KelabMama

10 Jenama Botol Susu Terlaris di Malaysia yang Pasti Disukai Si Manja

jenis botol susu bayi

Memilih botol susu yang sesuai untuk si manja bukan tugas yang mudah, terutama dengan lambakan jenama yang ada di pasaran.

Dalam pasaran Malaysia, terdapat pelbagai jenama botol susu yang menawarkan pelbagai ciri dan reka bentuk menarik untuk memenuhi keperluan Mama Papa.

Daripada material yang selamat sehingga reka bentuk yang mesra bayi, memilih botol susu yang tepat sangat penting untuk keselesaan si manja dan mengurangkan risiko masalah seperti kolik atau kekeliruan puting.

Jadi, Mama Papa perlu bijak memilih botol yang bukan sahaja selamat dan berkualiti tetapi juga membantu memastikan pengalaman penyusuan yang selesa.

Jom lihat mana satu pilihan terbaik untuk anak Mama!

10 Jenama Pilihan Botol Susu untuk Si Manja

1. UPIS PPSU New Feeding Bottle 300ml

Botol susu UPIS PPSU New Feeding Bottle diperbuat daripada plastik selamat untuk si manja, memastikan keselamatan dan ketenangan fikiran untuk Mama Papa.

Ia dilengkapi dengan sistem injap udara untuk mengurangkan pengambilan udara, sekali gus membantu mencegah kembung perut (colic). Puting Soft Clean Nipple yang diperbuat daripada silikon direka khas menyerupai payudara Mama, menyokong penyusuan campuran dan mengurangkan kekeliruan puting.

Disyorkan oleh Korean Academy of Paediatric Dentistry, botol ini membantu perkembangan gigi si manja yang sihat.

Rekaannya direka untuk memberikan pengalaman penyusuan yang lancar serta menyokong keselesaan si manja dan Mama Papa.

Harga: RM58.90
Dapatkan di: Motherhood.com.my – UPIS PPSU New Feeding Bottle 300ml

2. Trendyvalley Feeding Bottle PPSU Milk Bottle 180ml

Botol susu Trendyvalley Feeding Bottle diperbuat daripada bahan PPSU yang ringan dan tahan lasak, menjadikannya pilihan terbaik untuk kegunaan harian si manja.

Direka khas untuk si manja berumur 0-6 bulan, botol ini dilengkapi dengan puting silikon peristaltik yang meniru pergerakan lidah secara semula jadi bagi memastikan penyusuan yang lebih lancar.

Ia bukan sahaja praktikal tetapi juga lembut, memberikan penyelesaian penyusuan yang selamat dan selesa untuk si manja Mama.

Harga: RM28.00
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Trendyvalley Feeding Bottle PPSU Milk Bottle 180ml

3. Kuku Duckbill KU5858 PPSU Wide Neck Bottle 280ml

Botol Kuku Duckbill KU5858 diperbuat daripada bahan yang diluluskan oleh FDA, memastikan keselamatan dan ketahanan yang tinggi.

Ia dilengkapi dengan puting anti-kolik, pemegang, serta straw untuk kemudahan penggunaan. Selain itu, botol ini tahan haba sehingga 220°C, menjadikannya sesuai untuk pensterilan berulang.

Dengan rekaan yang tahan lama, botol ini memastikan penyusuan yang bersih serta menghalang bau dan kesan kotoran, menjadikannya pilihan yang boleh dipercayai.

Harga: RM112.26
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Kuku Duckbill KU5858 PPSU Wide Neck Bottle 280ml

4. Japlo Streamlined SL250ml Feeding Bottle Pink

Botol susu Japlo Streamlined direka dengan pemegang mudah genggam dan leher yang licin untuk memudahkan penggunaan.

Diperbuat daripada polipropilena gred makanan berkualiti tinggi, botol ini ringan, tahan haba, dan bebas toksik.

Ia juga dilengkapi dengan penutup pelindung yang menutup puting bagi memudahkan pencampuran dan menggoncang susu dengan lebih mudah.

Dengan rekaan yang praktikal, botol ini mudah dibersihkan dan memastikan penyusuan yang lebih bersih serta selamat untuk si manja.

Harga: RM20.90
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Japlo Streamlined SL250ml Feeding Bottle Pink

5. Hegen PCTO™ Basic Starter Kit PPSU

Set penyusuan Hegen PCTO™ Basic Starter Kit yang inovatif ini merangkumi dua botol PPSU dan penutup penyimpanan, membolehkan Mama mengepam, menyimpan, dan menyusukan si manja dalam satu bekas.

Rekaan tanpa ulir (no-thread closure) mencegah tumpahan, manakala sistem ventilasi anti-kolik membantu mengurangkan pengambilan udara.

Puting silikon berbentuk elliptical meniru penyusuan badan, memudahkan peralihan antara penyusuan Mama dan botol.

Pilihan sempurna untuk penyusuan yang praktikal dan tanpa kerumitan.

Harga: RM229.90
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Hegen PCTO™ Basic Starter Kit PPSU

6. Grapebly PPSU Feeding Bottle Starter Bundle

Set Grapebly Bottle Starter Bundle ini mengandungi dua botol PPSU dengan puting boleh tukar dan penutup penyimpanan.

Reka bentuk segitiga memudahkan proses pembersihan, manakala sistem anti-kolik memastikan pengalaman penyusuan yang lancar.

Botol ini tahan lasak dan tahan haba, sesuai untuk pendidihan, pensterilan stim, atau UV.

Puting semula jadi direka khas untuk mengelakkan kekeliruan puting, menyokong penyusuan campuran.

