Pernah tak Mama dengar tentang kaedah tradisional bagi membantu mendapatkan bentuk wajah yang runcing, namun tidak melalui sebarang proses suntikan atau pembedahan?
Iyalah, dah nama pun tradisional bukan, tentu tak ada guna sebarang alatan moden. “Eh, biar betul! Ada ke kaedah untuk jadi cantik tapi tak payah keluar duit?” Ada Mama, itulah dipanggil teknik perubatan Gua Sha.
Gua Sha merupakan salah satu kaedah perubatan tradisional yang berasal daripada China sejak ribuan tahun dahulu. Ia adalah teknik gosokan menggunakan objek-objek tumpul daripada sudu tembikar, syilling, tulang binatang, tanduk, batu jet dan sebagainya.
Teknik perubatan ini berkembang meluas termasuklah di Vietnam dengan dikenali sebagai teknik melurut angin.
Selain itu, ia turut diamalkan oleh sebahagian masyarakat Jawa dan mungkin mempunyai nama-nama lain mengikut kawasan serta daerah tertentu.
Namun konsepnya sama iaitu menggunakan objek tumpul bagi urutan di permukaan luar kulit muka.
Bagaimanapun, teknik ini masih belum begitu meluas di kebanyakkan kawasan dan justeru, bagi Mama yang ingin mendapatkan khidmat urutan berkenaan haruslah berhati-hati dengan menyelidik kepakaran mereka terlebih dahulu.
Cara Melakukan Teknik Gua Sha
Berikut adalah steps bagi melakukan Gua Sha yang dipetik daripada laman web Diva.
- Mulakan mengurut di kawasan tengah dahi, press secara lembut untuk memberi tekanan. Anda lakukan secara circular motion (membulat) hingga ke garis rambut.
- Kemudian urut di kawasan sekitar mata. Tarik ke atas hingga ke garisan rambut.
- Selepas itu, urut di bahagian wajah anda, bermula di tulang pipi, tengah dan dagu. Lakukan secara tarik ke atas hingga sampai ke telinga.
- Untuk dagu, berikan sedikit tekanan mengurut dan tarik ke atas (upwards motion).
- Untuk mengurut di bahagian leher. anda tarik ke atas secara perlahan.
Mama boleh lakukan sehingga lima kali urutan bagi setiap satu bahagian wajah yang telah dinyatakan ini. Kebiasaanya teknik ini dilakukan pada waktu pagi sebab ketika itu wajah Mama dalam keadaan sihat dan segar setelah mendapat ’rehat’ yang cukup.
Bagaimanapun tiada masalah jika Mama hanya berkesempatan untuk mengurut wajah pada waktu lain.
Namun awas, Mama dinasihatkan untuk tidak menggunakan tekanan yang terlalu kuat semasa melakukan teknik rawatan ini. Ia kerana jika terlalu kuat boleh mengakibatkan kecederaan serius kepada pembuluh-pembuluh darah halus di bawah permukaan kulit sekaligus menimbulkan kesan seperti lebam kemerah-merahan di wajah Mama.
Tapi, jangan takut nak cuba. Sebab keadaan ‘buruk’ ini hanya berlaku jika Mama urut terlampau kuat. Sebaiknya, buat teknik ini menggunakan tekanan yang lembut dan mengikut keselesaan Mama. Selamat mencuba!
Jom cuba pelbagai tips dan teknik kecantikan yang lain di SINI.