KelabMama

Jom Kenali Jenis-Jenis Ikan Laga Dan Ketahui Cara Penjagaannya

jenis ikan laga

Kredit gambar: propertyguru.com.my

Antara haiwan peliharaan yang disukai selain daripada kucing ialah ikan. Biasanya, ikan koi, ikan emas, ikan flowerhorn dan ikan laga.

Di antara ikan-ikan ini, yang paling mudah cara penjagaan dan lebih jimat kos ialah ikan laga. Harganya tak adalah mahal seperti ikan koi dan memang mampu milik.

10 Jenis Ikan Laga

Bukan orang dewasa je, kanak-kanak pun suka bela ikan. Tengok mereka berenang, memberi makan dan memerhati tabiat ikan.

Kalau nak beli ikan laga untuk dibela di rumah, pilihlah dahulu jenis ikan laga yang anda suka. Jom, tengok 10 jenis ikan laga yang cantik-cantik ini:

1. Crowntail Betta

Kredit gambar: ikanlaga.info

Ramai betul yang meminati Ikan Laga Crowntail Betta ini. Tengok je lah bentuk ekornya. Ia diberi gelaran Crowntail Betta kerana ekornya inilah yang kelihatan mcam pancaran sinaran matahari. Sebab itu jugalah nama lainnya adalah Ikan Laga Matahari.

Di Barat pula, ekornya dilihat sebagai mahkota. Antara ciri utamanya menurut Ikan Laga, siripnya panjang dan tebal ya. Memang mudah nak bezakan dengan ikan laga yang lain.

Lebih spesifik, sirip yang jantan berwarna terang dan panjang. Manakala yang betina pula lebih pudar dan pendek.

Biasanya, harga seekor di pasaran adalah sekitar RM30 hingga RM100.

2. Peaceful/Crescent Betta

Kredit gambar: propertyguru.com.my

Nama yang lebih mesra untuk ikan laga jenis ini ialah Ikan Laga Kampung. Macam ironi je kan namanya, Ikan Laga Peaceful. Tapi ciri-cirinya lah yang memberikan ikan laga ini namanya.

Ia tidak suka bergaduh sampaikan ia boleh hidup bersama ikan laga yang lain dalam ruang air yang sama.

Anda boleh je jumpai ikan ini di sawah, paya dan sungai.

3. Veiltail Betta

Kredit gambar: ikanlaga.info

Tengok je bentuk ekornya, jatuh menyisir macam langsir kan? Mungkin sebab itulah namanya Veiltail kan?

Di Malaysia, jenis ikan laga inilah antara yang senang untuk didapati. Harganya pula agak murah berbanding yang lain. Mungkin kerana ia mudah untuk dibiakkan dan jenis ekornya ini lebih dominan berbanding yang lain.

4. Plakat Betta

Kredit gambar: ikanlaga.info

‘Plakat’ bermaksud ‘ikan bertarung’ di Thailand. Ciri utamanya ialah, ekornya bulat dan pendek. Dari segi jantina pula, yang jantan mempunyai warna yang lebih cantik dan terang.

Ia juga dikenali dengan gelaran ikan laga liar.

5. Halfmoon Betta

Kredit gambar: ikanlaga.info

Cantiknya ekor ikan laga ini kan? Dari situ pun kita dah boleh agak kenapa ia digelar sebagai halfmoon. Ekornya berbentuk seperti separuh bulan penuh kan?

Ikan laga jenis ini agak agresif tau. Susah untuk dibiakkan dan untuk dapatkan ekor halfmoon nya yang terbentuk sempurna.

Merupakan antara jenis ikan laga yang paling cantik, anda boleh dapatkannya dengan harga bawah RM30 seekor. Tapi ada juga yang lagi mahal. Bergantung kepada ciri-cirinya juga ya.

6. Elephant Ear Betta/ Dumbo Betta

Kredit gambar: propertyguru.com.my

Elephant ear? Ini disebabkan ikan laga jenis ini mempunyai sirip di dadanya yang kelihatan seperti telinga gajah. Harga untuk seekor ikan laga jenis ini adalah RM40 hingga RM150.

