Kebiasannya, bagi individu yang didiagnos dengan penyakit kritikal seperti breast cancer mungkin akan mengambil keputusan untuk berehat dan fokus pada jadual rawatan semata-mata. Bagaimanapun, penting untuk anda tahu bahawa disahkan menghidap kanser sebenarnya tidak menghalang seseorang itu untuk kekal aktif dengan melakukan aktiviti sihat.
Misalnya bersenam. Jangan takut untuk melakukan senaman kerana menganggap tubuh perlu banyak berehat. Melalui aktiviti kecerdasan seperti ini, ia sebenarnya lebih baik untuk tubuh yang sedang dalam healing process.
Menurut laporan diterbitkan oleh National Cancer Society Malaysia (NCSM) kajian menunjukkan bahawa senaman sangat bermanfaat untuk semua jenis kanser sama ada ia dilakukan sebelum, semasa atau selepas rawatan.
Senaman Sebelum Rawatan Kanser
Untuk situasi selepas didiagnos namun belum memulakan sebarang rawatan kanser (pembedahan, kimoterapi, radioterapi), senaman aerobik dan senaman rintangan berupaya:
- Mengurangkan komplikasi selepas pembedahan.
- Meningkatkan daya toleransi terhadap kimoterapi.
- Mengurangkan tempoh tinggal di hospital.
Senaman Semasa Rawatan Kanser
- Bersenam semasa rawatan adalah jauh lebih bermanfaat dalam menguranakan kadar keletihan vang disebabkan oleh rawatan kanser walaupun berbanding bersenam selepas tamat rawatan. Jadi inilah masa terbaik untuk bermula.
- Mengurangkan kemurungan, keresahan dan insomnia.
- Membantu dalam melegakan masalah kencing tidak terkawal.
Senaman Selepas Rawatan Kanser
- Mengurangkan Faktor Penumbuhan Imun (IGF) I and II, kedua-duanya yang saling berkait dengan peningkatan risiko kanser payudara.
- Memperbaiki tahap imuniti.
- Kualiti hidup yang lebih baik.
Garis pandu latihan senaman menyarankan sekurang-kurangnya 150 minit senaman aerobik intensiti sederhana untuk tempoh seminggu (dengan setiap sesi berlangsung sekurang- kurangnya 10 minit) dan latihan ketahanan sekurang-kurangnya dua hari tidak berturut- turut seminggu. Senaman aerobik menggunakan kumpulan otot yang besar dan menyebabkan degupan jantung pesakit meningkat semasa melakukan aktiviti.
Senaman aerobik intensiti sederhana akan membuat pernafasan lebih kencang daripada biasa namun masih mampu dikawal contohnya termasuk menunggang basikal, berenang atau berjalan pantas.
Senaman ketahanan atau kekuatan menggunakan berat atau daya tahan untuk meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot anda, di samping kekuatan tulang anda. Harus diingati bahawa aktiviti ini perlu dimulakan secara sedikit-sedikit dan perlahan. Sebelum kemudiannya perlu ditingkatkan secara beransur-ansur dari masa ke masa.
Malah, turut dinasihatkan untuk tidak melakukan terlalu banyak senaman sekaligus. Berjalan kaki selama 10 minit untuk tempoh dua ke tiga kali seminggu mungkin merupakan permulaan yang baik.
Sekiranya rutin senaman mulai teratur, pesakit kemudian boleh meningkatkan aktiviti. Untuk latihan kekuatan, pertimbangkan untuk berjumpa dengan jurulatih senaman bagi membimbing anda melalui penggunaan peralatan senaman dan juga merancang rejim latihan yang khusus untuk anda.
Bagaimanapun, perlu diberi perhatian bahawa selama dua minggu selepas pembedahan (atau sebelum drain anda ditanggalkan) elakkan pergerakan tangan dan bahu anda secara luas, misalnya daripada 90 darjah daripada tubuh badan.
Selama enam minggu selepas pembedahan, dilarang untuk mengangkat berat lebih daripada dua kilogram (ternasuk bayi) serta elakkan melompat atau berjoging.
Berikut antara bentuk senaman yang dicadangkan kepada pesakit kanser payudara.
- Berjalan
- Yoga
- Berbasikal
- Menari
- Tai Chi
Bagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa setiap aktiviti senaman yang ingin dilakukan perlu dibincang bersama doktor terlebih dahulu. Malah, anda dinasihatkan untuk melakukan senaman dengan ditemani jurulatih yang sedia maklum tentang masalah kesihatan anda.
Selain itu, dalam setiap aktiviti kesihatan, perkara utama perlu diberi perhatian juga adalah melakukan pemanasan badan sebelum setiap sesi sebelum disusuli aktiviti regangan lembut untuk menyejukkan diri setelah sesi senaman.
Dapatkan pelbagai info kesihatan seisi keluarga Mama di SINI!