KelabMama

6 Jenis Ruam Bayi Yang Perlukan Perhatian Mama Papa

Ruam yang timbul pada kulit bayi biasanya disertai dengan rasa gatal, kemerahan, mengelupas, dan ada juga jenis ruam bayi bersisik hingga menimbulkan iritati pada kulit si manja.

Kalau timbulnya ruam ini, pasti Mama dan Papa bimbang bukan? Lagi-lagi kalau ruam itu menyebabkan si manja menangis kerana kesakitan dan ketidakselesaan.

Foto Kredit: redaksi.com

Secara amnya, ruam bayi berlaku disebabkan oleh tiga perkara, iaitu:

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengetahui jenis-jenis ruam bayi dan puncanya. Barulah mama dan dan papa tahu cara atau tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.

Walaupun ruam-ruam ini nampak serupa, tetapi sebenarnya berbeza yang Mama. Berikut merupakan enam jenis ruam bayi, punca-punca ia berlaku dan cara mengatasinya.

6 Jenis Ruam Bayi

1) Jerawat Bayi 

Foto Kredit: webmd.com

Jerawat bayi ataupun dikenali dalam bahasa orang putihnya iaitu “baby acne” biasanya akan muncul di pipi, hidung atau dahi. 

Tak semua bayi akan mengalami jerawat ini. Hanya kira-kira 20-30% bayi akan mengalami “baby acne”.

Jerawat ini timbul disebabkan oleh yis dan bukan akibat pengumpulan minyak di dalam kulit.

Ia biasanya timbul di bahagian dahi, hidung, pipi bahkan di punggung bayi. Keadaan ini biasanya terjadi pada bayi baru lahir atau sekitar dua hingga empat minggu selepas dilahirkan.

Jerawat ini biasanya akan hilang tanpa rawatan dalam beberapa bulan, tetapi kadang-kadang boleh juga memakan waktu sehingga setahun. Walaupun begitu, jerawat bayi bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana ia tidak membahayakan dan tidak sama dengan jerawat yang dialami semasa remaja.

2) Ekzema

Foto Kredit: Shutterstock

Ekzema menyebabkan kulit bayi menjadi gatal, merah, kering dan merekah, terutama jika ekzema tersebut terjadi di lipatan seperti di bahagian lutut dan siku.

Biasanya boleh dirawat dengan krim kortikosteroid untuk mengurangkan keradangan, dan pelembap untuk menghentikan kulit kering.

Ekzema adalah keadaan jangka panjang yang boleh muncul ketika bayi baru berusia beberapa bulan. Antara common triggers yang menyebabkan ekzema adalah seperti jangkitan virus, penggunaan sabun yang mengeluarkan buih, debunga, dan juga pemakanan.

3) Ruam Panas

Foto Kredit: thediagnosa.com

Ruam panas mungkin muncul jika bayi anda terasa panas di persekitaran yang lembap. Ruam menunjukkan lepuh atau tompokan merah kecil pada kulit yang boleh menjadi sangat gatal.

Apa yang Mama boleh lakukan ialah dengan menyapukan losyen yang menyejukkan dan menyamankan kulit serta pakaikan pakaian kapas yang longgar agar kulit bayi dapat ‘bernafas’.

4) Ruam HFMD (Hand, foot and mouth disease)

Foto Kredit: Shutterstock

Penyakit tangan, kaki dan mulut adalah penyakit virus yang ringan tetapi senang menular dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Ia menyebabkan ruam di telapak tangan dan tapak kaki si manja.

Berdasarkan portal rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNP), HFMD adalah gejala ringan dengan simptom demam dan juga ruam melepuh atau blister yang timbul di tangan, kaki, mulut, dan lidah.

Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD juga boleh mengakami jangkitan di saluran pernafasan, muntah, cirit-birit dan kurang selera makan.

Apa yang Mama boleh lakukan ialah dengan sentiasa memastikan si manja kekal bersih dengan mandinya kan 2-3 kali sehari, dan gunakan sabun antibakteria. Kemudian, pastikan kawasan yang sering digunakan si manja seperti tempat tidur, lantai dan sebagainya sering dibersihkan dan disanitasi kerana virus ini lebih senang merebak jika bayi dikelilingi kotoran.

5) Roseola infantum

Foto Kredit: medicalnewstoday.com

Roseola infantum adalah jangkitan virus berjangkit yang boleh menyebabkan gejala seperti selesema dan demam tinggi.

Kanak-kanak atau bayi dengan roseola infantum akan mempunyai bintik merah yang bermula di dada, perut dan punggung dan merebak ke seluruh anggota badan. Ruam ini biasanya akan kekal selama 3 hingga 5 hari.

Demam tinggi kerana Roseola Infantum ini boleh berlanjutan sehingga beberapa hari. Sekiranya anak Mama dijangkiti penyakit ini, pastikan Mama berikan perhatian yang sepenuhnya kerana ia boleh menyebabkan si manja Mama mengalami sawan demam.

Jika berlaku sawan demam, Mama harus segera menelefon talian kecemasan atau bawa ke klinik yang berdekatan.

6) Ruam Lampin

Foto Kredit: Shutterstock

Ruam lampin adalah radang kulit di kawasan pemakaian lampin yang kelihatan merah, sakit dan meradang.

Ruam lampin terjadi disebabkan oleh beberapa perkara, termasuklah air kencing atau kotoran pada lampin yang basah atau jarang ditukar lalu menyebabkan iritasi pada kulit bayi, kulit sensitif dan juga kulit melecet.

Untuk mengelakkan ia daripada berlaku, pastikan kawasan tersebut sentiasa bersih dan kering dengan penukaran lampin yang kerap. Mama juga boleh melindungi kulit si manja dengan mengoleskan krim zink oksida atau sapuan anti-ragi setiap kali tukar lampin.

Kalau Mama nak tahu, biasanya ruam panas hilang sendiri dalam beberapa hari tanpa rawatan. Tapi ada beberapa cara untuk membantu bayi untuk lebih selesa dan segerakan proses penyembuhan. Mama boleh baca cara-caranya di sini!

Pesan Mama Siti

Ruam memang perkara yang biasa terjadi dalam kalangan bayi. Kita sebagai Mama Papa kena sentiasa awasi keadaan si manja kerana ruam ini akan buatkan si manja selalu merengek kerana tidak selesa. Jika ini berlarutan, Mama Siti nasihatkan teruslah berjumpa dengan doktor. Sekurang-kurangnya doktor boleh beri ubat sapu atau ubat ruam yang sesuai untuk kurangkan dan hilangkan ruam si manja.