KelabMama

KAEDAH YANG PERLU MAMA LAKUKAN JIKA PERNAH BERSALIN CAESAREAN SEBANYAK 3-4 KALI

Anda mungkin pernah mendengar perkataan ikat salur peranakan sekiranya sudah mengalami proses bersalin melalui pembedahan sebanyak tiga kali. Sebenarnya prosedur ini dinamakan sterilisasi dan ianya satu prosedur pembedahan untuk menghalang puan mengandung lagi. Prosedur sterilisasi ini dilakukan dengan keizinan anda dan direstui oleh suami. Ianya dilakukan sama ada secara pembedahan iaitu ketika bersalin secara pembedahan, selepas bersalin ataupun secara laparoskopi. Sterilisasi menghalang dari berlakunya persenyawaan di antara benih telur dan sperma. Prosedur ini tidaklah begitu rumit tetapi mengambil sedikit masa untuk dijalankan. Sebenarnya sterilisasi suami adalah lebih cepat dan lebih selamat untuk mengelakkan daripada mengandung. Sebelum anda serta suami mengambil keputusan menjalani sterilisasi, seharusnya anda mengetahui bagaimana sterilisasi dilakukan, kebaikan prosedur yang dipilih dan juga risiko-risiko yang berkaitan dengan prosedur berkenaan. Perlu ditegaskan di sini bahawa keputusan ini perlu dibincangkan serta dibuat sebelum kelahiran bayi. Jangan membuat keputusan secara mendadak!

 

 

PROSUDER STERILISASI

 

MEMBUAT KEPUTUSAN

Keputusan yang dibuat adalah satu keputusan yang penting. Walaupun kebarangkalian untuk mengandung dari prosedur ini adalah teramat kecil, prosedur ini haruslah dianggap sebagai berkekalan dan sukar untuk berpatah balik. Anda serta suami perlu bermuafakat bahawa bilangan ahli keluarga sudah mencukupi dan tidak akan ada pergolakan atau penambahan lagi kelak. Hubungan suami isteri hendaklah stabil. Sekiranya ada was-was serta kesukaran permuafakatan atau penerimaan, masih terdapat banyak kaedah kontraseptif lain yang berkesan dan boleh digunakan. Sebelum membuat keputusan, puan perlulah mengetahui risiko dan kebaikan berkaitan prosedur yang dipilih, serta pilihan-pilihan lain yang ada. Berapa lama anda harus berada di hospital? Jika di hospital swasta, berapa kosnya dan juga berapa lama harus anda menjauhi aktiviti sosial serta riadah?

Sebenarnya sterilisasi pada suami iaitu vasektomi, lebih senang, ringkas dan kurang berisiko berbanding dengan kaedah sterilisasi pada isteri. Walaupun keputusan perlu dibincangkan, keputusan muktamad adalah di tangan tuan punya badan. Jangan membuat keputusan terburu-buru, semasa dalam ketegangan perhubungan atau semasa kandungan bermasalah. Jangan membuat keputusan kerana dipaksa atau terpaksa. Berbincanglah dengan doktor pakar perbidanan yang akan melakukan prosedur tersebut terlebih dahulu.

 

BERUBAH FIKIRAN

Ingatlah bahawa prosedur sterilisasi ini satu prosedur elektif (pilihan). Segala keputusan adalah di tangan puan.Sekiranya masih kurang yakin, walaupun pada hari pembedahan itu sendiri, maklumkan kepada doktor, dan sterilisasi boleh dibatalkan. Ada yang menyesal apabila selesai menjalani sterilisasi, terutamanya mereka yang berumur kurang daripada 30 tahun. Begitu juga mereka yang membuat keputusan terburu-buru semasa institusi perkahwinan mengalami keretakan serta permasalahan, atau membuat keputusan akibat dipaksa atau tertekan (terpaksa). Sekiranya sterilisasi telah dilakukan dan anda ingin mengembalikan fungsi tiub falopian, terdapat kemungkinan prosedur membaik pulih akan gagal di samping pembedahan mengambil masa yang lama.

Sekiranya ada kejayaan, ini bergantung kepada:

Katakanlah membaik pulih tiub berjaya dilakukan, peratusan mengandung juga tidak lagi seperti sebelum sterilisasi dilakukan, dan berkemungkinan masalah mengandung di luar rahim boleh berlaku. Kebiasaannya, prosedur sterilisasi dilakukan dalam masa satu hingga dua hari selepas bersalin.

Walaupun begitu, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keputusan masa prosedur dijalankan, termasuklah:

 

PROSUDER

 

KEBAIKAN KAEDAH STERILISASI

Selepas prosedur, puan tidak perlu lagi mengamalkan mana-mana kaedah perancangan yang lain. Aktiviti hubungan kelamin tidak terbantut serta tergendala, malah boleh dilakukan walaupun semasa hari-hari subur. Kitaran haid juga tidak terganggu, tetapi sekiranya puan pernah mengamalkan penggunaan pil perancang keluarga, puan akan mendapati haid puan tidak lagi tetap serta jumlah darah haid mungkin tidak sedikit seperti masa-masa sebelum ini. Selain itu, prosedur ini juga mungkin mengurangkan risiko kanser tertentu dan juga penyakit keradangan pinggul.

 

RISIKO

Mana-mana kaedah perancangan keluarga tetap ada kebarangkalian untuk mengandung, tetapi secara statistiknya, peluang itu adalah tipis. Untuk kaedah sterilisasi ini, peratus kemungkinannya adalah satu dalam 100 untuk tempoh kitaran haid 10 tahun.Perlu ditegaskan di sini, sekiranya puan tiba-tiba tidak datang haid untuk bulan tersebut, periksalah dengan ujian mengandung melalui air kencing kerana dikhuatiri berlakunya kandungan di luar rahim. Doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk kepastian.

Di antara komplikasi-komplikasi lain yang mungkin dialami termasuklah:

Komplikasi berkemungkinan meningkat sekiranya puan:

Seperti mana-mana pembedahan, puan mungkin akan mengalami rungutan-rungutan seperti berikut:

Biasanya rungutan ini akan hilang selepas 24 hingga 72 jam. Sebab itulah anda akan dibekalkan dengan ubat penahan sakit di dalam wad dan juga untuk kegunaan di rumah selepas keluar wad. Pastikan tempat luka itu dicuci bersih dan dibiarkan kering. Sekiranya berasa curiga akan proses penyembuhan pada luka pembedahan tersebut, segeralah berjumpa doktor. Aktiviti harian boleh diteruskan seperti biasa. Kembali berjumpa doktor yang merawat mengikut arahan untuk pemeriksaan susulan. Anda juga masih memerlukan pemeriksaan berkala lain seperti pemeriksaan payudara, ujian saringan pap smeardan sebagainya. Yang pastinya, hubungan kelamin akan lebih berwaja sebab puan tidak lagi perlu runsing serta takut akan mengandung secara tidak sengaja.

 

 

 

 

Sumber:  Utusan / Prof Madya Dr Shah Reza Johan Noor (Pakar Perbidanan & Sakit Puan)