Pernah tak terfikir botol susu yang kita pakai untuk anak-anak kita berapa lama jangka hayat dia? Sedar tak sebenarnya sangat bahaya botol susu yang dipakai lebih 3 bulan jika bukan dikategorikan sebagai BPA Free. Bagi botol susu yang BPA Free pula jangka hayatnya hanya untuk 6 bulan sahaja. Tambahan lagi jika terdapat kesan calar dibahagian dalam botol. Kesan calar ini akan mengeluarkan bahan kimia dan membahayakan anak kita.
Apa itu BPA (Bisfenol A)?
BPA adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk penggunaan antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makan dan juga teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hamper semua makanan dan minuman dalam tin.
Bayi adalah golongan paling berisiko jika terdedah dengan BPA kerana ia dapat mempengaruhi pembetukan otak dan tingkah laku bayi. Banyak kajian mengaitkan BPA dengan masalah lain seperti Baligh Awal, Kanser Payudara, Kanser Prostat, Penyakit Jantung, Obesiti dan Kencing Manis. Malah boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap BPA ini berlaku ke dalam makanan dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan dari api atau matahari, calar dan pendedahan terhadap bahan kimia. Pengkaji dari Universiti of Cincinnati melaporkan pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan BPA sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam.
Elak BPA Pada Botol Susu Anak
- Gunakan botol susu daripada kaca atau stanless steel. Ianya tahan lama dan tidak perlu risau tentang BPA. Boleh juga gunakan botol plastik yang bebas BPA, tetapi perlu ditukar dalam masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan.
- Elak menggunkan botol polikarbonat. Jika anda menggunkan juga botol jenis ini, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
- Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastic dan span, bukan terus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
- Gunakan sabun yang sesuia untuk mencuci botol anak.
Elak BPA Dalam Kehidupan Seharian Anak
- Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastic polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbur.
- Kurangkan pengambilan makanan dalam tin. Pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
- Seboleh mungkin guna bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutama untuk makanan atau minuman panas
- Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastic di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat. Elak kod 3 kerana ia mengandungi toksin.
- Jika mahu membungkus sup atau air panas, elok jika membawa bekas sendiri.
- Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral atau plastic terjemur di dalam kereta dan kemudian meminumnya.