Mama Siti ingin berkongsi kisah pengalaman seorang Mama yang baru sahaja lahirkan triplet yang melalui detik sukar selepas bersalin, di mana sokongan suami yang tidak berbelah bahagi menjadi kunci kekuatan.
Kehamilan dan kelahiran triplet bukanlah perjalanan yang mudah, tetapi dengan kasih sayang dan pengorbanan bersama, mereka menempuhi setiap cabaran.
Siti Rohayu meluahkan rasa terharu apabila suaminya, Faiz Fauzi, menghadiahkan ‘kek duit’ sebagai tanda penghargaan selepas selamat melahirkan anak kembar tiga secara pembedahan caesarean.
Namun, perjalanan ini tidak mudah. Selepas keluar dari bilik pembedahan, keadaan Mama Ayu tidak begitu baik dan perlu melalui proses penjagaan rapi selama 48 jam. Perasaan sebak, terharu, dan sedih bercampur-baur apabila mengetahui ketiga-tiga bayi mereka perlu berada di NICU.
Abang long dan Kak Ngah menunjukkan kekuatan yang luar biasa, manakala Abang Chik (bongsu) masih berjuang kerana sedikit jangkitan. Lebih menyayat hati, Mama Ayu masih tidak dapat menyentuh Abang Chik ketika melawatnya semalam.
Walaupun begitu, kekuatan dan semangat Mama Ayu bukanlah sesuatu yang mudah luntur. Apa yang membuatkan perjalanan ini lebih indah adalah sokongan padu daripada suami tercinta, Faiz Fauzi. Kata-kata semangat dan kasih sayang yang tak berbelah bahagi dari suami menjadi pendorong terbesar buat Mama ini.
“Allah bagi rezeki kembar tiga sebab Dia tahu suami saya mampu menjaga kami semua,” katanya penuh kesyukuran. Di sebalik cabaran fizikal dan emosi, kehadiran suami yang bertanggungjawab serta sentiasa mengutamakan keluarga menjadi rahmat yang tidak terhingga.
Pengalaman lahirkan triplet ini mengajar Mama Ayu bahawa setiap ujian yang Allah berikan pasti ada hikmahnya. Setiap kelahiran membawa sinar baru dalam kehidupan.
Hikmah Buat Suami yang Mendahulukan Keluarga
1. Keberkatan Rezeki dalam Keluarga
Mendahulukan isteri dan anak-anak membawa keberkatan hidup. Rezeki datang dalam bentuk kebahagiaan, ketenangan, dan keharmonian keluarga, bukan hanya wang.
2. Rezeki yang Tidak Terduga
Allah memberi rezeki kepada mereka yang ikhlas dalam memenuhi tanggungjawab keluarga. Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk, termasuk ketenangan hati dan kebahagiaan keluarga.
3. Pengorbanan yang Mendatangkan Balasan
Setiap pengorbanan suami yang mendahulukan keluarga akan dibalas Allah dengan rezeki yang melimpah, baik dalam bentuk material mahupun kebahagiaan.
4. Keikhlasan dalam Tanggungjawab
Suami yang ikhlas dalam mendahulukan keluarga akan memperoleh ganjaran besar. Allah SWT membuka pintu rezeki yang luas bagi mereka yang ikhlas menjalankan tanggungjawab keluarga.
Papa nak berikan hadiah juga untuk Mama? Apa kata Papa hadiahkan Mama push present yang istimewa dengan pakej berpantang di pusat penjagaan berpantang seperti Roseville Confinement Villa ni?
Selain memberikan Mama rehat yang terbaik selepas bersalin, pakej ini juga lengkap dengan perkhidmatan penjagaan dan rawatan yang sangat diperlukan untuk membantu pemulihan dan kesejahteraan Mama selepas melahirkan.
Ikuti perkembangan terkini dengan berita viral dan acara menarik di SINI.