KelabMama

8 Jenis Periuk: Ciri-ciri Serta Tips Menjaga Setiap Satunya

Hidangan yang lazat dipengaruhi oleh jenis periuk yang digunakan. Masakan tertentu ada kalanya perlu menggunakan periuk tertentu untuk mendapatkan rasa yang enak. 

Di sini, Mama Siti kongsikan 8 jenis periuk untuk Mama di dapur serta tips menjaga setiap jenis periuk supaya tahan lama. 

8 Jenis Periuk Untuk Mama di Dapur

#1 Periuk Seramik

Kredit gambar: Facebook/ Madam King’s Nilai 3

Periuk seramik selain menang dari segi kosmetiknya, ianya juga mampu mengekalkan suhu panas makanan dalam tempoh yang lama. 

Jadi, Mama tak perlu kerap kali panaskan lauk setiap kali nak hidangkan atas meja. 

#2 Periuk Aluminum 

Kredit gambar: Alat Dapur

Periuk macam ini pun, kita selalu jumpa dekat rumah-rumah rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi jika Mama jenis orang yang suka masak dalam kuantiti banyak. 

Dikatakan, periuk aluminum ini ada kesan jangka panjang kepada kesihatan diri. Ia disebabkan oleh proses leechingyang berlaku kerana suhu tinggi. 

#3 Periuk Stainless Steel

Kredit gambar: HD Cuisines

Hampir semua mak-mak diluar sana akan ada sekurang-kurangnya satu periuk stainless steel

Ini kerana periuk ini sesuai untuk panggang, kukus dan mendidih dan dalam masa yang sama masih menjaga kualiti masakan. 

Kalau nak cuci periuk jenis ini, jangan guna penggosok dawai (steel wool) kerana nanti permukaannya akan calar. 

#4 Periuk Besi Aloi (Cast Iron)

Kredit gambar: Facebook/ Official Mat Dan

Dikatakan periuk besi aloi antara jenis periuk yang tidak memberikan kesan jangka panjang terhadap kesihatan diri. 

Jika Mama ingin menggunakan periuk besi aloi, salah satu pantang larangnya ialah sentiasa letak minyak dalam periuk sebelum memanaskannya. 

#5 Kuali Anti Lekat Teflon (non-stick pan)

Kredit gambar: yxtocs.top

Selalunya ianya hadir dalam bentuk kuali leper berbanding periuk. Kelebihan kuali anti lekat ialah ia mudah dicuci kerana masakan tidak melekat dalam kuali. 

Paling penting sekali, kalau Mama nak kuali kekal dalam keadaan baik dalam tempoh yang lama, elakkan guna spatula besi dan aluminium sebaliknya guna spatula kayu. 

#6 Periuk Tembaga

Kredit gambar: Pikbest

Periuk tembaga mempunyai kestabilan konduksi termal tinggi dari satu logam ke logam lain. 

Ini bermakna permukaan periuk tembaga akan panas dengan suhu yang sama. 

Jadi, masakan Mama akan masak lebih cepat dan berisiko untuk hangit jika tidak kawal api dengan betul. 

#7 Periuk Tanah Liat (Clay Pot)

Kredit gambar: X.com

Kebiasaannya periuk tanah liat digunakan untuk memasak masakan yang bersos dan berkuah. 

Contohnya, masakan kari, sup dan kurma. Namun begitu, periuk ini berat yang cenderung untuk kekalkan kesan panas permukaan periuknya. 

Jadi, gunakan sarung tangan atau alas sebelum menyentuh periuk tanah liat yang masih panas. 

#8 Periuk Kaca

Kredit gambar: dontwasteyourmoney.com

Periuk jenis kaca ada nilai kosmetik tersendiri iaitu pantulan kilat dari periuk apabila terkena cahaya. 

Tambahan pula, periuk kaca juga mempunyai kelegapan jenis lut sinar. Jadi, dari luar pun dah boleh nampak lauk-pauk yang ada dalam periuk. 

Lebih menarik lagi, periuk jenis ini boleh digunakan dalam ketuhar gelombang mikro (microwave), dapur induksi dan dapur gas biasa.

Tips Menjaga Periuk

Kredit gambar: Made in Cookware

Kaedah menjaga periuk bergantung kepada jenis periuk itu sendiri. Ini disebabkan perbezaan bahan yang digunakan untuk membuat sesuatu periuk. 

Bagi periuk seramik, Mama mesti sentiasa pastikan periuk tidak dipanaskan dengan api besar atau suhu tinggi. Sebaiknya kekalkan suhu sederhana dan rendah supaya periuk boleh guna dalam tempoh lama. 

Beralih ke periuk aluminium, dikatakan kita tidak boleh memasak makanan menggunakan periuk ini tetapi ianya hanya digunakan untuk memanaskan masakan sahaja. 

Tips menjaga periuk yang seterusnya ialah periuk stainless steel. Elakkan mencuci periuk ini menggunakan cecair kimia yang bersifat asid seperti asam, jus nenas, jus lemon, cuka, baking soda, Coca Cola atau garam. 

Ini kerana bahan tersebut boleh merosakkan permukaan periuk dan menyebabkan permukaan menjadi kasar serta memudahkan kotoran melekat. 

Kalau nak periuk besi aloi tahan lama, Mama hendaklah memastikan bahagian bawah periuk sudah kering sebelum dipasangkan api. 

Periuk anti lekat pun ada tips menjaga periuk iaitu elakkan masak makanan bercengkerang kerana permukaan periuk ini boleh calar atau terhakis. Kesannya, bahan masakan akan melekat pada periuk. 

Cara jaga periuk tembaga ialah melalui kaedah cucian. Periuk tembaga hendaklah dibersihkan dengan campuran jus lemon, garam halus, span lembut, dan air panas untuk elak tembaga dari berkarat.

Bagi periuk tanah liat pula, tips menjaga periuk ini ialah melalui kawalan suhu secara beransur-ansur. 

Mulakan dengan suhu rendah selama lima minit, kemudian naik ke suhu sederhana selama lima minit kemudian barulah gunakan suhu paling tinggi sekali. 

Jika terdapat kotoran degil pada periuk kaca. Apa yang Mama perlu lakukan hanyalah merendam periuk dalam campuran baking soda dan air suam selama 15 minit. 

Selepas itu, barulah bilas dengan air hingga bersih. 

Kredit gambar: Mess Makes Food

Setiap jenis periuk dibuat dari bahan yang berbeza untuk memberikan kesan masakan yang berbeza. 

Sebab itulah, dekat rumah mak-mak kita ada macam-macam jenis periuk sebab menu hidangan dimasak dengan periuk berbeza. 

Semoga perkongsian tentang periuk ini membantu Mama dalam menyediakan makanan yang sedap dan rasa yang konsisten. 


Belajar cara siang haiwan laut yang lain dan tips semasa di dapur di SINI.