KelabMama

Jangkitan Kelamin Yang Tidak Ada Ubat, Cakna Sebelum Terkena!

jangkitan kelamin STD

Sesuai dengan namanya, penyakit jangkitan kelamin atau Sexually Transimtted Infections (STIs) adalah beberapa jenis jangkitan yang disebabkan oleh aktiviti seksual yang tidak sihat, ataupun boleh juga dikatakan jangkitan tanpa disedari.

Malah sebenarnya, penyakit-penyakit ini adalah biasa dan kerap berlaku kepada individu tanpa disedari, tidak mengira lelaki atau wanita.

Ia boleh jadi sederhana atau teruk jangkitannya bergantung kepada jenis penyakit serta kekuatan imun tubuh badan penderita itu sendiri.

Mungkin beberapa jenis penyakit kelamin boleh disembuhkan dan dielakkan dengan pengambilan ubat atau penyuntikan vaksin namun bukan semua!

Untuk kesihatan bersama, harini Mama Siti nak kongsikan ada beberapa jenis-jenis jangkitan virus STI yang selalunya tidak boleh disembuhkan! Apakah itu? Mari sama-sama kita baca.

4 Jangkitan Kelamin (STIs) Yang Tiada Ubat

Hepatitis B

Hepatitis B adalah penyebab kanser hati yang paling utama dan disebabkan itu, bayi akan diberi vaksin seawal usia mereka, untuk mengelak ia berlaku kelak.

Ia sangat berbahaya buat bayi dan kanak-kanak namun kurang berbahaya kepada orang dewasa kerana mereka mungkin boleh melawan jangkitan ini sendiri.

Kebanyakan kes Hepatitis B tidak menunjukkan tanda dan gejala yang serius. Antara gejala yang boleh berlaku adalah kurang selera makan, loya, muntah, perut rasa tidak selesa, sakit sendi, ruam serta kekuningan pada mata & kulit.

Herpes Simplex Virus (HSV)

Herpes adalah salah satu daripada jangkitan STD yang paling kronik dan dilaporkan dihidapi oleh kira-kira 500 juta individu di dunia ini.

Ia boleh merebak melalui sentuhan kulit ke kulit namun mungkin tidak akan menunjukkan sebarang simptom sekiranya sudah dijangkiti.

Simptom-simptom yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut:

Human Immunodeficiency Virus (HIV)

HIV juga adalah antara jangkitan STD yang paling kronik dan akan menyebabkan penyakit AIDS di mana sistem imunisasi tubuh badan penderita sangat lemah.

Walaupun tidak boleh disembuhkan, ia mungkin boleh dikawal dengan terapi antiretroviral selain menjalani kehidupan seksual yang lebih sihat.

Simptom-simptom yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut:

Human Papilloma Virus (HPV)

HPV adalah penyakit jangkitan kelamin yang paling biasa berlaku dan menjangkiti kira-kira 9 daripada 10 orang yang aktif melakukan aktiviti seksual.

Jangkitannya mungkin boleh hilang dengan sendiri selepas beberapa tahun namun mungkin tidak boleh disembuhkan jika tidak mengambil vaksin.

Simptom:

Human Papilloma Virus (HPV) muncul dalam membran mukus seperti di kawasan alat kelamin, atau pada kulit. Jika anda mengenal pasti kemunculan ketuat di alat kelamin, itu bermakna anda telah dijangkiti HPV.

Ketuat pada alat kelamin muncul dalam pelbagai bentuk dan warna.

Ia boleh menjadi warna merah jambu, warna seakan daging, boleh timbul dalam keadaan rata atau berketul.

Ia juga boleh berbentuk seperti bunga kubis. Ketuat yang timbul mungkin satu atau mungkin beberapa ketul dan ia boleh merebak ke serviks, pangkal paha, zakar, skrotum, anus atau paha.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Mama Siti kongsikan pelbagai info kesihatan di SINI.