Harga: RM182.00
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Grapebly PPSU Feeding Bottle Starter Bundle

7. Eplas Baby Bottle Slim Neck

Botol susu Eplas diperbuat daripada polipropilena dan silikon berkualiti tinggi, memenuhi piawaian keselamatan FDA dan Eropah.

Ringan, mesra alam, dan bebas BPA, botol ini tidak berbau serta tahan kotoran.

Ia juga boleh digunakan dalam ketuhar gelombang mikro dan mudah dibersihkan, menjadikannya pilihan selamat dan praktikal untuk penyusuan harian.

Harga: RM19.90
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Eplas Baby Bottle Slim Neck

8. Bumble Bee 9oz PES Bottle

Botol susu Bumble Bee PES tahan lasak, mesra alam, dan mampu menahan haba sehingga 180°C.

Diperbuat daripada bahan selamat, botol ini mudah dibersihkan dan tidak meninggalkan kesan kotoran susu.

Puting silikon anti-kolik direka menyerupai payudara Mama untuk pengalaman penyusuan yang lebih semula jadi.

Gabungan reka bentuk praktikal dan ciri keselamatan bayi menjadikannya pilihan terbaik untuk penyusuan tanpa tekanan.

Harga: RM39.90
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Bumble Bee 9oz PES Bottle

9. Haakaa Generation 3 Glass Baby Bottles

Botol susu Haakaa Generation 3 menawarkan pengalaman penyusuan semula jadi dengan puting ortodontik yang direka khas.

Diperbuat daripada kaca borosilikat, botol ini tahan terhadap perubahan suhu, menjadikannya pilihan ideal untuk menyimpan susu Mama.

Reka bentuk ergonomik serta sistem ventilasi anti-kolik memberikan keselesaan kepada si manja dan Mama Papa, untuk memastikan penyusuan yang lancar dan selesa.

Harga: RM89.00
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Haakaa Generation 3 Glass Baby Bottle

10. Baby Brezza BPA-Free 5oz Baby Bottles

Botol susu Baby Brezza direka dengan dua bahagian sahaja, memudahkan proses pembersihan dan pemasangan.

Puting lebar seperti payudara Mama yang membantu peralihan lebih lancar antara penyusuan badan dan botol.

Dilengkapi dengan sistem Truflo™ anti-kolik, ia memastikan bayi menelan susu tanpa udara berlebihan, memberikan pengalaman penyusuan yang lebih selesa.

Tahan lasak, bebas BPA, dan direka untuk kemudahan serta keselamatan bayi Mama.

Harga: RM55.00
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Baby Brezza BPA-Free 5oz Baby Bottles

Pilih Botol Susu Terbaik untuk Si Manja Mama

Setiap si manja mempunyai keperluan yang berbeza, jadi memilih botol susu yang sesuai amat penting untuk memastikan pengalaman penyusuan yang lancar dan selesa.

Walaupun botol susu sangat praktikal, perlu diingat bahawa penyusuan susu Mama tetap yang terbaik untuk enam bulan pertama kehidupan si manja. Jika Mama memilih penyusuan botol, pastikan jenama yang dipilih adalah berkualiti tinggi dan selamat digunakan.

Untuk melengkapkan keperluan penyusuan, Mama juga boleh mendapatkan berus pembersih botol, pemanas botol, cerek air dan termos.

Selain itu, bagi memastikan botol kekal bersih dan tahan lama, biasakan mencuci tangan sebelum dan selepas membersihkan botol. Gunakan air panas atau alat pensteril bagi memastikan kebersihan botol sentiasa terjaga.

Jom Sertai Kursus Antenatal KelabMama: Edisi Khas Ramadan!

Adakah Mama bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi? Mahu bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kelahiran dan kehidupan sebagai Mama Papa?

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kursus Antenatal KelabMama: Edisi Khas Ramadan, eksklusif untuk bakal Mama Papa yang ingin menimba ilmu kehamilan, kelahiran, dan keibubapaan – dengan sentuhan istimewa selari dengan semangat Ramadan.

Bonus istimewa! Setiap pasangan akan menerima 1 goodie bag bernilai RM100 serta RM20 Voucher BabyFest tanpa perbelanjaan minima!

Jangan lepaskan peluang ini! Tempat adalah terhad, jadi daftar segera untuk pengalaman pembelajaran yang bermanfaat. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami melalui WhatsApp di +60 17 664 7950.

Baby Fest Kini Kembali! Beli & Dapatkan 20X Ganjaran!

Mencari botol susu terbaik untuk si manja? Jangan risau! Kami ada pelbagai pilihan botol susu berkualiti tinggi yang sesuai untuk keperluan si manja Mama. Dari bahan PPSU tahan haba hingga rekaan anti-kolik, Mama pasti akan jumpa yang terbaik untuk si manja!

Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak ganjaran menanti! Dapatkan 20X mata ganjaran apabila Mama membeli-belah di Baby Fest dan tebus hadiah eksklusif seperti kopi Zus kegemaran Mama!

Tarikh: 7 – 9 Mac 2025 (Jumaat – Ahad)
Lokasi: Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya

Cara Mudah Untuk Menebus Ganjaran:

Muat turun Motherhood SuperApp SEKARANG & mula kumpul mata ganjaranhttps://www.motherhood.com.my/superapp/.

Daftar dan secure kemasukan Mama di Motherhood Baby Fest dengan mengisi borang INI.

Jangan lepaskan peluang ini—beli, kumpul mata, dan nikmati ganjaran luar biasa!


Mama boleh dapatkan produk-produk di atas di Motherhood.com.my dengan memuat turun aplikasi Motherhood SuperApp yang penuh dengan informasi kehamilan, keibubapaan, resepi dan banyak lagi!


Mama Papa sedang mencari baby carrier untuk si kecil? Klik di SINI.