KelabMama

Jadikan Realiti! Tips dan Idea Reka Bentuk Kabinet Bilik Tidur

Ingin merealisasikan bilik tidur idaman? Bagaimana ingin menyesuaikan kabinet dengan ciri-ciri bilik tidur idaman Mama?

Perhatikan beberapa tips sebelum membuat keputusan memasang kabinet dalam bilik tidur. Kemudian barulah kita boleh pilih reka bentuk yang bersesuaian. 

Semua itu Mama Siti ada kongsikan dalam artikel ini. Ayuh kita lihat lebih lanjut. 

6 Tips Pilih Kabinet Bilik Tidur

#1 Penggunaan

Kredit gambar: Abam Kie

Berapa besarkan kabinet yang Mama perlukan? Berapa banyak barang yang boleh dimuatkan dalam kabinet tersebut? 

Itu antara persoalan yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan kabinet bilik tidur. 

#2 Fungsi Kabinet

Kredit gambar: Home Bagus

Di sini, lebar dan tinggi kabinet menjadi taruhan. Pakaian bergantung memerlukan kabinet yang tinggi, manakala laci pula sesuai jika Mama mempunyai banyak barang perhiasan. 

Begitu juga dengan lebarnya, semakin lebar, semakin banyak barang yang boleh disimpan. Tetapi Mama perlu sesuaikan dengan saiz bilik, pastikan kabinet tidak mengganggu pergerakan Mama. 

#3 Saiz

Kredit gambar: Qingdao Sinoah

Kebanyakan kabinet pakaian dalam bilik tidur mempunyai sekurang-kurangnya 45 cm kedalaman yang dilengkapi dengan rak, laci dan ruang gantung.

Lebih baik untuk kita memanfaatkan ruang siling dengan memasang kabinet yang tinggi. Lagipun, lebih banyak barang boleh simpan kan.

#4 Jenis Kabinet

Kredit gambar: Styles At Life

Ada kabinet tanpa pintu, dua pintu, kabinet berengsel dan banyak lagi. Sekali lagi, kita perlu kembali memikirkan tentang fungsi kabinet itu.

Jangan lupa untuk senaraikan kelebihan dan kekurangan setiap satu jenis kabinet dalam bilik tidur Mama.  

#5 Gaya/ Tema

Tema klasik, moden dan kontemporari antara yang menjadi tumpuan sejak beberapa tahun ini. Dari sekecil-kecil perincian seperti tombol pintu dan kemasan kabinet akan memberi kesan pada gaya dalam bilik tidur. 

Mama perlu pertimbangkan kesesuaian kabinet dengan meja solek, katil dan perabot agar padan dengan gaya yang dipilih.    

#6 Praktikal

Kredit gambar: Renopedia

Adakah kabinet Mama senang dipasang? Bolehkah kabinet itu dibuka dan ditutup tanpa mengganggu perabot lain?

Yang cantik, belum tentu baik. Bayangkanlah Mama tak boleh bukan kabinet sebab pintunya terhalang dengan katil. 

Jadi nilaikan sebelum membeli ya. 

8 Reka Bentuk Kabinet Bilik Tidur

#1 Kabinet Kayu

Kabinet ini menyerlahkan gaya elegan dengan kemasan dan tombol metalik yang cantik. Ianya sesuai bagi Mama yang memilih dekorasi ala tradisional di bilik tidur. 

Tambahan pula, bahan kayu yang legap membantu menyembunyikan pakaian, beg dan barang yang mungkin akan mengganggu nilai estetik bilik tidur. 

#2 Kabinet PVC 

Kredit gambar: honsoar.en.made-in-china.com

Kabinet PVC yang memenuhi ruang lantai dan siling ini memberikan rupa vintaj klasik kepada bilik tidur Mama. 

Ianya satu keputusan yang bijak kerana Mama telah memanfaatkan ruang atas bilik tidur yang selalunya tidak digunakan sepenuhnya. 

Untuk nampak lebih menarik, pilih kabinet PVC yang berwarna kontra dengan warna dinding bilik tidur. 

#3 Kabinet Minimalis

Kredit gambar: Shopee Philippines

Penting untuk Mama faham pada perkataan minimalis itu sendiri iaitu penggunaan perabot yang sederhana dan multi fungsi.

Oleh itu, hadkan jumlah kabinet dalam bilik tidur dan pastikan Mama menggabungkan satu kabinet untuk pelbagai kegunaan. 

Contohnya kabinet menyimpan kasut disatukan dengan kabinet beg tangan. 

#4 Bentuk ‘L’

Jika Mama mahukan kabinet yang kelihatan bergaya, namun ingin menjimatkan ruang lantai, maka kabinet bilik tidur berbentuk L ini amat disyorkan.

Reka bentuk khusus ini mempunyai pilihan storan tambahan dan rak pelbagai saiz untuk memenuhi keperluan Mama. 

#5 Di Sudut Bilik

Kredit gambar: yamazonhome.en.made-in-china.com

Bagi Mama yang mempunyai bilik tidur kecil tanpa ruang yang sesuai untuk kabinet bilik tidur, reka bentuk ini patut dipertimbangkan.

Kabinet jenis ini menyempurnakan dekorasi bilik tidur dan memaksimumkan penggunaan ruang di dalam bilik.

#6 Jenis Custom-made

Kredit gambar: AliExpress

Idea reka bentuk ini membolehkan Mama menata kabinet mengikut citarasa sendiri. Contohnya, buat satu ruang kabinet untuk membaca di hujung bilik berhampiran dengan tingkap. 

Mama juga boleh tambahkan ruang khusus untuk aksesori dan tempat untuk televisyen. Di bahagian bawahnya pula, jadikan sebagai ruang storan tambahan.

#7 Jenis Kaca

Kredit gambar: Pinterest

Melabur dalam kabinet kaca ialah cara terbaik untuk menjadikan bilik tidur Mama kelihatan sangat moden dan cantik.

Ia mempunyai beberapa rak yang boleh dikategorikan kepada item berbeza. Contohnya,  satu bahagian untuk pakaian, satu ruang kabinet untuk aksesori dan satu lagi dikhaskan untuk menggantung pakaian. 

#8 Untuk Kanak-Kanak

Kredit gambar: Design Cafe

Kabinet tambahan yang perlu ada dalam bilik tidur kanak-kanak ialah almari simpanan alat permainan. 

Kabinet untuk alat mainan dan ruang belajar hendaklah dibina sesuai dengan saiz kanak-kanak. Ini penting untuk meningkatkan motivasi mereka menyimpan semula mainan dan mengulang kaji pelajaran. 

Dengan adanya tips dan idea reka bentuk kabinet bilik tidur, barulah Mama boleh ‘menghidupkan’ impian bilik tidur idaman. 

Lebih baik kita buat penilaian dahulu sebelum pasang kabinet supaya tak ada drama penyesalan di kemudian hari. 


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan lebih banyak tips dekorasi rumah dan bilik di SINI!