Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Perumpamaan ini rasanya amat tepat sekiranya dikaitkan dengan penyediaan sebuah perlindungan insurans perubatan.
“Eh, penting kerr ada insurans ni? Alah, sama jer kot macam buat tabung untuk perubatan sendiri. Bayar bulan-bulan, bila masuk hospital guna jerr duit tu.”
Mungkin ini antara pandangan sebahagian individu sekiranya bercerita bab keperluan perlindungan untuk insurans perubatan pada mereka.
Namun jika ditanya pendapat pada Mama Siti, jawapannya sudah tentu penting lantaran kepesatan dan senario dunia masa kini sudah berubah 100 peratus.
Selaras dengan perubahan teknologi, dunia millennium membawa masyarakat kepada pelbagai situasi sekaligus memaksa kita untuk mempunyai sebuah perlindungan yang sesuai.
Setiap hari, kita berhadapan dengan pelbagai risiko berkaitan nyawa. Benar, pantang maut sebelum ajal. Namun cabaran sekeliling sedikit sebanyak boleh memberikan kesan kepada keselamatan kita.
Lihat jerr di jalan raya pada hari ini, berapa banyak kenderaan yang berada di atas sana? Bermula daripada pemanduan cermat sehinggalah sikap pemandu yang selfish semuanya boleh ditemui.
Selain itu, tekanan hidup masa kini juga tidak boleh dipandang ringan. Semua ini sangat berkait dengan kesihatan tubuh badan kita lantas menyebabkan kita pada hari ini sangat terdedah dengan penyakit kronik.
Malah, tak kurang juga dengan keselamatan diri apabila kejadian jenayah yang sangat berleluasa.
Kecanggihan dunia pada hari ini turut mengheret kita untuk menyediakan satu perlindungan bagi memastikan adanya backup plan sekiranya berlaku sesuatu insiden.
Insurans pada hari ini dianggap seperti kewajipan dan perlu dimiliki oleh setiap orang yang berkemampuan. Ini kerana ia menyediakan:
1. Perlindungan Kewangan
Insurans perubatan membantu melindungi kita daripada beban kewangan yang besar sekiranya kita atau ahli keluarga memerlukan rawatan perubatan. Jika beranggapan hospital kerajaan mampu menyediakan fasiliti ini secara percuma, ia terpulang ikut keselesaan masing-masing.
Namun, manfaat perlindungan insurans bukan setakat menaggung bil hospital semata-mata, tapi client juga berpeluang menerima pampasan berdasarkan kategori kesihatan kita.
Bukankah ia membantu untuk seseorang individu itu membeli pelbagai barang keperluan setelah didiagnose dengan penyakit-penyakit tertentu.
2. Kemudahan Untuk Rawatan Berkualiti
Bagi penyakit yang tidak kritikal namun memerlukan anda untuk warded, masa ni lah nak rest dengan selesa dan tenang iaitu memilih untuk pergi ke hospital swasta. Tak perlu teragak-agak nak fikir bil pun sebab insurans akan tanggung.
Yelah, dengan condition kita yang tak berapa sihat, memang sangat perlu tidur berkualiti dalam suasana relax. Bukan maksud Mama Siti bahawa hospital kerajaan tak berkualiti, tetapi sebagai yang pernah berpengalaman warded dan jaga parents, Mama Siti sangat faham, akan rules mereka.
Kita terikat dengan tata cara kerja oleh nurse dan doktor yang mana pagi-pagi dah kena bangun untuk mandi sebab kejap lagi doktor pakar akan pantau setiap patients dekat bed.
Maka, masa tu nurse tak nak patient dalam keadaan tak kemas atau tengah tidur ketika doktor pakar datang. Patient harus ikut bersedia sebelum specialist periksa tubuh kita masa tu.
Namun dalam keadaan kita yang masih lemah adakalanya baru dapat lelap mata, keadaan pagi di dalam ward sangatlah tergesa-geas sebab masa tu juga mereka akan tukar cover bedsheet, cleaner datang kemas ward, breakfast sampai dan perlu dimakan dalam tempoh satu ke dua jam sebab kejap lagi mereka akan collect pinggan.
Sangat busy dan semuanya kelam kabut, maka tiada istilah nak rehat tenang-tenang pagi itu. Tu belum bab cerita kena marah dengan staff hospital lagi, huhu!
3. Perlindungan Pada Bila-bila Masa
Pada masa kini, terdapat beberapa insurans perubatan yang turut menawarkan program pencegahan kesihatan dan pemeriksaan berkala.
Misalnya, pakej yang ditawarkan mempunyai kelebihan untuk client buat full check up setiap tahun. Ini sekaligus membantu mengenal pasti masalah kesihatan lebih awal dan menggalakkan gaya hidup yang sihat.
4. Manfaat Kepada Pewaris
Ini antara big reason kenapa perlunya apply insurans. Sudah pasti ia melibatkan manfaat bukan hanya pada diri kita semata-mata, tetapi juga waris yang layak. Jika berlaku kematian, wang pampasan tadi sekurang-kurangnya boleh membantu ahli keluarga menjalani kehidupan selepas kehilangan salah seorang tunggak harapan dalam keluarga.
Jangan anggap “aku dah meninggal dunia, bayar bulan-bulan pun tak dapat rasa.” Insurans masa kini bukan setakat memberikan pampasan akibat kematian, namun sebab utama kita perlu mempunyai perlindungan ini adalah bagi membantu sekiranya kita menghidap penyakit kritikal sehingga tak mampu nak bekerja.
5. Alternatif Saving Atau Faedah Lain
Jangan anggap bayar insurans tiap-tiap bulan, lepas tu tak rasa sesen pun sebab wang hanya dapat keluar bila dah meninggal dunia. Kalau sepanjang usia tak hidap sakit kritikal, kemudian meninggal dunia, membazir juga tak merasa duit tu.
Eh, jangan fikir macam tu! Insurans masa kini bukan hanya untuk dicarum dan layak dituntut apabila berlaku insiden jerr.
Tahukah anda, sekarang terdapat pelbagai jenis insurans sama ada yang menyediakan saving atau boleh tuntut sebahagian caruman setelah tempoh matang ekoran kita tak pernah claim langsung sebelum ini. Tak percaya?
Ada, cuma kena rajin survey dan anda boleh lihat mana yang lebih berkenan dan sesuai dengan pendapatan anda.
Meskipun saving ditolak dalam jumlah yang kecil, tapi ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sekaligus turut membantu anda mempunyai satu sumber simpanan di bahagian lain.
Begitu juga dengan insurans satu lagi yang mana sekiranya tidak pernah buat tuntutan selepas tempoh masa ditetapkan, anda boleh withdraw sama ada sebahagian atau semua sekali yang anda dah carumkan bergantung pada jenis insurans tersebut.
Macam insurans Mama Siti membenarkan pengeluaran 100 peratus jumlah caruman sekiranya tiada tuntutan langsung dibuat sehingga usia 70 tahun.
So, jangan pernah rasa terbeban atau membazir duit untuk perlindungan sebegini kerana manfaatnya sangat besar sekiranya berlaku kejadian tak diingini. Ingat, sediakan payung sebelum hujan.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan pelbagai tips dan nasihat mengenai pengurusan kewangan dan sebagainya di SINI!