KelabMama

KAEDAH-KAEDAH PSIKOLOGI YANG TERBAIK DALAM MENDIDIK ANAK CARA ISLAM

anak lelaki

Bila anak-anak nakal sikit je mula la dengar suara-suara sumbang yang berkata “Haa, mak bapak tak ajar la tu.” Ish, mulut makcik bawang ni memang susah nak tutup. Kadang-kadang ada la cara tertentu yang digunakan ibu bapa tersebut. Setiap ibu bapa menggunakan pendekatan yang berbeza. Jika Mama rasa cara Mama dan Papa ajar anak ada kekurangan, boleh guna kaedah-kaedah dibawah yang sangat sesuai dalam mendidik anak-anak:

  1. ELAKKAN PUKUL ANAK DARI BAHAGIAN LUTUT KE ATAS

Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak. Entri kami sebelum ini juga tentang cara mendisiplinkan anak juga membincangkan perkara yang sama.

2. ELAKKAN GUNA TANGAN ATAU ANGGOTA TUBUH YANG LAIN UNTUK MEMUKUL ANAK

Yang lebih penting, walaupun kita pernah mengalami perkara ini, jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil.

3. AJAR ANAK SOLAT

Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, danpukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )

4. NAMA PANGGILAN YANG BAIK

Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Lebih malu apabila kawan-kawan mereka mengetahui panggilan itu.

5. PELUK ANAK SETIAP HARI

Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Baca artikel sebelum ini tentang kenapa pelukan itu penting dalam hubungan kekeluargaan.

6. PANDANGAN KASIH SAYANG

Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

7. BERIKAN PUJIAN PADA ANAK

Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

8. AKUI KESILAPAN ANAK

Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9. UTAMAKAN KELUARGA ATAU ‘FAMILY FIRST’

Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali.

10. ELAKKAN MENGELUH KERANA ANAK. UCAPKANLAH ‘ASTAGHFIRULLLAH’

Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah ibu-bapa mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.