Hari Deepavali penuh dengan warna-warni perayaan. Sama seperti perayaan kaum yang lain Deepavali merupakan hari perayaan yang meriah dengan pelbagia menu makanan, warna-warni, bersuka ria bersama keluarga dan macam-macam lagi!
Buat Mama yang meraikan, mahupun yang dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis perayaan Deepavali bersama rakan-rakan, mesti Mama mencari baju yang kena dengan tema, bergaya dan da bomb bukan?
Ramai orang menggayakan pelbagai jenis design sari yang cantik dan berwarna-warni setiap kali tibanya perayaan Deepavali. Bagi yang masih tercari-cari pakaian yang sesuai, mujur Mama Siti ada idea untuk dikongsikan bagi perayaan kali ini.
Jom kita tengok inspirasi sikit~
#1 Hijau Sehijau Pohon
Menggayakan kombinasi warna hijau dan juga emas, kedua-dua warna ini saling melengkapi antara satu sama lain dan pasti menyerlahkan ton kulit si pemaikai.
Mama boleh cuba sedodonkan dengan solekan mata sama seperti dalam posting ini, mesti tak habis-habis orang memuji Mama! Tambahan pula dengan aksesori yang berkilat, mesti gambar Instagram Mama pun onz!
Sekali-sekala make up dan gayakan dengan gaya yang baru apa salahnya kan?
#2 Putih Kemerah-merahan
Warna putih dan merah adalah kombinasi warna yang sangat menarik untuk Deepavali kali ini. Dengan sulaman berwarna emas, ia dapat serlahkan lagi sari Mama. Ramai orang agak seram bila memakai warna putih sebab takut cepat kotor ataupun kelihatan gemuk, tapi kombinasi warna ini sangat memuji bentuk badan Mama!
#3 Ungu Biru, Cool~
Letih dengan warna yang terlalu terang dan menarik perhatian? Jangan risau, yang ni pun boleh tarik perhatian juga, tetapi secara discreet gitu!
Dengan tona warna yang ‘sejuk’, mesti Mama akan berasa lebih muda dan cantik! Nak lebih menarik, padankan sari yang simple dengan aksesori yang sedikit tetapi dapat menyerlahkan penampilan penggayaan Mama pada hari tersebut.
Mesti menjadi perbualan orang ramai.
#4 Kombinasi Warna Menarik
Gaya ini sangat cantik dengan warna-warna yang menarik untuk Mama yang inginkan penggayaan yang menyerlah. Dengan solekan dan aksesori yang sesuai, perayaan Deepavali tahun ini pasti akan menjadi lengkap dengan gaya ini!
Jangan lupa untuk sedondonkan aksesori Mama sekali dengan baju tau, barulah anggun!
Ada tak inspirasi fesyen Deepavali yang Mama boleh dapat daripada perkongsian ini? Dengan kombinasi warna dan juga aksesori yang betul, Mama pasti dapat menarik perhatian para tetamu dengan fesyen Deepavali tahun ini.
Psst! Mama Siti memang love dengan gaya-gaya ni! Semoga bermanfaaat~
Dapatkan pelbagai tips menarik DI SINI.