall.
Apa yang Mama Siti baca jari kakinya tersepit di bahagian tepi tangga eskalator dan mengalami kecederan pada tiga jari kiri dimana salah satunya telah patah. Kebanyakakn kes yang berlaku mesti sebab tersepit dekat bahagian tepi tangga eskalator.
Mama Siti rasa ni bukan kes kali kedua ye, dah banyak kes yang terjadi ada yang lebih teruk sampai jari tersepit tau. Oh ye, ada satu kes tahun lepas kaki kanak-kanak hampir nak terkepit disebabkan selipar crocs yang dia pakai disebut eskalator.
Bukan satu je kes kaki tersepit sebab selipar getah ni tau, dah banyak sangat kes kaki kanak-kanak hampir tersepit sebab selipar getah ni.
Selain tu, bukan setakat kes kaki tersepit je tau, yang lebih ngeri ada jugak kes jari tangan tersepit dekat eskalator. Kejadian ni pun banyak kali berlaku jugak tau.
Mama Siti nak pesan dekat Mama Papa elakkan untuk suruh anak-anak pegang pemegang sisi atau biarkan mereka sentuh lantai escalator, sebab benda tu bergerak laju risau boleh buat mereka terhumban kedepan atau boleh jadi tersepit jugak nanti.
Lagi-lagi anak kecik yang suka nak cuba benda baru, Mama Papa kena lebih berjaga-jaga supaya kejadian ni tak terjadi lagi kepada anak Mama Papa pula.
Langkah Keselamatan Guna Escalator
Kredit Gambar: CariGold Forum
Ini beberapa tips daripada Mama Siti kepada Mama Papa untuk memastikan keselamatan anak-anak terjamin dan dapat elakkan sebarang kemalangan yang mungkin boleh berlaku.
- Sentiasa awasi anak Mama Papa dengan ketat. Jangan biarkan mereka bermain-main atau berlari sekitar escalator.
- Mama Papa perlu beri arahan yang jelas kepada anak-anak tentang cara naik dan turun dari escalator dengan benar.
- Pastikan mereka memegang pegangan atau cermin eskalator.
- Untuk anak-anak kecik Mama Siti tak sarankan Mama Papa biarkan mereka berdiri sendiri, Mama Papa perlu pegang tangan mereka atau angkat mereka time naik atau turun dari escalator.
- Make sure mereka tidak berdiri di bahagian tepi tangga, sebab kebanyakkan kes kaki tersepit banyak berlaku di bahagian tepi ni.
- Jangan biarkan anak-anak bermain atau mendekati bahagian-bahagian bergerak dari escalator terutamanya pemegang eskalator.
- Jangan menggunakan escalator kalau Mama Papa bawak stroller baby, lebih selamat Mama Papa gunakan tangga biasa atau lift je.
Dengan langkah keselamatan yang Mama Siti kongsikan ni dapat membantu Mama Papa menjaga keselamatan anak-anak time gunakan eskalator.
Kadang-kadang accident ni berlaku bukan sebab Mama Papa tak jaga mereka jugak tapi anak-anak ni yang suka buat benda-benda yang pelik walaupun dah berbuih mulut Mama Papa berpesan kepada mereka.
Sebab tu lah, Mama Papa kena selalu pantau, sebab mereka ni pun dalam fasa ingin mencuba semua benda. Jadi Mama Papa kena make sure mereka langkah dengan betul dan tak berada di sekitar eskalator kalau tak gunakannya.
Apa hygiene practise untuk anak-anak di sekolah? Klik di SINI.