Sebaik-baiknya, jika Mama ingin memulakan diet untuk tempoh satu minggu, disarankan untuk menyediakan jadual pemakanan lengkap dari hari pertama hingga ketujuh.
Jadual diet yang betul membantu Mama fokus melakukan diet tanpa terganggu perasaan teringin makan makanan lain.
Ayuh kita lihat menu makanan diet untuk seminggu yang Mama Siti sediakan ini.
Jadual Makanan Diet Seminggu
Hari Pertama
Sarapan
- Roti
- Dua biji telur dadar (bersama hirisan bawang merah dan bawang putih)
Makan tengah hari
- Nasi
- Dua ketul ayam goreng
- Sawi goreng
Petang
- Air kosong
- ½ potong jagung rebus
Makan malam
- Nasi
- Satu ekor ikan kembung
- Sambal
Hari Kedua
Sarapan
- Roti
- Dua biji telur mata
Makan tengah hari
- Nasi
- Satu ekor ikan goreng
- Bayam goreng
- Sup
Petang
- Air kosong
- Satu tauhu sumbat
Makan malam
- Udang goreng salad
- Mayonis resepi barat
Hari Ketiga
Sarapan
- Tiga sosej goreng
- Roti
Makan tengah hari
- Nasi
- Ayam goreng
- Telur mata
- Sup campur
Petang
- Air kosong
- Sebiji pisang emas
Makan malam
- Ikan tongkol goreng
- Kobis goreng
Hari Keempat
Sarapan
- Satu telur rebus
- Dua sosej goreng
Makan tengah hari
- Nasi
- Ikan bakar sambal
- Kangkung goreng
Petang
- Air kosong
- Satu pulut panggang
Makan malam
- Salad mentega udang (Butter prawn salad)
- Mayonis
Hari Kelima
Sarapan
- Murtabak sardin
Makan tengah hari
- Nasi
- Ayam panggang
- ½ tauhu jepun goreng telur tanpa kuah
- Salad
- Timun
Petang
- Air kosong
- Sebiji epal
Makan malam
- Sup daging
- Sayur lobak merah
Hari Keenam
Sarapan
- Dua biji telur dadar
Makan tengah hari
- Nasi
- Tomyam campur
Petang
- Air kosong
- Sepotong tembikai
Makan malam
- Telur hancur
- Dua sosej
Hari Ketujuh
Sarapan
- Sup telur
Makan tengah hari
- Nasi
- Ayam panggang
Petang
- Air kosong
- Satu cawan jagung
Makan malam
- Nasi
- Ayam goreng kunyit
- Sup bayam
Tips Kekal Disiplin Dengan Jadual Makanan Diet
#1 Jangan Ponteng Sarapan
Ingin diet bukanlah bermaksud perlu berlapar. Mama hanya perlu kawal pemakanan dan tidak makan secara berlebihan.
Jika Mama makan banyak ketika sarapan, pastikan kalori yang diambil itu dibakar secara efisyen dengan bersenam atau melakukan aktiviti yang memerlukan pergerakkan anggota badan.
#2 Sediakan Bahan Masakan Lebih Awal
Dah ada jadual menu, jadi tak ada masalah untuk kita sediakan semua bahan masakan untuk seminggu kan?
Kegagalan menyediakan bahan masakan mungkin menganggu proses diet. Berkemungkinan besar Mama akan berputus asa kerana bahan masakan tidak lengkap.
#3 Sesuaikan Waktu Makan Dengan Jadual Harian
Contohnya rehat waktu tengah hari Mama pada pukul 3 petang. Jadi ketika diet juga, Mama perlu makan pada waktu yang sama.
Ini adalah untuk mengelakkan perut kita ‘berbunyi’ kelaparan atau terkejut kerana perlu memproses makanan di luar waktu kebiasaan.
#4 Sentiasa Sediakan Snek Ringan
“Snek? Maksudnya jajan ke?”
Bukan itu maksud Mama Siti, orang diet perlu jadikan kekacang, buah-buahan dan sayuran sebagai makanan tambahan sementara menunggu masa makan berdasarkan jadual diet.
#5 Elak Makan Selepas 7 Petang
Secara biologinya, apabila seseorang mengambil makanan terakhir mereka sebelum jam 7 petang, badan dapat memperoses makanan itu dengan lebih sempurna.
Tambahan pula, ini ialah tip berguna untuk Membantu Mama turunkan berat badan secara efektif.
Mama disyorkan untuk menyediakan jadual pemakanan yang lengkap dari hari pertama hingga hari ketujuh agar proses diet berjalan lancar.
Semoga usaha Mama untuk diet dalam masa seminggu berjaya mencapai matlamat.
Dapatkan lebih banyak tips pemakanan dan kesihatan di SINI!