KelabMama

Meriahkan Juadah Raya: Pelbagai Jenis Ketupat Untuk Seisi Keluarga

Ketupat merupakan makanan tradisional yang amat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bentuk tradisionalnya adalah beras yang disumbatkan ke dalam sesuatu ‘bekas’ yang telah dianyam, lalu dimasak dengan mengkukus atau merebus.

Bergantung pada olahan jenis beras, bekas, isi, dan cara memasak ketupat yang datang dalam banyak variasi, ia menjadi antara pelengkap menu raya dan keramaian.

Yang lagi menari, terdapat pelbagai jenis ketupat dan ada juga yang lebih mudah untuk diperoleh hanya di beberapa buah negeri. Berikut merupakan beberapa jenis ketupat yang popular di Malaysia:

1. Ketupat Nasi

Kredit gambar: Mstar

Ketupat nasi diperbuat daripada nasi yang dimampatkan ke dalam daun kelapa yang dianyam menjadi bentuk berongga.

Bentuk dan cara makannya juga sama seperti nasi impit (nasi himpit). Untuk menyediakannya, papa hanya kukus dalam periuk, keluarkan dan potong kepada beberapa bahagian sesuai dengan selera masing-masing.

Antara cara makan ketupat nasi yang popular adalah ia dihidangkan bersama sate dan sambal kacang. Ketupat nasi juga sering dihidang dengan kondimen seperti lodeh dan rendang, yang merupakan hidangan kegemaran di selatan Malaysia.

Ketupat ini memang menjadi pilihan utama papa sebagai “comfort food” atau sebagai ganti hidangan nasi, dan dimakan dengan lontong beserta sambal ikan bilis atau rendang.

Rating Papa: 9/10

2. Ketupat Palas

Kredit gambar: Aisyahmart.com

Ketupat palas pula lebih popular di negeri-negeri di pantai timur dan utara seperti Terengganu, Kedah, dan Pahang.

Ketupat palas ialah sejenis kuih beras yang diperbuat daripada pulut dan santan pekat. Sarungnya juga diperbuat daripada daun palas, yang boleh dimasak dengan dua cara: direbus atau dikukus.

Khususnya di negeri-negeri utara, Papa akan jumpa ketupat palas dengan dua bentuk yang berbeza melalui cara anyamannya sebelum dikukus dan setiap anyaman tersebut dikategori mengikut jantina – jantan atau betina.

Ketupat palas jantan mempunyai lebih banyak isi di hujung pembalut, manakala ketupat palas betina tidak banyak isi di hujung pembalut.

Ketupat palas juga mempunyai pelbagai variasi dan setiap satu punyai keistimewaan tersendiri:

Variasi Ketupat Palas

3. Ketupat Sotong

Kredit gambar: Mstar

Makanan laut terbaik, di gabungkan dengan juadah raya terbaik! Ketupat sotong merupakan antara juadah pantai timur kegemaran Papa.

Ketupat sotong adalah hidangan yang dibuat dengan menyumbat sotong dengan pulut dan santan pekat kemudian di kukus.

Menu tradisional ini lebih popular di perkampungan nelayan di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu kerana mereka mendapat lebih banyak sotong pada musim memancing (mencandat) sotong.

Teksturnya sangat empuk, gabungan rasa sotong memberi kekayaan rasa pada hidangan ini. Namun ketupat sotong ni tak seperti ketupat palas atau ketupat beras yang mempunyai kelebihan pada aromanya yang wangi serta gabungan rasa yang lebih sesuai dengan suasana raya.

Sebab tu mudah je nak dapatkan ketupat sotong ni walau pada hari biasa. Atau lagi mudah, ikut je resepi ketupat sotong Terengganu dan Kelantan ni.

Rating Papa: 9/10

4. Burasak

Kredit gambar: Ikan mas.in

Hidangan ini tak banyak ditemui di Semenanjung Malaysia, tetapi ia lebih popular dalam kalangan etnik Bugis di Sabah. Burasak dihidangkan bersama ayam masak merah, ayam masak lengkuas atau likku, dan sambal ikan tenggiri berempah.

Burasak ini juga dipanggil “Buras” kerana ia diperbuat dengan menggunakan nasi kukus dan santan dan dihidangkan dalam daun pisang.

Kalau sekali tengok, ia kelihatan seperti pisang, tetapi ia jauh lebih lebar dan besar.

Rating Papa: 7/10