Ia pun agresif juga, terutamanya yang jantan. Territorial dan dominan, mereka akan menyerang dan berlaga sesama sendiri kalau berada dalam ruang air yang sama tau!

7. Double Tail Betta

Kredit gambar: propertyguru.com.my

Ikan Laga Double Tail Betta senang untuk dikenali melalui ciri dua ekornya yang terpisah dari pangkal. Ditambah pula dengan saiz siripnya yang besar dan panjang, cantik je beralun kedua-dua ekornya ketika berenang.

Semakin sempurna bentuk dua ekornya ini, makin mahal lah harganya.

8. Rosetail Betta

Kredit gambar: propertyguru.com.my

Sirip ekornya yang besar dan berbentuk seakan bunga mawar inilah yang memberikannya nama Rosetail Betta.

Cuba tengok bila ia berenang, memang cantik!

9. Pink Betta

Kredit gambar: ikanlaga.info

Warna siripnya yang merah jambu pudar ni membuatkan ikan laga jenis ini nampak seakan lutsinar. Ia sering disamakan dengan Betta Albino.

Nampak macam princess kan?

10. Koi Betta

Kredit gambar: ikanlaga.info

Haa.. jangan terkejut pula. Ikan laga pun ada yang bakanya nampak sama macam ikan koi. Bukan senang nak biakkan ikan laga jenis ini tau.

Sebab itulah kot harganya agak mahal. Boleh cecah antara RM70 hingga RM150 seekor.

Cara Mudah Jaga Ikan Laga

Mudah je nak jaga ikan ni kalau anda tau cara-caranya. Jom, tengok beberapa tips seperti di bawah:

1. Jaga Kualiti Airnya

Yang mudahnya jaga ikan laga ni, anda boleh je guna air paip. Tetapi, anda mesti neutralkan pH air tu terlebih dahulu.

Letak je ubat anti-klorin sedikit ataupun rendam air tu selama beberapa hari untuk asingkan klorinnya.

Manakala, kekerapan tukar airnya adalah dua tiga kali seminggu. Ini untuk elakkan sebarang pembiakan bakteria, kulat atau parasit ya.

2. Kaedah Beri Makan Yang Betul

Ikan laga ni, memerlukan makanan yang tinggi protein disebabkan ia adalah haiwan air yang karnivor ya. Jadual makannya pula adalah dua kali sehari, dan sedikit je untuk setiap kali.

Jangan terlebih pula ya!

3. Letak Tumbuhan Akuatik

Daun ketapang adalah antara tumbuhan akuatik yang sesuai untuk diletakkan dalam aquarium ikan laga. Tumbuhan akuatik ini membantu menurunkan pH air dan menjaga kualiti air secara keseluruhan kerana ia akan proses najis ikan ini menjadi makanannya.

Senang cerita, ia boleh memperelokkan ekosistem dalam aquarium tu.

4. Jenis Dan Saiz Aquarium Yang Sesuai

Jenis aquarium yang sesuai untuk ikan laga adalah yang lutsinar. Ikan laga ni mudah stress tau. Ia tidak boleh berada dalam ruang air yang sempit dan tertutup. Nanti boleh terbantut tumbesarannya.

5. Letakkan Hiasan Dalam Aquarium

Kalau anda letakkan batu-batuan, tumbuhan akuatik dan sebagainya, ikan laga akan rasa seperti itu habitat semula jadinya. Ia akan lebih selesa dan kurang stress.

Mungkin anda terfikir tak perlu, tapi sebenarnya ia penting untuk emosi ikan laga ini.

Kredit gambar: propertyguru.com.my

Tak adalah susah sangat nak jaga ikan laga di rumah kan? Cara penjagaannya tak rumit pun. Kalau nak bagi makan ke apa, boleh je suruh anak-anak untuk mencipta bonding dan rasa tanggungjawab.

Begitu banyak jenis ikan laga yang cantik-cantik di pasaran, jom bela?