KelabMama

6 Sebab Utama Jahitan Bersalin Terbuka Dan Tips Penjagaan Yang Betul

jahitan bersalin terbuka

Kredit gambar: hellopostpartum.com

Antara masalah yang sering ditakuti oleh ibu-ibu yang baru melahirkan anak adalah jahitan bersalin terbuka. Tidak kiralah samada bersalin secara normal ataupun pembedahan.

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada luka bersalin terbuka.  Oleh itu, perkongsian kali ini Mama Siti akan berkongsi info dan maklumat berkenaan luka bersalin yang terbuka.

Faktor-faktor Jahitan Bersalin Terbuka

Kredit gambar: iyamagazine.com

Berikut merupakan punca luka jahitan bersalin terbuka iaitu:

7 Tips Penjagaan Jahitan Bersalin Terbuka

Kredit gambar: www.verywellhealth.com

Bagi Mama yang baru melahirkan bayi dan mengalami masalah luka bersalin terbuka, Mama Siti kongsikan beberapa tips penjagaan jahitan bersalin terbuka di bawah iaitu:

#1. Pemakanan yang Berkhasiat dan Bernutrisi

Jika Mama mengalami luka jahitan bersalin terbuka ini, amalkan pemakanan yang berkhasiat dan bernutrisi. Amalkan makan buah yang tinggi vitamin C kerana vitamin C membantu jahitan yang terbuka untuk bercantum semula serta cepat sembuh.

Selain itu, makanan yang berkhasiat dan bernutrisi membantu supaya Mama dapat membuang air besar dengan lancar tanpa sembelit yang boleh memburukkan lagi keadaaan jahitan yang terbuka tersebut. Mama juga perlu minum air yang cukup bagi mengelakkan masalah sembelit berlaku.

#2. Tips Penjagaan Jahitan Bersalin Terbuka dengan Jaga Kebersihan Kawasan yang Dijahit

Tips penjagaan luka bersalin terbuka yang seterusnya ialah kebersihan kawasan yang dijahit haruslah dijaga. Pastikan bahagian sekitar kawasan jahitan sentiasa kering selepas cuci dan basuh bahagian tersebut.

Jangan lupa juga untuk menukar pad Mama setaip 2 ke 4 jam sekali. Hal ini untuk mengelakkan dari jangkitan kuman dan bakteria.  

#3. Jangan Lakukan Aktiviti yang Melibatkan Pergerakan Fizikal yang Banyak dan Berat

Mama seharusnya tidak melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal yang banyak dan berat. Ini kerana luka jahitan bersalin masih sakit dan masih baru.

Elakkan dari melakukan banyak aktiviti yang memerlukan Mama bergerak dengan banyak. Minta pertolongan dari Papa atau ahli keluarga lain untuk melakukannya untuk Mama.

#4. Tips Penjagaan Luka Bersalin Terbuka dengan Sitz Bath

Kredit gambar: kinfertility.com.au

Pasti Mama pernah dengar tentang sitz bath ini. Sitz bath atau rendaman air garam membantu membunuh kuman dan dapat membantu pulihkan luka jahitan bersalin Mama dengan cepat.

#5. Melakukan Senaman Kagel

Senaman kagel atau senaman lantai pelvis (senaman kemut) dapat membantu memulihkan jahitan episiotomi Mama. Senaman kael dapat menguatkan semula otot-otot pelvis.

#6. Tips Penjagaan Jahitan Bersalin Terbuka dengan Dedahkan Kawasan Luka

Kredit gambar: www.netdoctor.co.uk

Selain itu, Mama juga perlu mendedahkan  kawasan luka. Ini bermaksud, biarkan luka jahitan bersalin terdedah bagi tujuan pengudaraan. Ianya juga membantu untuk mengeringkan tempat jahitan tersebut.

Kawasan jahitan perlu sentiasa dalam keadaan kering kerana jika sentiasa lembap dan basah boleh mengundang kuman.

#7. Sapu Ubat Kuning atau Solcoseryl Jelly

Mama juga boleh sapu ubat yang diberikan oleh pihak hospital yang sangat famous iaitu ubat kuning. Di samping itu, Mama juga boleh membeli solcoserylt jelly iaitu gel untuk luka bersalin. Kedua-dua ubat ini mampu membantu mempercepatkan luka tersebut bercantum dan sembuh.

#8. Berjumpa Doktor

Kredit gambar: www.verywellfamily.com

Cara yang terakhir adalah berjumpa dengan doktor. Sekiranya, luka jahitan bersalin masih sakit walaupun dah sebulan bersalin, mempunyai nanah atau terjadinya jangkitan kuman sebaiknya berjumpalah dengan doktor untuk rawatan.

Ini untuk mengelakkan dari keadaan luka bersalin Mama menjadi semakin teruk dan membahayakan untuk kesihatan Mama.

Kesimpulannya, penjagaan luka jahitan yang betul selepas melahirkan adalah perkara penting yang harus diberi perhatian sekiranya tidak mahu perkara ini terjadi.

Sesungguhnya, penjagaan luka selepas bersalin ini memerlukan masa. Rehatlah dengan sepenuhnya dalam tempoh berpantang.

Semoga perkongsian ini dapat membantu Mama yang sedang berhadapan dengan masalah ini.

Semoga bermanfaat!


Ikuti tips dan panduan kesihatan menarik yang lain di SINI!