Pelbagai jenis ketam yang dijual di Malaysia mempunyai rasa yang yang unik dan berbeza. Jenis ketam yang berbeza mempunyai tekstur isi dan ciri-ciri yang tersendiri.
Mari lihat 6 jenis ketam Mama perlu tahu agar dapat menyediakan hidangan yang sesuai.
Kenali Enam Jenis Ketam
#1 Ketam Bunga
Peminat ketam bunga akan mencari-cari satu benda iaitu telur ketam bunga.
Nak dapatkan telur ketam bunga ni pun ikut rezeki masing-masing juga sebab hanya ketam betina sahaja yang boleh bertelur.
Cara paling mudah kenal pasti ketam bunga ialah corak bunga berwarna biru atau oren pada cengkerangnya.
Tak susah nak dapatkan ketam bunga ini sebab ia selalu dijual di pasar basah dan pasaraya di Malaysia.
Resepi Ketam Bunga Masak Cili
Bahan Utama
- Ketam
- Air
- Asam keping
- Garam
- Gula
- Perahan limau
Bahan-bahan Tumis
- Bawang Holland
- Halia
- Bawang putih
- Cili padi
- Cili merah kisar
Bahan-bahan Sos
- Sos cili
- Sos tomato
- Sos tiram
Bahan-bahan Hiasan
- Tomato
- Bawang Holland
- Cili padi
Cara-cara Memasak:
- Tumis bahan tumisan dengan minyak panas hingga naik bau.
- Masukkan bahan sos dan air rebusan. Perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan bahan hiasan dalam kuali dan kacau. Kemudian, masukkan ketam yang telah direbus.
#2 Ketam Nipah
Petua orang dulu-dulu, ketam nipah ni elok kalau nak sembuhkan demam denggi. Cara hidangannya pula hendaklah dimasak sup.
Ketam nipah lebih kecil daripada ketam bunga. Ia berwarna coklat muda sering dijumpai di sekitar pokok nipah.
Ketam nipah bukan haiwan dua alam seperti ketam batu. Jadi, ianya dikategorikan sebagai makanan halal untuk orang Islam.
Kulit ketam nipah lebih lembut berbanding ketam bunga, jadi ia lebih mudah untuk dikupas ketika makan.
Secara peribadi, Mama Siti rasa ketam nipah lebih manis dari ketam bunga tapi ya lah kan, lain orang lain rasa.
#3 Ketam Batu
Walaupun warna ketam batu dan ketam nipah hampir sama tetapi ketam batu selalunya berwarna coklat gelap. Lebih gelap daripada ketam nipah.
Saiz kaki di hujung badan ketam adalah ciri paling ketara yang membezakan ketam nipah dan ketam batu.
Kaki terakhir ketam nipah adalah rata dan digunakan untuk berenang di dalam air. Manakala ketam batu mempunyai kaki dengan saiz yang sama.
Ini kerana kaki ketam batu tidak direka untuk berenang. Lihatlah bahagian kaki ketam jika Mama tak tahu bezakan sama ada ketam itu ketam nipah atau ketam batu.
Oleh kerana kandungannya yang kaya, ketam batu menjadi kesukaan kaum Cina.
Nota: Ketam batu halal dimakan mengikut perbincangan mufti.
#4 Ketam Biru
Ketam biru mempunyai perbezaan dari segi warna kerana ia berwarna biru dan tidak mempunyai corak bunga pada cengkerangnya.
Seperti ketam bunga, ketam biru juga mempunyai rasa yang manis dan ada isi yang tebal.
Ketam biru menjadi sangat besar dan padat serta dikatakan akan bertelur pada gerhana bulan.
#5 Ketam Bakau
Sejenis ketam yang menjadikan kawasan hutan paya bakau sebagai habitat.
Selalunya ia berada di dalam lumpur dan Mama perlu menggali atau korek lumpur untuk mendapatkannya.
Rasa ketam ini agak berlumpur sedikit, tapi kalau pandai siang ketam dan masak dengan cara betul, rasa ketam bakau ni sedap sangat.
#6 Ketam Lumpur
Ketam lumpur ialah ketam yang terdapat di kawasan berlumpur seperti muara sungai.
Ketam lumpur biasanya dijual di perkampungan nelayan berhampiran muara sungai dan biasanya ditangkap ketika air surut.
Banyak-banyak jenis ketam, Mama paling suka yang mana? Mama Siti suka ketam nipah sebab isinya rasa manis dan senang kupas.
Dengan perkongsian kali ini, Mama Siti harap Mama tak tersalah pilih ketam untuk dimasak buat keluarga.
Ketahui pelbagai tips dan panduan pemakanan terbaik DI SINI.