Kad ucapan Hari Bapa ini sangat senang untuk dihasilkan oleh anak-anak, sama ada oleh dilakukan di sekolah atau di rumah je.
Tak ada yang lebih bahagia kan Papa daripada terima hadiah dan ucapan daripada anak-anak. Walaupun sekadar sekeping kad je tapi itu sudah cukup bagi Papa.
Jangan risau, kad ucapan yang Mama Siti kongsikan ini senang je nak buat.
Koleksi Kad Ucapan Hari Bapa
1. Kad Ucapan Versi Baju
Bapa dan tali leher dah jadi seiring, kerana ia adalah aksesori fesyen yang kebanyakan ayah pakai pada waktu kerja atau ketika berada di mana-mana event.
Kalau anak-anak kurang berminat dengan kad ucapan gaya tali leher ni, boleh cuba untuk gaya baju kemeja yang dihias dengan butang comel-comel.
Atau apa-apa je boleh dijadikan corak pada baju tersebut. Ikut citarasa anak-anak.
2. Kad Papa Bear
Cute kan kad ucapan macam ni? Siap boleh letak gambar lagi. Kad ni pun menarik kalau nak di letakkan sebelah frame keluarga.
3. Fries Card
Unik kan kad ucapan macam ni. Papa pun excited nanti nak baca apa yang ditulis oleh anak-anak.
Ucapan tersebut ditulis atas bentuk fries dan diisi semula ke dalam bekas fries.
4. Kad Trophy
Berikan kad ucapan bentuk trophy supaya Papa tahu bahawa Papa lah the best Papa in the word.
Nak tahu cara untuk buat trophy card ni? Dapatkan tutorial di sini.
5. Goft Ball Card
Kad ini mesra kanak-kanak dan menggunakan cat jari putih untuk membuat bentuk bola golf. Lengkapkan kad sporty ini dengan tee golf sebenar dan ucapan yang ringkas, seperti “Ambil bola pada Hari Bapa ini.”
6. Fish Card
Sesuai untuk Papa yang suka memancing. Lagipun senang je nak buat tak perlu nak lukis-lukis pun.
Cuma perlukan cat, kertas kosong dan tangan sendiri je nak buat ikan yang comel tu.
7. Watercolor Card
Dekat rumah pasti ada watercolor kan, jadi apa kata gunakan watercolor untuk buat kad ucapan ni.
Anak-anak pun mesti dah pro kan nak guna watercolor ni. Sebab di sekolah pun sudah pasti ada cikgu ajarkan teknik nak guna watercolor ni.
Boleh buat kad ucapan yang rigkas je, nak buat pun senang je.
8. Letter Card
Walaupun kad ucapan ini nampak biasa je, tapi dengan usaha anakanak untuk membuatnya sudah pasti akan buat Papa terharu.
Senang je nak buat kad ucapan versi sampul surat ni, ikuti tutorialnya di sini.
9. Pop-up Card
Agak menarik untuk kad jenis pop-up ni. Anak-anak boleh tunjukkan kreativitinya.
Di samping tu, membantu anak-anak untuk menguatkan otot tangan dan cara mereka menggunakan gunting.
Kerana untuk kad jenis ini perlu ada kemahiran menggunakan gunting dengan betul.
10. Handprint Alien Card
Hanya gunakan tangan kecik je, dah boleh buat kad yang simple dan menarik.
11. Tool Box Card Holder
Nampak kreatifkan, gunakan kad ucapan tool box ni, sesuai sangat dengan Papa yang selalu jadi tukang rumah untuk baiki apa-apa kerosakan di rumah.
Boleh gunakan kraft paper dapat mengukuhkan tool box dan dapat pegang kad ini seperti tool box sebenar. Letakkan sekali dengan alat-alat tool sekali untuk nampak lebih menarik.
Kalau nak buat kad macam ni boleh ikut tutorial di sini.
12. Kad Ucapan Stick Roll-up
Kad ucapan seperti ini agak berbeza dengan kad ucapan yang biasa. Jadi, ia akan mengulung seperti scroll atau sijil.
Dan cara untuk membukanya Papa perlu menarik reben tersebut. Menarik kan.
Macam mana nak buat kad ucapan macam? Tutorialnya di sini.
13. Pull-Out Card
Kad ucapan yang ni pun menarik untuk anak-anak buat. Kad ini lebih kepada buat origami, sudah pasti anak-anak excited untuk buatnya.
Mesti excited kan nak buat dan sabar nak suprise kan Papa dengan kad ucapan ni kan.
Ikuti cara untuk membuat kad roll-up di sini.
Anak-anak
14. Fill In Card
Print je fill-in card paling senang. Lagi pun ada banyak jenis boleh pilih dan boleh print gunakan kertas putih atau kertas yang warna lain.
Anak-anak boleh luahkan
15. Drawing
Apa kata gunakan bakat anak-anak dalam melukis, walaupun lukisan nya biasa je, tapi bermakna tau bagi Papa.
Hasil tangan anak-anak amat berharga kepada Papa. Walaupun sekadar kad ucapan je tapi Papa rasa dihargai seperti mana anak-anak meraikan Hari Ibu. Lagu pun ini lah masanya untuk tunjuk bakat kreatif kepada Papa.
Cari idea untuk hadiah Hari Bapa? Klik di SINI.