Bersempena dengan musim cuti Merdeka, Hari Malaysia, dan cuti sekolah pada bulan September, kaji selidik terbaru oleh Klook, platform perkhidmatan dan aktiviti pelancongan terkemuka di Asia, membawa maklumat menarik mengenai pilihan utama pengembara dari Malaysia.
Kaji selidik itu mendedahkan bahawa bajet masih kekal sebagai satu keutamaan, dengan majoriti pengembara Malaysia bersedia untuk membelanjakan sehingga RM1,000 setiap seorang untuk percutian dalam negeri.
Lebih separuh daripada rakyat Malaysia memilih Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Melaka sebagai destinasi domestik pilihan, manakala hampir 3 daripada setiap 4 rakyat Malaysia menyatakan hasrat untuk melawat Jepun, Korea Selatan, atau China pada tahun 2025.
Kaji selidik ini juga mendapati bahawa rakyat Malaysia mengutamakan aktiviti berehat dan meneroka semasa mengembara, dan lebih separuh daripada mereka juga mengembara untuk melawat rakan-rakan dan ahli keluarga.
Keutamaan Bajet dalam Pelancongan Domestik
Kaji selidik mendapati bahawa 35% responden bersedia untuk membelanjakan antara RM500 hingga RM1,000 setiap seorang untuk perjalanan domestik, tidak termasuk kos pengangkutan.
Julat perbelanjaan ini adalah yang paling popular di kalangan responden, dan mencerminkan keutamaan pengalaman dengan kos yang mesra bajet tetapi memuaskan.
Selain itu, 23% responden bersedia membelanjakan antara RM1,001 hingga RM2,000, manakala hanya 8% yang akan mempertimbangkan perbelanjaan melebihi RM3,000. Data ini menonjolkan kepentingan bajet yang rapi dalam landskap perjalanan masa kini.
Rakyat Menunjukkan Minat Sama untuk Pelancongan Domestik dan Antarabangsa
Lebih separuh daripada rakyat Malaysia (67%) menyatakan minat yang sama untuk perjalanan domestik dan antarabangsa.
Minat yang seimbang ini mencadangkan bahawa walaupun rakyat Malaysia gemar untuk meneroka pelbagai destinasi berbeza, mereka tetap berhati-hati dalam perbelanjaan mereka, dan mungkin lebih kerap memilih percutian di dalam negeri.
Destinasi Asia – Pilihan Paling Popular untuk Perjalanan Antarabangsa
Bagi destinasi antarabangsa, Asia Timur, termasuklah Jepun, Korea Selatan, dan China, merupakan rantau yang paling digemari.
74% responden menyatakan hasrat untuk melawat negara-negara ini pada tahun 2025, manakala Asia Tenggara (seperti Thailand, Vietnam) juga tidak jauh ketinggalan dengan menarik minat kira-kira 60% responden.
Ini menonjolkan ikatan budaya dan kemudahan lokasi yang menjadikan Asia destinasi yang menarik bagi pengembara Malaysia.
Perjalanan Domestik: Pilihan Ramai bagi Setiap Suku Tahun
Di peringkat domestik, 36% responden akan mengembara dalam negeri pada setiap suku tahun. Antara destinasi popular adalah Kuala Lumpur (58%), Pulau Pinang (57%), dan Melaka (47%). Ini menunjukkan daya tarikan yang masih berterusan bagi lokasi ikonik ini.
Motivasi Utama: Rehat, Penerokaan, dan Melawat Keluarga
Kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk mengembara secara domestik bagi berehat dan berseronok, dengan 87% responden menyatakan ini sebagai motivasi utama mereka.
70% responden pula lebih teruja untuk meneroka tempat baharu dan menemui pengalaman unik dalam negeri yang dilawati.
Melawat ahli keluarga dan rakan-rakan pula mempengaruhi 56% pelancong, manakala pengembaraan dan aktiviti di luar merupakan motivasi bagi 54% responden. Ini mencerminkan minat yang kuat terhadap pelancongan aktif dan penerokaan alam semula jadi.
Pengaruh Digital dalam Pilihan Perjalanan
Kaji selidik juga mendedahkan bahawa 69% responden bergantung kepada ulasan dan penilaian dalam talian yang menjadikannya pengaruh utama dalam pilihan perjalanan mereka.
Cadangan daripada rakan-rakan dan ahli keluarga (67%) serta blog dan laman web perjalanan (64%) juga diberikan perhatian dan menonjolkan kepentingan nasihat digital dan peribadi dalam membentuk rancangan perjalanan.
“Penemuan ini jelas menunjukkan bahawa walaupun rakyat Malaysia bersemangat untuk mengembara, mereka juga sangat berhati-hati dengan bajet mereka. Di Klook, kami lihat ini sebagai satu peluang hebat bagi memenuhi keutamaan ini dengan menawarkan pengalaman yang mesra bajet tetapi tidak berkompromi dari segi kualiti. Matlamat kami adalah untuk membantu pengembara memanfaatkan perjalanan mereka dengan sepenuhnya, tidak kira ketika penerokaan dalam negeri atau di luar sempadan,” kata Sarah Wan, Pengurus Besar Klook Malaysia, Indonesia, dan Singapura.
“Musim percutian Merdeka ini akan menjadi peristiwa penting bagi Klook yang bakal meraikan Ulang Tahunnya yang ke-10. Untuk memperingati detik istimewa ini, kami amat teruja untuk menyediakan pelbagai pengalaman menyeronokkan bagi pengguna kami, seperti pengembaraan perjalanan eksklusif sekali seumur hidup dan pelancaran video muzik baru kami, ‘Klook World Kelas’, yang dihasilkan dengan kerjasama Luqman Podolski. Tenaga dan kreativiti Luqman pasti akan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk #KlookDulu dan memanfaatkan perjalanan mereka sepenuhnya,” kata Rachel Tan, Pengarah Pemasaran Klook Malaysia.
Tonton video kempen ‘Klook World Kelas’: Klook World Kelas.
Mama Papa dapatkan informasi tentang keibubapaan di SINI.