“Jantung rumah” itu yang dapat digambarkan dengan ruang penting bagi semua Mama-mama di luar sana mengenai dapur! Bicara mengenai dapur ini, sudah tentu sebagai wanita anda inginkan ruang tersebut bukan sahaja dilengkapi kabinet dapur murah dan cantik tetapi yang paling penting ia mestilah yang terbaik, paling menarik dan penuh dengan keselesaan ketika digunakan.
Oleh sebab itu, pada kali ini Mama Siti merasakan adalah waktu yang tepat untuk gembirakan hati Mama-mama semua dengan beberapa idea menarik cara dapatkan kabinet dapur murah dan cantik yang Mama idamkan selama ini.
Tanpa membuang masa, jom lihat apakah idea-idea untuk dapatkan kabinet dapur kecil murah ini!
Pilihan Idea Kabinet Dapur Murah dan Cantik
Berikut merupakan idea untuk design kabinet dapur simple dan murah tetapi masih lagi kekal cantik iaitu:
#1. Kabinet Dapur Dengan Perincian Garis Halus
Bertemakan biru dan putih, kabinet dapur dengan alur halus ini mampu jadikan ruang dapur anda kelihatan sangat menarik dan segar serta tampak kemas.
#2. Kabinet Gabungan Marmar dan Kayu
Jika anda sukakan kedua-dua bahan ini iaitu marmar dan kayu, apa kata kalau anda gabungkan kedua-dua bahan tersebut pada kabinet anda seperti gambar di atas yang direka bentuk menjadi kabinet klasik yang cantik beserta meja pulau.
Idea ini sangat sesuai untuk tema dapur gaya ladang moden!
#3. Kabinet Dapur Murah dan Cantik Dengan Butiran Yang Simple
Tak suka rekaan yang padat? Apa kata pilih kabinet kayu yang sangat simple tapi sangat function ini, dan yang penting wang anda dapat dijimatkan berkali ganda!
#4. Kabinet Terang dengan Rak Terbuka
Pilihan idea kabinet dapur murah dan cantik yang seterusnya adalah kabinet dengan rak terbuka ini. Sangat sesuai digayakan bagi anda yang mempunyai ruang dapur yang kecil.
Pilihan design kabinet dapur simple dan murah dengan warnanya yang cerah ini akan jadikan ruang berkenaan kelihatan lebih besar dan lapang!
#5. Kabinet Terbuka Style 1
Pilihan kabinet dapur kecil dan murah ini sangat sesuai digayakan untuk mewujudkan ruang lantai yang lebih luas dan bebas halangan.
Padanan reka bentuk dengan warna kabinet yang dicat kelabu menaikkan lagi seri dapur anda.
#6. Kabinet Dapur Jenis Cermin Bercetak
Kalau anda tidak gemar hiasan di dapur terlalu padat, boleh gunakan kabinet cermin dengan cetakan di atasnya ini.
Sangat simple dengan keunikannya tersendiri, anda tidak perlu lagi hiasan lain untuk serlahkan kabinet dapur anda!
#7. Kabinet Dapur Murah dan Cantik dengan Jubin Bercorak
Pilihan kabinet dengan jubin bercorak ini juga merupakan pilihan terbaik buat anda yang ingin tonjolkan rupa dapur dengan cara mudah.
Tambah menarik lagi jika backsplash dapur turut menggunakan corak jubin yang sama.
Tips Pilih Kabinet Dapur Murah dan Cantik
Ramai beranggapan kabinet dapur yang cantik mestilah mahal harganya! Sebenarnya tak juga, bergantung kepada banyak perkara terutama pemilihan kabinet yang anda pilih.
Kadang-kadang yang mahal belum tentu sepadan dengan ruang dapur anda, begitu juga yang murah kalau tak sesuai atau lari reka bentuknya boleh datangkan kecacatan pada dapur terutama paparan kabinet yang anda pilih.
Disebabkan ramai yang ingin tahu apakah tips mudah dalam memilih kabinet dapur yang cantik dan murah, di bawah ini kami senaraikan beberapa panduan berguna untuk anda iaitu:
- Bahan
Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan adalah bahan kabinet. Pilihan kabinet yang diperbuat daripada MDF, papan zarah atau bahan sintetik beserta campuran lain akan menjadi jauh lebih murah berbanding kabinet yang diperbuat daripada kayu pepejal ataupun kaca.
- Kabinet Pasang Siap vs Tersuai
Yang kedua pula adalah kabinet pasang siap atau jenis tersuai. Pilihan kabinet yang telah siap dipasang seperti yang dikeluarkan oleh IKEA adalah jauh lebih murah berbanding anda mengupah tukang untuk membuat dan memasangnya.
- Kabinet Terpakai vs Kabinet Baru
Beli kabinet terpakai adalah lebih murah berbanding kabinet baharu. Terdapat banyak kedai yang menjual barangan terpakai yang boleh dikatakan masih nampak baharu lagi.
Namun, semua itu terpulang kepada diri anda.
- Kabinet Pasang Sendiri
Antara cara jimat adalah dengan beli kabinet pasang sendiri yang belum siap sepenuhnya iaitu dari cat dan lain-lain.
Anda boleh berkunjung ke kedai perabot dan minta mereka memotong beberapa keping kayu untuk dijadikan kabinet dan lakukan semua DIY di rumah. Banyak yang dapat dijimatkan!
- Kuantiti dan Saiz Dapur
Kuantiti dan saiz dapur juga memainkan peranan dalam kos yang perlu anda belanjakan. Oleh itu, pastikan anda membuat ukuran yang sewajarnya.
- Pemasangan
Selain kos bahan, anda juga perlu pertimbangkan kos pemasangan. Jadi, sekiranya anda yakin anda mampu melakukannya, adalah lebih baik anda memasang kabinet dengan keupayaan sendiri.
Jadikan semua idea di atas sebagai contoh kabinet dapur simple yang anda inginkan dan mula lakukan pengubahsuaian di dapur mengikut citarasa anda!
Dapatkan juga pelbagai lagi tips dan panduan dekorasi yang lain di SINI!