KelabMama

Rumah Pasti Lebih Berseri Dengan 8 Jenis Pokok Yang Sesuai Dengan Feng Shui Tahun Ini

Mama tau kan bagi kaum Cina, ada di antara mereka sangat mementingkan Feng Shui dalam aspek kehidupan mereka. Dari segi dekorasi dalam rumah, pemilihan warna, itu ini, dan banyak lagi.

Mereka juga percaya kepada tuah daripada pokok hiasan dalam rumah. Sebab tu apa sahaja jenis pokok dan bahagian yang sesuai untuk mereka letakkan pokok tersebut, mereka sangat mementingkan Feng Shui demi mendapatkan yang terbaik pada tahun ini.

Kalau Mama nak follow pun boleh tau. Jom kita tengok jenis-jenis pokok yang Mama Siti dah senaraikan ini.

8 Jenis Pokok Lucky Yang Mama Harus Tahu!

1. Crassula Ovata (Jade Plant)

Jade Plant ini merupakan pokok yang simple dan senang untuk dijaga. Ia sering menjadi pilihan kegemaran orang ramai kerana bentuk daun zamrudnya yang menghijau, seperti batu jed dan menunjukkan simbolik ‘nasib baik’.

Tumbuhan ini memerlukan penjagaan yang simple sahaja. Mama hanya perlu siram sedikit air selang beberapa hari dan letakkan di tempat teduh, yang tak direct di bawah matahari agar ia tumbuh mekar.

2. Kalanchoes

Disebut sebagai ‘wan zi wian hong’, dan diterjemahkan sebagai ‘beribu-ribu dan berjuta-juta bunga merah dan ungu,’ .

Pokok ini agak mudah untuk ditanam dan dipercayai membawa kekayaan dan kejayaan. Menarik kan? Kalau ada dekat rumah kawna-kawan Mama tu, mereka nak berjaya dan kaya lah!

3. Pussy Willows

Pussy willow ataupun teui sik lau bersimbolkan tumbuhan dan kemakmuran yang datang dan menunjukkan permulaan musim bunga. Bentuk pokok ini agak panjang dan tinggi dan boleh bertahan untuk jangka masa yang lama.

Sama seperti pokok-pokok di atas, pokok ini juga sangat mudah untuk dijaga. Mama hanya perlu siram pokok ini dua minggu sekali sahaja.

Pussy willow biasanya berwarna kelabu dan putih, tetapi kadangkala, penjual bunga menjadi kreatif dengan menambahkan sedikit warna pada tunas berbulu yang menjadikannya menonjol dalam kalangan tumbuhan-tumbuhan yang lain.

4. Buluh

Pokok buluh atau juk ji adalah tumbuhan bertuah yang dipercayai membawa tuah dan nasib. Buluh kan memang kukuh, sebab itulah ia simbolik dengan kekuatan dan sangat mudah untuk dijaga.

Kalau Mama nak tahu, bilangan tangkai yang berada di buluh ni bermaksud ia mempunyai pelbagai keberkatan. Sebagai contoh, dua tangkai membawa tuah berganda dan lima tangkai membawa kesihatan yang baik secara keseluruhan.

Kalau Mama nak beri hadiah pokok buluh, pastikan nombor tangkai dia bukan 4 ya Mama! 4 maksudnya kematian dalam kepercayaan orang Cina.

5. Orkid

Orkid atauapun laan fa dalam bahasa Kantonis ialah pokok bunga yang halus dan cantik yang boleh dijadikan hadiah terbaik buat rakan atau jiran yang berbangsa Cina.

Bunga orkid menunjukkan simbol kesuburan dan kelimpahan, serta rasa yang bagus, kecantikan, kemewahan dan simplicity.

Orkid ni mekar dalam pelbagai musim iaitu musim luruh, sejuk dan bunga. Warna mereka juga pelbagai seperti warna kuning melambangkan persahabatan, putih melambangkan kesucian, dan merah jambu melambangkan kewanitaan.

Walaupun orkid ni lebih mahal, ia boleh dikatakan tumbuhan paling popular yang dipaparkan semasa tahun baharu.

6. Gladiolus

Bunga Gladiolus atau gim laan adalah Sword Lily. Dalam satu dahan itu, ia mempunyai jumlah bunga yang banyak, menjadikannya sangat sesuai untuk dijadikan pokok hiasan dalam rumah.

Seperti bunga orkid, warna-warna bunganya juga mempunyai maksud tertentu.

Gladiolus ini simbolik dengan pertumbuhan atau kenaikan pangkat dalam kerjaya dan pembangunan diri kita. Bunga-bunga ini mula mekar pada bulan Julai dan dibawa ke awal musim sejuk, terus berkembang sepanjang tahun.

7. Money Plant

Senang untuk dijaga dan mempunyai dahan yang tinggi, pokok ini juga dikenali sebagai Devil’s Ivy.

Ia mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan formaldehid, benzena, dan xilena dari udara, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk pembersihan udara.

Tambahan pula, daunnya seperti syiling, simbol untuk kekayaan dan nasib baik.

8. Narcissus

Bunga narcissus atau seui sin adalah bunga yang paling bertuah. Rupa dan baunya sangat wow! Nama lain pokok ini termasuklah Daffodil. Simbolik bunga ini adalah nasib baik dan kemakmuran.

Kalau Mama nak tahu, bunga ni tumbuh agak cepat, terutamanya dalam suhu yang panas.

Menarik dan sangat cantik bukan pokok-pokok ini? Setiap satunya bukan sahaja sangat sesuai untuk dijadikan pokok hiasan dalam rumah, tetapi, datang dengan maksud yang tertentu.

Kalau Mama hias rumah dengan pokok-pokok ni, mesti rumah naik seri. Semoga bermanfaat~


Dapatkan lebih banyak info tentang pokok hiasan dan dekorasi rumah di SINI.