Kacang panggang atau lebih dikenali sebagai baked beans, mempunyai rasa masam manis yang sedap dan tekstur yang sangat lembut!
Siapa yang tidak suka dengan kacang panggang? Ramai di antara kita dibesarkan dengan hidangan kacang panggang yang lazat, dan ia dengan mudah menjadi salah satu makanan ruji untuk isi rumah di Malaysia. Kacang panggang merupakan makanan dalam tin terbaik yang jarang mengecewakan!
Sekiranya Mama mencari makanan kegemaran keluarga yang memiliki kriteria-kriteria ini – comfort food, penuh rasa, kaya dengan nutrien, mesra bajet dan mudah disediakan, kacang panggang pastinya menjadi pilihan terbaik untuk seisi keluarga!
Mengapa Kacang Panggang Baik untuk Anda?
Kacang panggang bukan sahaja dapat menambahkan selera keluarga Mama, tetapi ia juga baik untuk kesihatan mereka! Berikut merupakan beberapa manfaat kesihatan makan kekacang, seperti kacang panggang, sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang:
1. Kaya dengan nutrien
Kacang adalah salah satu sumber protein berasaskan tumbuhan yang paling sihat. Kacang membekalkan protein, serat, folat, zat besi, potasium dan magnesium. Oleh kerana kacang kaya dengan pelbagai nutrien yang hebat, pengambilan kekacang berpotensi untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan dan juga mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit tertentu, seperti penyakit jantung dan obesiti.
2. Sumber tenaga yang baik
Kacang dianggap sebagai kumpulan makanan pelepasan tenaga yang lebih perlahan dan salah satu contoh makanan berketumpatan tenaga rendah. Makanan berketumpatan tenaga yang lebih rendah mempunyai lebih sedikit kalori per gram makanan tetapi mengenyangkan atau dapat membuat Mama berasa kenyang lebih lama.
3. Tinggi serat
Kacang merupakan sumber serat larut dan tidak larut yang sangat baik. Secara puratanya, kekacang mengandungi tujuh atau lebih jumlah serat makanan dalam setiap ½ cawan hidangan. Diet yang kaya dengan serat boleh menggalakkan pergerakan usus, menurunkan kadar kolesterol, membantu mengawal diabetes dan mencegah penyakit jantung.
4. Kaya dengan folat (vitamin B9)
Kekacang juga kaya dengan folat. Folat adalah vitamin B yang terdapat secara semula jadi dalam pelbagai makanan dan penting dalam pembentukan sel darah merah dan untuk pertumbuhan dan fungsi sel yang sihat.
5. Sumber antioksidan
Kacang banyak terdapat dalam polifenol, sejenis antioksidan. Makanan yang tinggi antioksidan membantu melawan radikal bebas dalam badan.
Sama ada disajikan hanya dengan memanaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau di atas dapur, meletakkan sekeping roti bakar atau dihidangkan bersama salad atau telur hancur, kacang panggang menambah rasa ke hampir semua hidangan – dan yang lebih menarik, kacang panggang juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hidangan utama!
Mama boleh memasukkan kacang panggang dalam senarai menu mingguan untuk seisi keluarga dan hidangkan kacang panggang bukan hanya untuk sarapan pagi, tetapi juga untuk makan tengah hari atau makan malam!
Memperkenalkan Kacang Panggang Terbaik (Telah Dicuba dan Diuji!): Kacang Panggang Ayam Brand Tanpa Bahan Pengawet, Tanpa MSG dan Tanpa Pewarna
Kacang besar dan lembut dalam sos tomato dengan rasa agak manis dan masam, Kacang Panggang Ayam Brand
1. Kacang Panggang Dalam Sos Tomato
Kacang panggang klasik dalam sos tomato yang enak, sangat sedap untuk dimakan begitu sahaja, dihidangkan sebagai menu sampingan atau hidangan utama! Kalau Mama nak tahu, sos tomato dalam Kacang Panggang Ayam Brand
2. Kacang Panggang Dalam Sos Tomato (Light)
Kacang panggang dengan resipi sos tomato yang sama tetapi dengan 48% kurang gula dan 25% kurang garam, menjadikan ia pilihan yang lebih baik untuk pengurusan berat badan.
3. Kacang Panggang Dengan Keju
Kacang panggang lembut dalam sos tomato yang lazat dengan keju parmesan sebenar. Keju parmesan yang terkandung dalam Kacang Panggang Ayam Brand
Mengapa Memilih Kacang Panggang Ayam Brand ?
Mama tahu tak bahawa kebanyakan pengeluar kacang panggang di dunia menggunakan kacang navy kecil untuk kacang panggang dalam tin mereka, tetapi Ayam Brand
Didatangi dalam dua saiz (230g dan 425g), Kacang Panggang Ayam Brand
Tambahan pula, ia kaya dengan protein yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, tinggi serat, rendah lemak, tidak mengandungi bahan pengawet, tanpa MSG tambahan dan tanpa pewarna – sesuai untuk penggunaan seisi keluarga! Kacang Panggang Ayam Brand
Resipi Kacang Panggang Yang Sangat Mudah Yang Boleh Anda Cuba!
Mama masih fikirkan menu apa yang sesuai untuk dihidangkan atau dimasak menggunakan kacang panggang ini yang bakal menjadi menu kegemaran seisi keluarga? Jom lihat bagaimana mak-mak yang cantik ini menyediakan menu kacang panggang untuk menambat hati keluarga mereka (dan anda juga!).
Dapatkan Kacang Panggang Ayam Brand Hari Ini!
Sedapnya tengok resipi-resipi di atas!
Mama dah terpikat dan berminat untuk menggunakan Kacang Panggang Ayam Brand
Jangan lupa untuk mengambil beberapa tin Kacang Panggang Ayam Brand
Untuk pelbagai perkongsian dan resipi-resipi menarik daripada Ayam Brand
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.