Dikatakan 80% ibu mengandung mengalami alahan semasa mengandung. Alahan ibu mengandung ini disebabkan oleh perubahan dan peningkatan hormon dalam badan ibu dalam proses pembentukan dan pertumbuhan janin semasa peringkat awal mengandung.
Jangkamasa alahan berlaku adalah berbeza-beza. Ikut rezeki masing-masing. Ada ibu mengandung mengalami alahan bermula dari minggu ke 6 dan beransur-ansur berkurang pada minggu ke 14 sehingga minggu ke 16. Selepas tempoh tersebut, alahan tersebut hilang.
Ada juga mengalami alahan sehingga waktu bersalin. Yang ni memang azab rasanya.
Ada yang bernasib baik. Takde alahan langsung. Boleh makan minum tanpa ada rasa bersalah. Semua makanan nampak sedap je. Macam kawan kita ni kan. Yang jenis ni, memang Alhamdulillah sangat-sangat. Rezeki masing-masing kan.
Terdapat 10 jenis alahan yang biasa dialami oleh ibu mengandung dan suami perlu ambil tahu.
1. Morning Sickness
Pening, loya dan muntah yang teruk pada waktu-waktu tertentu. Walaupon namanya morning sickness, ramai ibu mengandung berpendapat, rasa loya bagai ni, datang tak kira waktu. Pagi, petang, siang, malam, ikut suka dia jer. Bila ini terjadi, maka ramailah yang menangis tersedu-sedu mengenangkan nasib di dalam toilet. Huhuhu..
2. Letih, lesu, lemah, dan malas ya amat.
Bila kat office, rasa nak melungkup je depan komputer tu. Nasib baik dapat boss dan rakan kerja yang baik hati, faham masalah ibu mengandung. Tapi malu jugak laaa kan, asyik terlepek je pulak. Takut dalam hati, diorang kata kita pemalas dan ambik kesempatan pulak. Haishhhh.
3. Alahan ibu mengandung tahap kritikal – “Hyperemesis gravidarum”
Asal makan muntah makan muntah, rasa nak terkeluar isi perut. Tak boleh makan, tak boleh minum. Akibat terlalu banyak muntah hingga tekak luka berdarah. Ngeri seih.. Seksa sungguh rasanya sehinggakan berat badan menurun. Alahan ini dipanggil Hyperemesis gravidarum (GH) boleh mengakibatkan ibu mengandung mengalami kekurangan nutrisi, dehidrasi dan gangguan elektrolid dalam badan.
Bila ini terjadi, ibu mengandung terpaksa berulang alik ke hospital, kena tahan di ward, masuk air dan nutrien mengguna intravenous line drip (IV). Ibu-ibu yang mengalami HG jangan rasa sedih sangat, anda tidak keseorangan. Kate Middleton, the Duchess Of Cambridge juga mengalami sewaktu mengandung kali pertama dan kedua.
Kalau kena bulan puasa, dinasihatkan tidak berpuasa kalau mengganggu kesihatan. Bersiap sedialah untuk menggantikan puasa tersebut sebelum raya tahun depan.
4. Alahan pada makanan tertentu.
Alahan tak boleh makanan nasi, susu, makanan bergoreng. Ada yang lalu makan western jaa. High maintenance betulkan. Ni kira ok lagi, sebab masih boleh makan. Kalau che husband tolong suapkan sikit-sikit pon bagus juga. Suweet gitu kan.
5. Alahan pada bau masakan.
Tak boleh bau masakan. Rasa pening dan nak terkeluarkan semua yang ada dalam isi perut. Waktu ni, kalau kena masak, memang kena tutup-tutup hidung tu. Kena laa che husband jadik master chef pulak. Kalau tak, makan kedai laa jawabnya. Nak buat macam mana kan.
6. Alahan pada bau yang menusuk hidung.
Tak boleh bau wangi langsung. Kalau bau, memang wekkkk. Kesian Che Abang, dengan dia-dia sekali tak boleh pakai perfume. Hahahaha. Padan muka bau Bangla. Nasib baik laki aku relax jer. Kalau jenis dapat laki metropolitan hero remaja, boleh bawak gaduh woo.
Mandi pon tak boleh pakai sabun. Loya je rasa. Nasib baik husband paham. Masa ni, bau minyak cap kapak paling win. Berbotol-botol beli masa pregnant.
7. Alahan tidak boleh tengok atau bau suami.
Yang ni memang kesian tau. Bau badan suami, nak muntah. Tengok muka suami, nak muntah, pening dan sakit kepala siap semua sekali. Kesian jugak kat suami masa ni. Kalau yang tak paham tu, memang boleh bawa gaduh besar.
Kepada para suami, memang ada ibu mengandung yang macam ni. Diharap para suami tingkatkan lagi tahap kesabaran sehingga tahap dewa laaa ya. Tidur sorang-sorang laa jawabnya ya.
8. Alahan pada emosi yang berubah-ubah.
Emosi ibu mengandung ni pelik, kejap suka, kejap duka, kejap marah, kejap ketawa, kejap ok, kejap menangis tak pasal-pasal, macam orang kena rasuk hantu. Macam tu laa hormon ibu mengandung ni, tak stabil. Tah hapa hapa kan.. Sekali lagi cobaan buat si suami. Korang layankan aje ye. Tu belum masuk bab-bab mengidam lagi tu. Memang pening kepala nak melayan kan. Tapi, kalau bukan suami yang nak melayan, siapa lagi pulak kan!
9. Pening kepala yang teramat sangat.
Sakit kepala yang teramat sangat, sehinggakan waktu sujud, rasa nak terkeluar biji mata kan. Kalau sakit kepala masa ni, rasa macam nak hantuk kepala kat dinding, baru lega kot rasanya. Jangan buat gitu ye Puan-Puan. Tak pasal-pasal,sakit kepala tak hilang, kepala kita pulak yang benjol.
10. Alahan yang dialami oleh SUAMI.
Ini alahan yang paling BEST. Yang mabuk, muntah, pening, pitam, loya, toye tak larat, semuanyaaaa suami. Isteri sihat jer, bawak perut, makan sedap sehingga menjilat jari. Rasanya, kalau macam ni, barulah adil kan. Sehati-sejiwa laa katakan.