KelabMama

JANGAN BIARKAN ANAK BERASA DISISIH & CEMBURU DENGAN KEHADIRAN ADIK BARU!

Apa yang boleh kita dilakukan supaya anak tidak cemburu dengan adiknya yang baru lahir? Ramai ibubapa menjadi runsing apabila anak mereka mula buat perangai sebaik sahaja mendapat adik baru. Habis adiknya dikacau. Anak sampai buat perangai yang melampau selepas dapat adik baru. Ibu bapa pun pasti tak senang duduk.Kesabaran ibubapa diuji sepenuhnya dengan pelbagai ragam anak yang sedang cemburu.

MENGAPA ANAK CEMBURU DENGAN ADIK?

Kanak-kanak yang sedang membesar sangat sukakan perhatian ibubapanya. Tetapi apabila adik barunya lahir, keadaan berubah. Ibubapanya lebih memberikan perhatian kepada adik barunya sahaja.Keadaan ini begitu asing bagi mereka. Jika sebelum ini ibu dan bapanya selalu melayannya. Kini tidak lagi. Sekarang ibu dan bapanya asyik melayan adiknya sahaja. Dia rasa disisihkan. Cemburu dengan adik. Jadi bagaimana caranya untuk elakkan anak cemburu dengan adiknya yang baru lahir?

TIPS NO 1:  BERITAHU ANAK TENTANG KEHADIRAN ADIK BARUNYA

Kanak-kanak fikirannya belum matang. Dia perlu diberitahu bahawa dia bakal menjadi seorang abang atau kakak. Ibubapa mempunyai masa beberapa bulan untuk membuat persiapan suaya dia tidak terkejut dengan kehadiran adik yang baru.

Antara perkara yang boleh dilakukan oleh ibu:

Pendedahan awal ini boleh memberi anak itu masa untuk bersedia. Ia juga boleh membuatkan mereka teruja tak sabar menunggu adik lahir.

TIPS NO 2:  BERITAHU ANAK UNTUK SAYANG ADIK BARUNYA

Ibubapa perlu kerap memberitahu anaknya bahawa nanti dia perlu sayang adik. Ketika sedang hamil misalnya, ibu boleh mengambil tangan anak dan letakkan diperut. Biarkan dia merasa perut yang bergerak-gerak itu. Ucapkan berulang kali kepadanya untuk sayang kepada adiknya itu. Aktiviti ini boleh diteruskan sehingga bayi lahir. Apabila bayi lahir ibu boleh pimpin tangan anak untuk mengusap jari dan tangan adiknya. Sentiasa beritahu dia agar sayang akan adiknya.

TIPS NO 3: UBAH RUTIN HARIAN ANAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Beberapa bulan sebelum bayi lahir, ibubapa perlu mula mengubah rutin harian anaknya. Maklumlah, sebelum ini hanya dia seorang. Lepas ini nanti dia berdua pula dengan adiknya. Keadaan pasti berubah. Untuk itu, elakkan dari menukar rutin hariannya secara tiba-tiba. Kanak-kanak masih tidak dapat memahami apa yang sedang berlaku. Perubahan rutin hariannya secara mendadak akan membuatkan dia bingung dan seterusnya rasa tersisih. Ini boleh menjadi punca mengapa dia berasa cemburu dengan adiknya. Ubah dan atur semula waktu belajar, waktu bermain dan aktiviti hariannya yang lain secara perlahan-lahan.

TIPS NO 4: BERITAHU ANDA SAYANG PADANYA

Selepas adiknya lahir, anak secara automatik akan menjadi abang atau kakak. Tetapi dia tidak memahami perkara ini. Dia juga masih kecil. Masih perlukan perhatian ibu dan bapanya. Jadi ibubapa perlu kerap meluahkan perasaan sayang mereka kepada anak. Ucapkan selalu luahan seperti “ibu sayang kamu “, “ayah sayang kamu” secara kerap. Ucapkan sayang, peluk tubuh anak dan cium dahinya. Semua ini akan membuatkan dia rasa disayangi. Ini membuatkan anak berasa gembira kerana walaupun telah mendapat adik baru dia masih mendapat perhatian dari ibu dan bapanya.

TIPS NO 5: KAWAL EMOSI KETIKA MENEGUR KESILAPAN ANAK

Walaupun anak sudah dapat menerima kehadiran adik barunya. Itu tidak bermakna dia tidak akan cemburu dengan adiknya. Kadang-kadang ibu mungkin tanpa sedar terlebih memberikan perhatian kepada adiknya. Jadi anak akan mula membuat helah untuk mendapatkan perhatian. Dia mula kacau adiknya yang tidur dan gigit tangan adiknya. Banyak ragam lain yang akan ditunjukkan untuk mendapatkan perhatian ibu.

Apabila ini berlaku, tegur kesalahan yang dibuat oleh anak dengan elok. Usah buat anak rasa dihukum kerana mahu mendapatkan perhatian ibunya. Tukar suasana dengan positifkan keadaan. Ibu mungkin boleh bergurau atau bermain dengannya seketika. Contohnya kejar anak dan geleteknya apabila dia ditangkap. Bergurau dengannya seketika. Ini boleh menceriakan keadaan anak dan pada masa yang masa memberikan perhatian yang dia inginkan. Ibu juga turut akan seronok kerana tidak perlu stres nak marah-marah.

TIPS NO 6: LIBATKAN ANAK DALAM AKTIVITI BERSAMA ADIK

Bagaimana ibubapa boleh membuatkan anak berasa teruja untuk mendapat adik? Jawapannya, libatkan dia dalam aktiviti bersama adiknya. Tunjukkan bahawa kita sentiasa mengalu-alukan pertolongan dan kehadirannya.

Minta anak untuk:

Cara lain untuk mengajak anak terlibat sama dengan aktiviti bersama adiknya adalah dengan mengajaknya duduk berhampiran ketika ibu mahu menukar lampin bayi atau ketika ibu ingin memandikan bayi. Semua ini boleh membuatkan anak berasa mereka diperlukan. Mereka tidak akan berasa tersisih kerana ibu sentiasa ada berdekatan dengannya.

TIPS NO 7: LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK

Apabila bayi telah tidur, ibu boleh menjenguk anak. Luangkan masa untuk bersamanya pula. Ucapkan terima kasih kerana berkelakuan baik. Puji perbuatan dan kelakuan baiknya. Ini akan membuatkan anak rasa disayangi. Jika ada ketika itu anak sedang bermain misalnya, luangkan masa untuk menemannya bermain pula. Banyakkan memuji perbuatan baiknya.Ini akan mengajarnya bahawa dia juga boleh mendapatkan perhatian ibunya apabila dia berkelakuan baik.

Sumber: Ohsemmama