Dalam banyak-banyak jenis roti di Malaysia, salah satunya mesti roti putih kan? Ingat tak dulu masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sampai tular isu ketirisan bekalan roti di negara kita ni.
Sebenarnya ada banyak lagi jenis roti yang Mama wajib cuba dan rasanya pun tak kalah dari roti putih.
Jadi, jom kita lihat jenis-jenis roti dengan kebaikan dan asal-usulnya sekali.
12 Jenis Roti Yang Wajib Cuba!
#1 Roti Putih
Ianya antara roti kegemaran rakyat Malaysia. Walhal sebahagian pengguna yang telah mempunyai jenama roti pilihan mereka sendiri.
Banyak menu makanan yang kita boleh olah menggunakan roti putih antaranya puding roti, pencecah sup dan bubur.
#2 Roti Gandum (wheatmeal/wholemeal)
Kelebihan roti gandum berbanding roti putih ialah ia mengandungi lebih banyak serat, vitamin dan mineral.
Roti gandum sangat baik untuk Mama yang sedang diet oleh kerana kandungan kalorinya yang rendah.
Roti gandum enak dimakan begitu sahaja tetapi jika Mama inginkan kepelbagaian rasa boleh juga oleskan dengan mentega kacang.
#3 Baguette (Roti Perancis)
Roti yang berasal dari Perancis ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Banyak pasaraya dan kedai pastri menjual roti baguette termasuklah Eco Shop.
Tekstur roti ini memang agak kasar dan keras dan dalam masa yang sama ianya berwarna coklat. Cara makan baguette adalah dengan potong roti ini kepada bahagian kecil dan oleskan dengan spread atau boleh juga dijadikan roti bawang putih atau garlic bread.
#4 Roti Multigrain
Roti ini diperbuat daripada sekurang-kurangnya dua jenis bijirin berbeza. Cara kenal pasti roti multigrain adalah apabila terdapat pelbagai jenis bijirin timbul di atas roti.
Sesiapa yang makan roti multigrain akan mendapat kebaikan iaitu kekal bertenaga dalam tempoh yang lebih lama. Ini kerana ianya mempunyai indeks glisemik (GI) yang lebih rendah dari roti putih.
#5 Flatbread
Ianya leper makanakala dohnya pula lembut dan elastik. Paling penting sekali, doh roti ini perlu dibentuk menjadi bulat sebelum dimasak di atas kuali atau oven.
Uniknya roti ini terdapat hampir di kebanyakkan benua Asia. Di India, ianya dikenali sebagai chapati dan di Mexico roti ini dipanggil dengan nama tortilla manakala di negara Arab, flatbread versi timur tengah dinamakan naan.
#6 Bagel
Dulu Mama Siti pun keliru dengan jenis roti yang satu ini. Tengoklah, bentuknya macam kuih donut tapi kepada orang panggil bagel kan?
Rupa-rupanya jenis roti yang seterusnya ini diperbuat daripada tepung bergluten tinggi, garam, air, yis dan malt.
Bagel mempunyai tekstur yang lembut dan kenyal. Tambahan pula ia sering dihiaskan dengan taburan biji-bijian seperti kuaci dan bijan.
#7 Roti Bom
Bahan-bahan untuk membuat roti bom sama sahaja dengan roti canai. Namun begitu, teknik meleperkannya ada sedikit perbezaan.
Roti bom lebih tebal dari roti canai. Kadang-kala, roti bom mempunyai inti khas di dalamnya seperti kacang merah.
Akhir sekali, roti bom akan dimasak sama seperti cara roti canai disediakan.
#8 Roti Canai
Roti canai tergolong dalam kategori flatbread. Ianya merupakan makanan tradisional kaum India di Malaysia.
Roti yang asalnya dimakan dengan kuah kari dan dal itu lama-kelamaan bercabang kepada banyak jenis variasi rasa.
#9 Roti Challah
Jenis roti yang seterusnya menggunakan bahan seperti tepung, gula, minyak, telur, dan yis. Uniknya lagi, roti challah memerlukan sedikit sentuhan kesenian ketika menjalinkan tiga doh menjadi satu roti.
Roti challah sesuai dimakan sebagai roti sandwich, pencecah sup dan boleh juga dimakan kosong.
#10 Roti Puri
Roti puri akan kembang ketika digoreng dan ketika ia masih panas. Teksturnya juga lembut dan sesuai dimakan dengan sambal bilis dan pelbagai jenis gulai.
Jenis roti ini berasal dari negeri kecil di India yang selalu dihidangkan sebagai makanan ringan untuk sarapan pagi dan minum petang.
#11 Roti Rye
Dari segi tekstur, roti rye mirip dengan roti putih. Ianya rangup di bahagian luar dan lembut di bahagian dalamnya.
Namun begitu, warnanya memang jauh berbeza dengan roti putih yang menjadi salah satu jenis roti Gardenia.
Warna coklat gelap roti ini adalah disebabkan oleh tambahan serbuk koko atau molase semasa proses pembuatannya.
#12 Sourdough
Jenis roti ini memang jarang dijual secara komersial di pasaraya. Tetapi jika Mama ke kedai pastri atau ke kafe mungkin boleh didapati di situ.
Roti sourdough mengandungi kurang gluten berbanding roti-roti lain. Rasa masamnya pula disebabkan oleh bakteria lactobacillus dan yis semasa proses penapaian.
Pilihan Mama yang mana? Kalau Mama Siti tentulah pilih roti puri dan roti rye. Lepas ini kalau tak jumpa roti putih, boleh lah cuba jenis roti yang lain pula.
Jangan lupa juga untuk sesuaikan pilihan roti dengan diet harian Mama. Salah pilih roti, boleh kacau projek kurus kita.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan lebih banyak tips masakan dan ilmu rumahtangga di SINI!