KelabMama

Jahitan Bersalin Episiotomi Dan Cara Penjagaannya

Sumber: istockphoto

Dalam persediaan untuk bersalin, antara yang menjadi kerisauan dan tanda tanya ibu-ibu ialah, jahitan ketika bersalin. Ada yang kata, tak perlu pun prosedur ini manakala ada yang menyokong perlaksanaannya. Proses bersalin akan lebih mudah kata mereka.

Betul ke? Apa sebenarnya episiotomi ni?

Apakah Itu Episiotomi?

Menurut kajian Majalah Ilmiah Sultan Agung, episiotomi adalah pengguntingan otot dan kulit antara vagina dan anus yang dikenali sebagai perineum. Ia bertujuan untuk melebarkan laluan bersalin dan mengelakkan koyakan yang lagi besar.

Keperluan Prosedur Episiotomi

Dalam sesetengah keadaan, prosedur episiotomi dipercayai wajar untuk dilakukan. Sebagai contoh:

Dalam situasi-situasi seperti ini, perlaksanaan episiotomi dipercayai dapat mempercepatkan dan memudahkan proses bersalin.

Namun, ada juga yang memilih untuk tidak lakukannya kerana tak nak menanggung kesan dari prosedur ini.

Kesan Dan Risiko Episiotomi

Berdasarkan perkongsian dari Johns Hopkins Medicine, episiotomi boleh menyebabkan:

Risau juga kan kalau terjadi macam ni? Tetapi sebenarnya, dengan kaedah dan penjagaan yang betul, jahitan bersalin ini dapat pulih dengan elok.

Prosedur Episiotomi

Sumber: istockphoto

Jika anda memilih untuk melakukan episiotomi, ibu-ibu perlu bersedia untuk melalui beberapa langkah ini:

  1. Doktor anda akan berbincang tentang prosedur ini dengan anda dan menjawab pertanyaan-pertanyaan anda berkenaan dengannya.
  2. Ibu-ibu kemudian perlu menyatakan keizinan untuk perlaksanaan prosedur ini.
  3. Jika anda ada sebarang masalah kesihatan atau alergik dan sebagainya, maklumkanlah kepada pakar kesihatan anda.
  4. Selain itu, penting juga untuk anda jelaskan tentang ubat-ubatan yang diambil. Pengambilan ubat mencairkan darah sebagai contohnya, boleh membahayakan keadaan anda apabila prosedur ini dilakukan ya.
  5. Kemudian, apabila anda dalam proses bersalin dan prosedur ini akan dilakukan, anestesia akan dicucuk di kawasan kulit dan otot perineal jika anda tidak mendapatkan epidural sebelumnya.
  6. Kemudian, pada fasa kedua proses bersalin (pushing stage), doktor akan melakukan episiotomi apabila pembukaan vagina anda regang dengan kepala bayi.
  7. Bayi akan keluar bersama placenta
  8. Doktor seterusnya akan periksa jika ada koyakan lain selain dari episiotomi tadi.
  9. Bahagian koyakan dari prosedur episiotomi tadi kemudiannya akan dijahit oleh doktor yang dipanggil sebagai jahitan bersalin.

Jahitan luka bersalin akan bergantung kepada darjah koyakan itu ya. Setelah selesainya prosedur episiotomi dan jahitan bersalin, ibu-ibu perlu fokus kepada cara penjagaannya supaya ia sembuh dengan cepat dan tidak mendatangkan sebarang masalah di kemudian hari.

Cara Penjagaan Jahitan Selepas Bersalin

Kawasan jahitan itu memang akan terasa sakit ya. Jika anda tidak berhati-hati dan menjaganya dengan elok, jahitan mungkin akan terbuka atau berlakunya sebarang jangkitan di kawasan itu.

Oleh itu, cubalah amalkan beberapa tips ini ya:

1. Tuam kawasan jahitan dengan pek ais

Untuk mengurangkan bengkak dan sakit, anda boleh tuam kawasan jahitan bersalin dengan pek ais.

2. Sitz bath

Selain itu, lakukanlah sitz bath di rumah dengan bantuan suami ya. Ini untuk mengurangkan rasa nyeri, membersihkan dan mempercepatkan pemulihan di kawasan luka tersebut. Anda boleh rujuk cara-caranya dari perkongsian Poliklinik Dr Azhar & Rakan-rakan ini ya.

3. Pastikan ia sentiasa kering dan bersih

Setiap kali selepas anda ke tandas, pastikan anda lap kawasan jahitan bersalin dengan tuala bersih sampai kering. Ini untuk mengurangkan kelembapan yang berlebihan di kawasan itu ya.

4. Sentiasa tukar tuala, seluar dalam dan tuala wanita

Bukan itu je, pastikan seluar dalam anda dan tuala yang diguna untuk lap di kawasan episiotomi sentiasa ditukar supaya ia kekal bersih dan sebarang jangkitan kuman dapat dielakkan.

Jangan lupa juga, tukarlah tuala wanita dengan kerap ya. Darah nifas yang berkumpul pada masa yang lama boleh menyebabkan bakteria berkumpul.

5. Berhati-hati ketika menyentuhnya

Sumber: istockphoto

Apabila anda lap kawasan jahitan bersalin, lakukannya dengan berhati-hati ya. Jangan menggosok atau menekan dan menggaru di kawasan tersebut. Hanya lap secara lembut dan perlahan-lahan ya?

6. Jangan memaksa pembuangan air besar

Untuk cepat pulih, kawasan itu tidak boleh regang ya. Jika anda terasa sukar untuk membuang air besar, mintalah nasihat dari doktor untuk ubat-ubatan yang boleh membantu melembutkan najis supaya pembuangan air besar lebih mudah dan tidak memberi tekanan pada kawasan jahitan bersalin.

7. Jangan melakukan hubungan intim

Apabila berhubungan intim, kawasan jahitan akan regang dan ini boleh menjejaskan proses pemulihannya. Elakkanlah dari melakukannya sehingga luka ibu-ibu sembuh ya?

8. Jangan melakukan aktiviti berat

Aktiviti berat atau mengangkat barang yang berat juga boleh memberi tekanan pada kawasan episiotomi. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, mintalah suami dan mereka yang berdekatan untuk menolong anda ya. Buat masa ini, anda perlu dilayan seperti puteri raja tau!

9. Ubat tahan sakit

Jika perlu, dapatkanlah ubat tahan sakit supaya sakit di kawasan itu akan berkurangan ya.

10. Makan makanan yang kaya dengan vitamin C

Seperti kita sedia maklum, makanan yang mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi seperti buah oren dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan luka. Ia dapat menggalakkan pertumbuhan tisu baru dengan lebih cepat. Wajib untuk amalkan bersama makanan berpantang tau.

Fahamilah Dengan Menyeluruh Dan Buat Yang Terbaik

Sumber: istockphoto

Sebelum anda memilih untuk melakukan prosedur ini ataupun tidak, dapatkanlah maklumat lengkap tentang kebaikan, risiko dan penjagaannya. Cubalah tanya mereka di sekeliling anda yang sudah lakukan dan jika terdapat sebarang masalah selepas prosedur ini, jangan teragak-agak untuk dapatkan nasihat dan bantuan dari doktor ya.