Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang seorang ibu prank anaknya dengan mekapkan mata anak perempuannya menjadi hitam kerana anaknya kerap bermain handphone. Tindakan si ibu buatkan si anak menangis teresak-esak dan menyesal bermain phone.
Tapi tak lama lepas kisah itu viral, si ibu terpaksa memadam postingnya kerana disalah tafsir dan melanggar community standards di laman sosial. Hmm macam parah je bunyinya.
Menyebabkan luka dan parut psikologi kepada anak
PRANK yang dilakukan olen seorang ibu yang telah di kongsi oleh 64 ribu netizen telah dipadamkan oleh FB berikutan telah melanggar peraturan standard komuniti.
Sekiranya anda bercadang untuk mengikut cara tersebut, fikirkan semula ??
Penggunaan gadget secara berlebihan tanpa pengawasan ibu bapa sememang telah terbukti mendatangkan kesan negatif kepada kanak kanak.
Namun adakah KITA terlalu terdesak sehingga sanggup melakukan prank yang boleh menyebabkan luka dan parut psikologi kepada anak anak?
PRANK dan TRAUMA
Prank
Prank merupakan trend terkini di media sosial yang dilakukan untuk mempermainkan seseorang, menyebabkan mangsa malu, keliru dan tidak selesa. Media sosial menyebabkan budaya prank ini semakin berleluasa termasuk ibu bapa melakukan prank kepada anak.
Trauma adalah peristiwa atau persekitaran yang dialami oleh seseorang individu yang menyebabkan kesan emosi, fizikal, kesihatan seseorang individu.
Semasa sedang mengalami trauma, otak kanak kanak berada dalam keadaan stres yang memuncak, hormon ketakutan di rembes dengan banyak.
Keadaan ini menjadi lebih serius kerana otak kanak kanak sedang berkembang. Sebarang bentuk trauma akan KEKAL dalam memori untuk jangka masa panjang .
Respon dan tindakbalas mungkin berbeza untuk setiap kanak kanak. Tetapi percayalah,menakut nakutkan anak dengan prank bukan cara yang terbaik untuk mengubah tingkahlaku??
Mengikut kajian, kanak kanak yang trauma bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mengawal emosi.
Mereka mungkin mengalami,
TRUST – Kepercayaan
Ibu bapa adalah insan yang paling dipercayai oleh kanak kanak. Sekiranya mereka dapat tahu bahawa ibu bapa telah menipu mereka sehingga mengalami trauma, adakah mereka masih dapat mempercayai ibu bapa seperti sebelum ini?
Hari ini mungkin anda solekkan mata, adakah esok lusa anda akan simbah kordial sirap seperti kesan berdarah untuk mengubah tingkahlaku yang lain?
Setiap ibu bapa ada cara yang unik dan berbeza dalam mendidik anak anak. Sesungguhnya, kanak kanak perlu tahu dan dimaklumkan mengenai kesan, akibat dan tanggungjawab dari perbuatan yang mereka lakukan.
Ternyata, dengan mewujudkan trauma dengan prank matlamat ini tidak mungkin berhasil. Agama sendiri tidak pernah mengajar untuk menipu dan menginya walaupun untuk tujuan pendidikan
Informasi kami kongsikan, pilihan sentiasa ditangan ibu bapa.
Sumber : Public Health Malaysia
BACA JUGA JOM CUBA 15 TIPS ‘WIN’ DIDIK ANAK DARI KECIL CARA DR SHEIKH MUSZAPHAR
Pesan Mama Siti
Nak didik anak pun kenalah dengan cara yang betul dan sesuai. Mungkin kita fikir cara begini buat anak takkan main handphone lagi tapi ia juga akan memberi kesan negatif dalam kehidupannya. Mungkin sekarang si anak menjadi takut untuk bermain handphone, akan datang mungkin dia jadi takut dengan benda lain pula. Semoga kisah ini menjadi peringatakan kepada mama papa supaya lebih bijak dalam mendidik anak. Bukan main hentam keromo saja.