KelabMama

Jom Mengimbau Kenangan Balik Kampung Ramadan & Raya Ini di Sunway Velocity Mall

Kalau tanya Mama Siti apa perkara yang paling tidak dapat dilupakan sepanjang 2020, semestinya tidak dapat menyambut Ramadan dan Syawal bersama ibu bapa dan saudara mara di kampung.

Sedih tak terkata apabila tibanya pagi Syawal. Sayu rasa hati, dan tidak bersemangat seperti tahun-tahun sebelumnya untuk beraya. Walaupun pandemik masih melanda negara kita hingga ke hari ini, Mama Siti percaya rakyat Malaysia seperti sudah memahami keadaan sekarang dan juga lebih bersedia untuk berpuasa dan menyambut Syawal di ibu kota seperti tahun lepas.

Untuk mengembalikan nostalgia pulang beraya ke kampung, Mama Siti ingin mengajak anda semua ke Sunway Velocity Mall bermula 16 April hingga 16 Mei 2021. Mama Siti pasti anda akan terpegun dengan hiasan jeti dan kapal-kapal ‘yang berlabuh’ saat anda melangkah masuk ke Main Atrium pusat membeli-belah ini.

16 April – 16 Mei 2021 @ Main Atrium, Ground Floor, Sunway Velocity Mall

Kapal-kapal tersebut merupakan simbolik antara pengangkutan yang digunakan semasa pulang beraya di Kampung (psst…Langkawi, Pulau Pangkor). Sambil anda terpegun dengan keindahan hiasan kapal tersebut, dan bergambar sebagai kenangan, anda akan ‘melusuri’ gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis aksesori, pakaian, dan buah tangan yang sering dibeli untuk ahli keluarga di kampung. Ahh, rindunya!

Antara gerai yang ada adalah barangan aksesori daripada Little Pleasures, pleated shawls oleh My Hijab, baju raya untuk seisi keluarga, snek hari Raya daripada myEureka Snack dan Mayuri Ipoh Murukku, dan juga pelbagai hiasan Raya untuk dekorasi Aidilfitri di rumah anda.

Untuk anda yang inginkan telefon Raya, anda boleh ke booth Maxis untuk mendapatkan telefon pintar dengan kamera yang terbaik dan terus berhubung bersama rakan-rakan dan saudara-mara jauh.

Rebut Free Gifts Istimewa di Kempen Ikatan Mesra Raya

Yang lagi menarik apabila anda membeli-belah di Sunway Velocity Mall sepanjang kempen Ikatan Mesra Raya ini adalah, anda boleh menebus beberapa hadiah saguhati PERCUMA dengan pembelian minima RM300*.

Jom lihat apa yang anda boleh dapatkan disini:

  1. Berbelanja sehingga RM300 (RM200 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 2 resit* untuk mendapatkan baucer tunai makanan dan minuman bernilai RM10 dan juga sampul duit raya eksklusif daripada Sunway Velocity Mall.
  2. Untuk pembelanjaan RM400 (RM300 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 2 resit*, anda boleh mendapatkan Limited Edition Upcycled Raya Pouch dengan sampul duit Raya dan juga baucer tunai makanan dan minuman bernilai RM10.
  3. Pembelian yang bernilai sehingga RM600 (RM500 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 4 resit* berpeluang untuk mendapatkan satu set pinggan Ikatan Mesra Raya dan satu peluang spin dan menang apabila anda mengumpul 300 points* Sunway Pals dan ke atas.

Spin The Wheel!

Bagi ruangan Spin the Wheel, calon yang layak berpeluang untuk memenangi baucer tunai RM50 dari Hoop Station, cawan dari Simple Life bersama baucer tunai RM10 atau jumlah mata Sunway Pals bernilai RM3 apabila anda berjaya mengumpul 300 points Sunway pals* dan ke atas.

Dalam pada itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan popcorn PERCUMA untuk 500 ahli Sunway Pals yang pertama yang berjaya mengumpul 100 points Sunway Pals.

Untuk mereka yang baru mendaftar sebagai ahli Sunway Pals di sini, anda boleh menebus Teh Dilmah secara PERCUMA!

*Tertakluk pada terma dan syarat dan selagi stok masih ada.

Tawaran BERGANDA di Jeti Sunway Velocity Mall

Aip, nanti dulu Mama! Cuba periksa berapa banyak Mama telah ‘habiskan’ dengan membeli-belah di Main Atrium Sunway Velocity Mall ini? Ada (lebih) banyak ganjaran menarik menanti anda walaupun Mama hanya berbelanja sebanyak RM20 tau!

Mama boleh ke Redemption Counter yang terletak di Concierge Counter untuk mendapatkan baucer-baucer tunai ini. Barulah lebih berbaloi pembelian Mama nanti!

Khas untuk Abang-abang & Kakak-kakak Riders

Bersempena dengan kempen ‘Kita Support Kita’, Sunway Velocity Mall turut menghargai frontliners yang terdiri daripada para riders di Malaysia, yang sanggup mengharungi panas dan hujan untuk menghantar makanan kepada para pelanggan.

Sunway Velocity Mall bersama Quaker Oats menghadiahkan mereka dengan biskut chocolate chip, biskut stick, dan juga bubur lambuk, hidangan bubur nasi yang dimasak dengan pelbagai rempah dan santan yang sesuai untuk berbuka selepas seharian berpuasa dan menjalankan tanggungjawab.

Untuk pengetahuan Mama, Upcycled Raya Pouch merupakan kerjasama antara Sunway Malls bersama Woman Up oleh Kloth Cares yang direka berdasarkan 3 ‘tiang utama’ iaitu dengan mengitar semula kain-kain atau fabrik yang telah disumbangkan, bagi menambahkan potensi hasil pembuatan para wanita daripada komuniti B40, disamping meningkatkan nilai sumbangan Sunway Malls kepada perusahaan sosial Malaysia dan organisasi amal.

Kerjasama ini menunjukkan satu contoh sumbangan berterusan daripada Sunway Velocity Mall, yang sejajar dengan komitment Sunway Group kepada United Nations Sustainable Development Goals.

Upcycled Raya Pouch tersebut dibuat di Malaysia dan dijahit oleh wanita dari kumpulan pendapatan isi rumah B40, yang kebanyakannya merupakan ibu tunggal yang memerlukan di sekitar Selangor. Selain itu, Sunway Velocity Mall bersama-sama dengan pusat membeli-belah Sunway yang lain juga menambahkan keceriaan sambutan Raya kepada 141 kanak-kanak yang kurang bernasib baik di empat buah rumah anak yatim di Selangor dengan menghadiahkan mereka dengan ‘Baju Raya’ baru.

Jom bersama-sama memeriahkan kempen Ikatan Mesra Raya di Sunway Velocity Mall bermula 16 April hingga 16 Mei 2021 ini.

Untuk maklumat lanjut, Mama boleh layari laman rasmi kempen Ikatan Mesra Raya dan juga Facebook Sunway Velocity Mall.