Buat pasangan veteran yang dah melayar bahtera perkahwinan lebih daripada 5-7 tahun ni, pasti akan rasa kasih sayang tu beransur pudar. Walaupun rasa tu tak diluahkan secara direct, kita akan tetap rasa bosannya.
Susah kan? Sebab kita dah kenal antara satu sama lain, jadi kita boleh detect walaupun perubahan kecil dari pasangan. Mama Siti sarankan jangan layankan sangat perasan ni sampai mengundang keretakan dalam rumahtangga anda.
Berikut adalah rahsia Mama Siti untuk anda semarakkan kembali rumah tangga yang terbina lebih daripada 5 tahun. Lakukan rutin ini, confirm anda dapat rasakan seolah-olah anda dan pasangan masih lagi dalam bulan pertama tempoh perkahwinan.
1. Kerap Keluar Berdua
Kalau waktu bercinta dulu, anda boleh keluar berdua setiap hari, apa kata kita ulang balik rutin tu lepas kahwin? Keluar berdua-duaan 2 kali sebulan atau setiap hujung bulan pun dah mencukupi. Anda boleh lakukan apa saja, menonton wayang, berjalan-jalan di kompleks beli-belah atau makan malam romantik. Itu pun dah cukup menyeronokkan jika dilakukan bersama pasangan. Barulah anda akan rasa seperti kali pertama bercinta.
2. Saling Mempercayai
Pasangan veteran sepatutnya dah tak perlusemak atau curi-curi tengok telefon bimbit suami atau isteri anda. Pada ketika ni, anda sepatutnya dah mempercayai antara satu sama lain. Dengan kepercayaan yang telah diberikan, anda sepatutnya lebih setia dan tidak curang dengan pasangan masing-masing.
3. Layan Mereka Sebaiknya
Jangan sesekali lupa tanggungjawab anda sebagai suami atau isteri. Pastikan anda tahu apa pasangan anda mahukan dan sentiasa ambil berat mengenai dirinya. Tak salah sekiranya suami bantu isteri buat kerja rumah. Isteri pula, mestila kena pro bab menjaga makan pakai suami. Barulah keharmonian rumah tangga dapat dipupuk semula.
Kalau dulu asyik makan di luar saja, kononnya tak nak bagi isteri penat. Apa kata kita sebagai isteri ubah sikap tu. Bak kata orang, air tangan isteri kan mampu memikat hati suami?
4. Rancang Percutian Tanpa Anak
Jika anda dah mempunyai anak, cuba rancang percutian sekurangnya-kurangnya 6 bulan sekali atau setahun sekali bercuti berdua-duan tanpa anak. Mama Siti tak nafikan yang bila ada anak, percutian jadi lebih seronok, tapi percayalah anda bercuti berdua-duaan lebih manis.
Tak salah kalau anda tinggalkan sebentar si kecil di rumah nenek dan atuk mereka atau upah pembantu yang selayaknya untuk menjaga anak anda untuk beberapa hari. Dua hari satu malam? Itu pun dah memadai.
5. Buat Kejutan
Sekali-sekala apa salahnya kalau anda buat kejutan dengan memberi pasangan anda hadiah. Kalau tak mampu beri hadiah yang mahal, cukup sekadar sejambak bunga. Kalau dulu waktu bercinta, setiap kali jumpa ada saja special gift. Apa kata kita teruskan rutin ni walaupun dah 5 tahun berumah tangga bersama. Jika kewangan mengizinkan, lebih elok jika anda bawa si dia bercuti. Kenang memori indah waktu anda berbulan madu bersamanya. Pasti romantik!
6. Jangan Compare!
Terima pasangan anda seadanya dan jangan sesekali membeza-bezakannya. Sikap suka compare ni lah yang akan retakkan hubungan anda. Kalau sikapnya dah berubah, cuba slow talk dengan dia. Bawa bertenang dan bincangkan masalah tersebut. Jangan biarkan dia terus hanyut dengan sikap tu. Sebagai suami dan isteri, anda ada hak untuk tegur pasangan anda dan sama-sama berubah menjadi yang lebih baik.
7. Puji Pasangan
Jangan lupa puji pasangan anda. Kesilapan yang sering dilakukan suami dan isteri adalah mereka kurang atau jarang puji pasangan mereka. Tidak kiralah pasangan anda dah gemuk atau penampilan kurang menarik, pujilah mereka. Mama Siti dengan kehendak manusia yang sentiasa inginkan kecantikan sehingga ke akhir hayat tapi semua tu takkan pernah berlaku.
Menurut sebuah kajian, pasangan yang sentiasa diungkap dengan kata pujian akan berasa lebih puas dalam hubungannya. Kalau tak tahu nak puji apa, senang saja. Ungkapkan kata yang sedap didengar, barulah hatinya akan berbunga. Kata-kata seperti, “Awak sangat baik”, “Saya senang dengan sikap awak dan awak rajin”, itu pun dah mencukupi.
8. Anggap Pasangan Kekasih Hati
Jarang dapat lihat pasangan suami isteri menganggap pasangan mereka adalah kekasih hati dan mereka tak sedar dengan hakikat ni. Seorang suami atau isteri bukan sekadar suami isteri, tetapi mereka adalah pasangan kekasih yang sedang melayari bahtera kehidupan rumah tangga yang memerlukan kasih sayang dan cinta agar pelayaran mereka kekal hingga ke akhir hayat.
Sumber: SirapLimau
BACA JUGA 5 TAHUN PERKAHWINAN BUKAN TEMPOH PERCUBAAN
Pesan Mama Siti:
Komunikasi sangat penting dalam perhubungan. Cari masa untuk berbual dengan pasangan anda. Elak terlalu fokus dengan teknologi yang boleh renggangkan masa berkualiti anda dengan keluarga. Siapa kata, bila dah lama kahwin dan ada anak empat, anda dan pasangan dah tak boleh be’romantik’ dan lakukan pelbagai aktiviti bersama? Belum cuba belum tahu!