Sebelum ini kecoh dengan kisah budak 12 tahun merogol anak asuhan ibunya yang berusia 4 tahun. Berdasarkan dari kisah itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Azmuhaini Aini telah berkongsi di Facebooknya mengenai aplikasi yang sangat berguna kepada mama papa untuk pantau dan kawal aktiviti anak. Menarik ni!
Aplikasi Family Link
Terkejut dengar berita budak 12 tahun merogol anak asuhan.
Ya Allah lindungilah anak-anak kami semua.
Dari berita tu kata semua tu pengaruh gadget.
Yerlah kan zaman sekarang semua di hujung jari, cari je apa tekan je apa share je apa semua keluar.
Maybe ada yang dah tau app ni tapi yang belum tahu harap membantu.
App ni saya install lama jugak lah untuk monitor setiap pergerakan kegunaan hp si kakak.
Yup kakak ada hp sendiri dan hp dia memang saya pasang kan line so unlimited internet dan call. supaya dia senang nak call family member, kegunaan kerje sekolah.
Tapi semua ada limit.
So saya install app ni Family link.
Mudah monitor aktiviti anak
Kat app ni saya boleh monitor apa yang kakak sedang buat. contoh dia tengah online ke. dia tengah tengok youtube ke. tengok game ke apa ke semua saya boleh tahu. dan berapa lama dia tengok dan last dia online semua saya tahu. dan paling penting saya tahu location hp nya berada dimana. tak kisah saya tengah kerje dia di rumah semua saya boleh monitor sebab nya ada notifiication.
Dan di app ni juga saya kawal penggunaan nya so saya akan set masa ikut saya. so sampai masa hp ni akan padam sendiri dan dia tak leh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. kalau dia perlu buka hp juga perlukan code no daripada hp saya.
Update ::
1) Application ni perlu di install kat telefon parent yang nak monitor tu dan juga HP anak anda ye.
nanti app ni akan minta email bagai so ikut sahaja arahan yang diberikan.
— Untuk hp parent kena install google family link for parent dan kalau untuk hp anak kena install google family link for children & teens
2) Anak nak uninstall. biarlah sebab tak boleh pun ?? . kalau hp si ibu atau bapa uninstall pun masih boleh install balik dan monitor anak macam biasa balik. melainkan parent tu tekan STOP SUPERVISION.
3) Kita boleh kawal dan set untuk tontonan movie umum sehingga 18sg atau 18sx. game pun boleh kawal.
4) Semua kawalan/perubahan adalah hanya boleh dilakukan di hp si ibu/bapa sahaja.
Selamat mencuba ☺☺☺
Sumber : Azmuhaini Aini
BACA JUGA TERANGSANG TENGOK VIDEO, BUDAK 12 TAHUN MEROGOL ANAK ASUHAN IBUNYA
Pesan Mama Siti
Setiap mama papa pasti nak yang terbaik untuk anaknya. Jadi mama papa pun kena usahakan yang terbaik untuk pastikan anak-anak di haluan yang betul. Mama Siti harap perkongsian ini dapat membantu mama untuk pantau dan kawal aktiviti anak-anak bila-bila masa je. Lepas ni dah tak ada alasan tak ada masa lagi okay?