Mama masih mencari-cari barangan bayi yang berkualiti pada harga yang berpatutan? “Dah lama mengidam breastpump satu ni, tapi macam mahal sangat je.” “Cantiknya stroller tu, tapi bajet macam tak cukup lagi…” kata si ibu yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak.
KelabMama faham perasaan Mama semua. Tambah-tambah kalau awak yang baru pertama kali jadi Mama. Mesti tengah kira bajet yang sesuai untuk penuhkan keperluan bayi anda. Jangan risau, kali ini KelabMama nak kongsikan tips untuk beli barang anak-anak Mama dengan harga berpatutan dan berbaloi.
JOM ke Motherhood.com.my Baby Warehouse SALE 2019!
Untuk pengetahuan Mama, Motherhood.com.my bakal melangsungkan acara tahunan yang sentiasa dinantikan semua ibu bapa – Jualan Gudang Barangan Bayi 2019! Apa yang Mama boleh dapatkan di jualan gudang ini?
Pelbagai Barangan Bayi Berjenama Pada Harga Runtuh Terhebat
- Diskaun hebat sehingga 90%!
- Harga bermula serendah RM1.
- Lebih 100+ barangan bayi berjenama dengan lebih 10,000+ produk!
- Lebih 100+ barangan STARBUY untuk dimiliki.
- Pakaian berjenama Disney & Pigeon pada harga RM5!
- Dapatkan barangan Philips Avent pada harga promosi sehingga 70%!
- Pampers Genki bermula pada harga RM81 untuk 3 pek!
- Lebih 50 jenama Stroller dan Permainan untuk anak anda!
Bukan itu sahaja tau! Mama boleh dapatkan pelbagai jenis produk dan jenama barangan bayi dan kanak-kanak di Motherhood.com.my Baby Warehouse Sale ini. Mama boleh dapatkan barangan berjenama seperti Kath+Belle, BabyOrganix, Pigeon, Fiffy, Babylove, Himalaya, Akarana Baby, TrendyValley dan banyak lagi! Mama boleh dapatkan apa sahaja jenis barang yang Mama cari selama ini. Hanya sediakan senarai yang sepatutnya dan bajet yang mencukupi.
FREEBIES Istimewa & Banyak Lagi!
Selain itu, Mama juga berpeluang untuk membawa pulang beberapa tawaran percuma, dan eksklusif! Tapi, tawaran istimewa ini khusus untuk mereka yang terawal sahaja tau.
- 1,500 Goodies Bag eksklusif untuk dimiliki.
- RM20 baucer tunai untuk setiap pembelian melebihi RM200.
- Pemeriksaan badan dan tekanan darah PERCUMA untuk Mama.
Preview Eksklusif untuk Pelanggan CIMB, Maxis & ahli VIP Motherhood.com.my
Jika Mama merupakan pengguna CIMB (kad debit atau kredit), Mama boleh menjadi antara pelanggan pertama jualan warehouse ini! Selain itu, jika Mama merupakan pelanggan Maxis dan mempunyai MyMaxis App, serta ahli VIP dan NewMom Motherhood.com.my, anda juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan bayi lebih awal pada tarikh dan masa berikut:
Tarikh: 28 Februari 2019 (Khamis)
Masa: 5pm-9pm
Bila dan Di Mana?
Jualan Gudang Barangan Bayi oleh Motherhood.com.my akan berlangsung dalam beberapa hari je lagi!
TARIKH: 1-3 Mac 2019 (Jumaat-Ahad)
MASA: 10am – 10pm
TEMPAT: Viva Shopping Mall, Level 2, Hall 1.
Bagaimana untuk ke sana?
Sekiranya anda belum pernah ke Viva Shopping Mall, Mama boleh Waze atau gunakan aplikasi Google Map untuk ke Baby Warehouse Sale di Viva Shopping Mall ini seperti di bawah.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum jualan gudang bayi ini akan berlangsung. Mama dah boleh sediakan senarai barangan yang Mama perlukan, pastikan bajet Mama mencukupi dan sediakan ayat manis untuk cik abang. Untuk maklumat lanjut dan update terkini, layari Motherhood.com.my Baby Warehouse SALE 2019 atau klik ‘Going’ di Facebook event ini.