Ketika membeli telur ayam di pasar, supermarket, hypermarket sekalipun, buat pilihan yang betul agar tak terbeli telur yang rosak. Tapi macam mana nak tahu telur tu elok atau pun rosak? Jom, Mama Siti tunjuk caranya.
1. Periksa Kulit Telur
Perhatikan sekeliling kulit telur dan lihat jika ada sebarang keretakan padanya. Kalau masih elok, bermakna bahagian dalam telur masih terlindung. Untuk mengetahui sama ada telur itu bagus ataupun tidak, lihat permukaan telur tu. Diatas permukaan telur tu akan ada sejumlah butiran kecil yang membuatkan permukaan telur sedikit kasar jika dipegang.
2. Goncang Telur
Untuk mengetahui keadaan dalam telur, goncangkan ia. Telur yang berkualiti takkan hasilkan sebarang bunyi kerana ia padat di dalamnya. Putih telur yang bagus pula kelihatan sedikit kental jika dibandingkan dengan yang sudah lama ataupun rosak.
Kalau telur tak berbunyi bermakna telur putih tu dalam keadaan yang baik. Telur putih yang dah rosak tak dapat ‘mengikat’ kuning telur dan mempunyai rongga udara yang banyak di dalamnya. Sebab itu lah, bila mama goncangkan telur tu, ia akan berbunyi.
3. Rendamkan Dalam Air
Bila menjelang petang saja, hujan turun. Kita pun tiba-tiba teringin nak makan telur dengan maggi. Tapi macam mana nak tahu telur dalam peti sejuk tu masih boleh digunakan atau tak?
Caranya mudah saja. Mama rendamkan saja telur dalam mangkuk atau cawan berisi air. Telur yang masih baik akan terendam ke dasar mangkuk. Tapi kalau ianya sudah seminggu disimpan, ia akan tenggelam dengan posisi yang sedikit senget. Telur yang tersimpan lebih kurang 2-3 minggu pula akan lebih tegak kerana rongga udara di dalam telur semakin banyak. Tapi kalau telur tersebut timbul sepenuhnya, bermakna ia sudah rosak.
4. Perhatikan Kuning Telur
Kuning telur yang masih elok biasanya berwarna kuning terang dan apabila dipecahkan, ia akan terbentuk cantik. Jika dah tak berapa elok atau dengan kata lainnya, telur lama, kuning telur akan berwarna sedikit pucat dan cenderung untuk ‘terlerai’ bila mama pecahkan telur. Selain itu, putih telur telur yang lama juga tak selikat yang biasa.
Sumber: makanlena
BACA JUGA KETAHUI KHASIAT BUAH-BUAHAN & SAYURAN MENGIKUT WARNA
Pesan Mama Siti:
Frust kan bila beli telur tapi time nak masak, rupanya yang dibeli itu telur rosak. Lagi frust bila bau busuk telur tembelang melekat pada tangan, cuci pakai Dettol pun bau tetap tak hilang. Jadi, mama boleh praktikkan kaedah yang Mama Siti kongsikan ni. InshaAllah, terhindar daripada terbeli telur yang rosak.