KelabMama

Papa Dah Gaji? Tengok Kasut-kasut Ni Ada Tak Dalam Rak Kasut Papa?

Kasut merupakan antara perkara paling penting yang perlu ada dalam pemilihan pakaian bagi Papa. Selain melengkapkan outfit, ianya juga berfungsi untuk memberi imej tertentu. Setiap lelaki perlu menambah koleksi kasut untuk menyesuaikan diri mengikut tempat, aktiviti, dan keselesaan.

Sebahagian lelaki tidak mengambil kisah jenis kasut yang dipakai untuk sesuatu aktiviti. Ada yang memakai sepasang sneaker malah slipper untuk aktiviti sukan. Perkara sebegini bukan sahaja tidak sesuai dari segi pemakaian namun dapat mengakibatkan kecederaan.

Kasut yang anda perlukan berbeza-beza mengikut umur, gaya hidup, dan stail masing-masing. Tetapi Ini adalah beberapa kasut yang diperlukan setiap lelaki dewasa secara umum untuk meningkatkan outfit Papa.

Kasut Wajib Bagi Papa

Brogue

Brogue akan menjadi salah satu pakaian rasmi kegemaran Papa. Ia dicirikan oleh tebukan unik atau tebukan hiasan di sepanjang bahagian atas kulit kasut.

Kredit gambar: Chatham Marine

Brogue akan lebih menonjol sekiranya Papa tidak konfiden, boleh gunakan separa brogue sebagai permulaan.

Chukka

Walaupun tidak ”dressy” seperti brogues dalam kategori formal, Chukka lebih versatil dan sangat fleksibel. Chukka boleh dipadankan dengan suit sebagai pakaian formal, dan boleh juga dipakai secara kasual dengan denim gelap dan kemeja-t putih.

Sepasang Chukka suede adalah pilihan yang terbaik. Teksturnya menambah visual dan keanggunan pada penampilan anda.

Chukkas kebanyakannya datang dalam warna neutral coklat dan navy. Pilih warna coklat yang lebih gelap untuk lebih fleksibel atau warna yang lebih terang untuk mood lebih kasual.

Loafer

Loafer boleh dikatakan kasut smart casual kegemaran rakyat Malaysia. Sama seperti Chukka, Loafer juga sangat fleksibel dan sesuai digayakan dalam banyak situasi. Loafer sesuai dipakaikan dalam pakaian rasmi, kecuali pakaian suit penuh.

Loafer lebih sesuai dipadankan dengan Jaket sport, denim atau chinos. Dalam situasi ini loafer suede dan kulit adalah yang paling sesuai.

Sneaker

Sneaker mungkin akan menjadi kasut yang paling selalu akan dipakai Papa. Kebanyakan lelaki di Malaysia hanya memerlukan pakaian casual-smart casual dalam kebanyakan urusan kerja mereka.

Sepasang sneaker adalah pilihan yang lebih casual dan mempunyai pelbagai pilihan warna, jenama, kualiti dan material.

Kasut Oxford/Derby

Kasut Oxford atau Derby merupakan kasut formal malah mungkin kasut kulit pertama dimiliki oleh kebanyakan para lelaki.

Rekomendasi warna semestinya hitam, namun Oxford atau Derby yang memunyai warna yang lebih cerah adalah lebih sesuai untuk smart casual, dan Oxford/Derby hitam adalah paling sesuai untuk semua acara rasmi.

But

1. But Kulit

Terdapat banyak kategori But. Chukka juga biasa disebut sebagai But. Sepasang But kulit coklat atau warna-warna gelap yang lain dapat menambahkan tona yang lebih kasar dan kompleks kepada sesebuah outfit.

Anda juga boleh melipatkan bahagian pergelangan kaki seluar untuk menambah tekstur visual kepada outfit.

2. But Chelsea

But Chelsea datang dengan pelbagai pilihan warna. Sepasan but Chelsea Suede tidak akan menghampakan anda.

Namun perlu dipadankan dengan baik seperti seluar denim dan chinos. Malah, untuk situasi yang lebih formal, but Chelsea juga boleh dipadankan dengan suit penuh.

Kasut Sukan

Sneaker sukan memberikan keselesaan untuk aktiviti yang lebih casual dan aktif. Walaupun begitu, pada masa kini sneaker sukan sebegini juga biasa diapakai dalam situasi casual.


Lebih tips untuk Papa di SINI.