KelabMama

Jangan Abaikan 5 Tips Ini Kalau Nak Rumah Bersih

Bila kita dah duduk rumah lama sangat masa musim PKPB ni, kita akan jadi sangat malas untuk mengemas kan? Awal-awal semua rajin nak membersih dan mengemas. Lama-lama.. haa berhabuk rumah! Jangan risau, Mama Siti pun sama tau, Ada banyak petua rumah bersih yang Mama boleh cuba dan pasti memudahkan lagi kerja Mama!

It’s time to clean your entire house! Kalau Mama semua tak tahu nak mula dari mana, Mama Siti akan guide dari A sampai Z, ok! Sebenarnya rumah yang bersih dan bersinar sangat penting untuk:

Jangan risau, awal-awal mesti susah nak ada rutin membersih ni, tapi percayalah bila dah konsisten dan disiplin baru kita akan nampak hasilnya dan ianya sangat berbaloi. Yang paling penting, makin lama kita konsisten dengan rutin membersih, makin laju tempoh membersih! Jadi, tak perlu gunakan masa yang lama untuk membersih.

Extra Tip untuk Mama: Psst, jangan lupa untuk gunakan pertolongan Encik Suami atau anak-anak untuk membersih sebab ini akan mempercepatkan proses membersih dan paling penting, merapatkan hubungan sekeluarga!

5 Rahsia/Tips Rumah Bersih dan Berkilat!

1) Bersihkan dari Atas dan Kebawah

Ini ialah rahsia pertama yang Mama Siti rasa ramai orang masih tak tahu akan petua ni. Pernah tak Mama bersihkan rumah tapi tak ikut dari atas dan kebawah? Teknik ni sangat penting untuk proses pembersihan!

Kredit Foto: Adobe Stock

Contohnya, kalau Mama ada rumah dua tingkat, bersihkan segala habuk dari tingkat atas dan kemudian bersihkan bahagian bawah pula. Habuk akan jatuh ke lantai dan barulah boleh mulakan dengan yang lain! Ingat, hilangkan habuk dulu supaya kita boleh bersihkan lantai pula. Mama perlu bersihkan tempat atau barang ini supaya rumah Mama #DustFree! 

Contoh Tempat atau Barang Yang Perlu #DustFree:

2) Lap Cermin dan Tingkap Untuk Rumah Bersih

Kadang-kadang, kita semua terlupa untuk lap cermin dan tingkap. Makin lama, makin kotor lah kan? Jadi, pastikan segala cermin dan tingkap dibersihkan dalam rutin ini ya? Mama Siti ada tips penting untuk cermin atau tingkap yang lagi bersih, gunakan kain Microfiber dan gunakan air yang suam. Cara ni boleh hilangkan cap jari daripada cermin atau tingkap. Mama boleh juga gunakan pembersih cermin atau tingkap yang boleh dapat di pasaran tapi, ada juga DIY tips tau!

Kredit Foto: Adobe Stock

DIY Membersih Cermin atau Tingkap:

Campurkan dan sebatikan semua bahan, dan boleh mula bersihkan cermin!

3) Lantai #SqueakyClean!

Okay, habuk dah jatuh ke lantai kan? Jadi sekarang pertama sekali sapu atau Vacuum segala habuk daripada lantai. Selepas tu, kita mulakan proses lantai #SqueakyClean dengan mop lantai. Ramai yang tanya Mama Siti, kadang-kadang bila dah mop pun terasa seperti lantai masih kotor.

Kredit Foto: Adobe Stock

Sentiasa gunakan air yang suam! Ini ramai yang tak tahu air yang suam akan lebih membersihkan lantai dan paling penting mop mengikut bahagian. Pastikan bahagian yang di mop dibersihkan dalam beberapa kali untuk lebih bersinar! Jangan lupa juga untuk basuh mop untuk sesi membersih next time ya!  

4) Jangan Biar Dapur Kotor!

Sebagai seorang Ibu, dapur selalu digunakan untuk masak buat keluarga dan kadang-kadang kita lupa untuk bersihkan daki kotoran di dapur terutamanya tempat kita memasak tu. Lap dengan kain, selalunya takkan hilang ataupun kurang bersih. Jadi, untuk petua bersihkan dapur, Mama Siti nak kongsi satu rahsia yang sememangnya terbukti membersihkan dapur! Nak tahu apa dia? Baking soda dan pencuci pinggan! 

Kredit Foto: Adobe Stock

Baking soda mestilah bahan yang famous untuk membersihkan, tapi pencuci pinggan pun terbukti dapat hilangkan kotoran degil dekat dapur tu! Mama boleh cuba ini:

Jadi, Mama gosok atau scrub kotoran degil di dapur dengan menggunakan pencuci pinggan dan baking soda, dan kalau ada bahagian yang kecil, gunakan berus gigi untuk mencuci dengan lebih terperinci. Setelah siap, lapkan dapur dengan kain lap bersama air and you’re done!

5) Laundry Time

Ini adalah petua yang sangat penting. Kalau nak rumah nampak bersih, kenalah pastikan baju tak bertimbun dan berlonggokkan! Ramai yang tunda untuk bersih dan lipat baju dan hasilnya, rumah nampak tak bersih. Lagipun, baju yang sangat lama tak basuh akan mencetuskan bau yang busuk dan hapak! 

Kredit Foto: Adobe Stock

Ish! Kalau rumah bersih berkilat pun, tapi ada bau busuk, mesti tak best kan? Jadi, Mama kena rajin untuk asingkan masa untuk ada Laundry Time, untuk membasuh, menggosok dan juga melipat. Paling penting jangan tangguh ya! Untuk tips yang lagi detail, Mama boleh klik link ini untuk tips Laundry Time! 

Dah bersih kan rumah Mama? Kalau Mama terus ikut tips ni, InsyaAllah rumah Mama akan sentiasa bersih dan berkilat! Untuk lebih selesa, Mama Siti nak cadang untuk pasang ‘scented candle’ atau pewangi rumah untuk lebih nyaman. Rumah yang bersih, keluarga pun gembira!

Semoga bermanfaat!

Pesan Mama Siti

Kita semua suka duduk dalam kawasan yang selesa dan bersih kan? Lagi-lagi bila kita ada anak, kita harus lebih bertanggungjawab untuk menjaga kawasan rumah demi kebaikan semua. Jangan lupa, Mama jangan bebankan diri dengan buat semua kerja rumah seorang tau, ajak juga Encik Suami tu! Selamat mencuba ya!