Setiap kali tibanya bulan cuti persekolahan, pasti minda ibu-ibu ligat untuk rancang macam-macam benda, kan? Senang cakap, sediakan jadual untuk anak-anak semasa cuti sekolah yang panjang.
Bermula daripada aktiviti percutian seisi keluarga sehinggalah kerja-kerja di dapur, semuanya akan difikirkan Mama bagi memastikan keadaan terkawal.
Contohnya bila tahu hujung bulan tu dah start cuti sekolah, mesti ada Mama yang mula nak berbelanja lebih mencari barang dapur sebab rasa excited nak masak untuk anak-anak atau mungkin menganggap inilah masanya nak buat kek yang viral hari tu!
Lagipun, time anak cuti sekolah adalah waktu terbaik untuk buat segala benda dengan mereka memandangkan Mama Papa pun kurang stress sebab tak terikat trafik yang sesak, bukan?
Tak terkejar-kejar bangun pagi, rehat kejap daripada melayani drama anak-anak sbeelum ke sekolah. Semua ni memberikan kesan untuk Papa Mama rasa postitif jek pagi tu.
Malam juga dirasakan lebih tenang dan lapang kerana tidak terikat dengan komitmen membantu anak menyiapkan kerja yang dibekal guru.
Pastinya lebih banyak perhatian boleh ditumpukan pada tanggungjawab kerja di pejabat mahupun di rumah.
Justeru, dalam usaha memastikan anak-anak tidak berasa bosan dengan aktiviti terperap di rumah selain mahu mewujudkan masa yang berkualiti untuk mereka, apa kata Mama dan Papa cipta jadual untuk anak-anak sepanjang anda berdua di pejabat.
Idea Jadual Sempena Cuti Sekolah Yang Mama Boleh Sediakan
Mungkin ketika cuti sekolah boleh berikan kelonggaran untuk anak-anak bangun sedikit lewat selepas solat Subuh bagi yang beragama Islam memandangkan Mama dan Papa pun tak mahu mereka stress ketika cuti sekolah.
9.00 pagi: Bangun dan bersarapan- Kemas dapur selepas selesai makan.
10.00 pagi: Mengemas bilik dan membersihkan diri.
10.30 pagi: Beri arahan untuk anak-anak buat kerja rumah seperti vacuum serta mop rumah dan menyidai pakaian (Ini penting Mama sebagai tujuan mendisiplinkan diri mereka dan latih mereka untuk pandai berdikari).
12.00 tengahari: Berehat dan bersantai sementara menunggu juadah lunch yang Mama order through online. Atau reheat lauk yang Mama dah sediakan.
1.30 tengahari: Selesai makan dan mengemas dapur, bersedia untuk solat Zohor. Selepas solat, tetapkan jadual anak untuk mengaji atau menghafal apa-apa surah lazim. (Part ni kena disiplin dan Mama mungkin perlu pantau seperti menyemak bacaan surah mereka pada setiap malam. Tanyakan apa surah yang dibaca pada hari ini)
3.00 petang: Cipta aktiviti baharu setiap hari mengikut hobi anak-anak seperti baking, drawing, berkebun dan sebagainya. (Jika anak suka drawing misalnya, Mama boleh beri tema lukisan setiap hari untuk mereka berkarya. Sekiranya gemarkan baking, boleh cipta kek yang mereka gemar nak cuba)
4.30 petang: Solat Asar dan berehat.
5.30 petang: Bersantai di luar seperti berjogging di kawasan perumahan, berbasikal atau bermain roller blade.
7.00 malam: Pulang ke rumah. Bersihkan diri dan solat Magrib berjemah.
7.45 malam: Makan malam dan bersama-sama melakukan kerja di dapur. (Sambil ni, Mama boleh berbual banyak perkara dengan anak-anak)
8.30 malam: Solat Isyak berjemaah. Selesai solat, adakan majlis ilmu ringkas bersama anak-anak seperti Papa menceritakan kisah-kisah Nabi (jika Papa tiada, Mama boleh take over), dan semak bacaan surah anak-anak.
10.00 malam: Bersantai bersama anak-anak seperti menonton TV sambil Mama sediakan keperluan untuk ke tempat kerja esok. (Contohnya iron baju di ruang anak-anak menonton TV, secara tak langsung Mama juga ikut sama dengan aktiviti mereka. Mungkin nampak biasa, namun impaknya positif kerana anak-anak akan sentiasa rasa parents banyak meluangkan masa dengan mereka meskipun anda busy bekerja)
11.00 malam: Masuk tidur.
Jangan risau, Mama boleh alter aktiviti dalam jadual cuti sekolah ini mengikut tahap umur dan kesukaan anak Mama. Yang penting, kita nak mereka masih penuh dengan aktiviti berguna, tetapi yang tidak memberi tekanan kepada anak-anak.
Dapatkan lebih banyak tips dan info tentang keibubapaan di SINI!