KelabMama

Kafe Menarik & Sesuai Dilawati Bersama Keluarga

Merchant Lane

Photo Credit: Merchant's Lane Facebook

Selamat bercuti semua! Waktu cuti begini mesti Mama Papa teringin nak bawa keluarga makan di kafe-kafe menarik dan aesthethic’ kan? Ni lah waktu yang sesuai untuk luangkan masa bersama keluarga tersayang.

Tak semua kafe sesuai untuk dibawa bersama keluarga kerana ada beberapa kafe yang mempunyai keluasan yang terlalu sempit. Jangan risau, Mama Siti ada list kafe menarik yang sesuai untuk Mama Papa bawa keluarga untuk makan di hujung minggu!

Kafe menarik yang Mama Siti nak kongsi ni bukan je sesuai untuk keluarga, malah makanannya juga amat sedap!

5 Kafe Menarik, Trendy dan Sesuai Yang Harus Dikunjungi Bersama Keluarga:

Jibby East Restaurant

Kredit Foto: Malaysian Flavours
Kredit Foto: Malaysian Flavours

Restoran atau kafe Jibby East ni terletak ni Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kafe ni sesuai sangat untuk makan bersama keluarga kerana keluasannya sangat sesuai untuk jumlah ahli keluarga yang ramai dan environment yang sangat tenang!

Makanan disini ialah variasi masakan Malaysia, Asia dan Barat, jadi mudah bagi semua untuk membuat pilihan makanan. Oh, paling best kan, Mama Papa juga boleh rancang ‘surprise’ di sini! Tetapi jangan lupa untuk booking ya dengan pihak disana juga ya.

Playground The Cafe

Kredit Foto: Eat Drink KL
Foto Kredit: Eat Drink KL

Mama Papa ada anak-anak kecil? Jangan risau, ni tempat yang paling sesuai untuk ibu bapa diluar sana untuk bawa anak-anak! Kafe menarik ni bukan biasa-biasa tau sebab ia mempunyai taman permainan! Sambil-sambil menjamu selera tu, Mama Papa boleh perhatikan anak-anak bermain.

Anak gembira, Mama Papa pun mestilah gembira juga kan! Menu disini merupakan makanan yang cirikan ‘comfort food’ dan makanan yang sihat. 

Namoo on The Park

Kredit Foto: Namoo Korean Cafe & Bistro Faccebook
Kredit Foto: Time Out

Mama Papa teringin nak makan dessert Korean? Ni ialah tempat yang sesuai untuk bawa keluarga makan bersama! Terletak di Mall Publika dan bertemakan kafe korea dan environment yang sangat ‘laidback’, Mama Papa harus singgah disini!

Antara pencuci mulut yang terkenal disini ialah ‘Bingsu’ korea iaitu ala-ala ABC kita! Mesti sedap dimakan terutamanya bersama keluarga yang tercinta.

Jam & Kaya Cafe

Kredit Foto: Jam & Kaya Cafe
Kredit Foto: Jam & Kaya Cafe

Berlokasi di Petaling Jaya, Jam & Kaya Cafe ini sesuai untuk ‘brunch’ atau ‘breakfast’ bersama keluarga! Terkenal dengan sarapan yang menyelerakan, tempat ini juga sesuai untuk ‘OOTD’ dengan keluarga Mama Papa tau.

Kalau Mama Papa nak tahu, kafe menarik ni sangat istimewa sebab kaya mereka dibuat sendiri tau. Apa lagi, jom rasa keaslian kaya bersama keluarga!

Merchant’s Lane

Kredit Foto: Merchant’s Lane Facebook
Kredit Foto: Oofoodielicious

Jika kita ke Petaling Street, nama kafe ini tak asing lagi. Nama kafe ini tak lekang daripada sesiapa yang singgah ke Kuala Lumpur. Mama Siti juga telah ke sini beberapa kali dan tak pernah kecewa dengan servis dan makanannya!

Kafe menarik bertemakan ‘vintage’, dan menyajikan gabungan makanan Barat dan Asia, Mama Papa harus bawa keluarga ke sini. Tempatnya juga sesuai dan tak sempit bagi keluarga yang ramai. Tapi, Mama Papa harus booking dulu ya, maklumlah tempat trending kan! 

Jadi, itulah Top 5 kafe menarik yang Mama Siti cadangkan untuk keluarga diluar sana. Selain senarai ni, banyak lagi kafe best dan hidangan menarik yang boleh disinggah, tapi ini cumalah pendapat Mama Siti tau!

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA 5 BARANG WAJIB DIBAWA MASA BERCUTI MUSIM PKPB

Pesanan Mama Siti

Luangkanlah masa bersama-sama keluarga yang tersayang selagi kita mampu kerana kenangan itu kita akan kenang sampai bila-bila.