Dalam pada semua orang sibuk ‘panic buying’ sehingga lupa pada golongan yang memerlukan seperti warga emas dan OKU. Disebabkan kekangan masing-masing, mereka tak dapat turut serta membeli barangan asas keperluan untuk mereka. Masa ni lah kita nampak sikap selfish manusia tanpa ‘beri ruang’ kepada manusia lain.
MYDIN Utamakan Warga Emas & OKU
Disebabkan hal ini, MYDIN telah memulakan inisiatif istimewa khas untuk golongan memerlukan ini. Perkara ini telah disahkan oleh CEO MYDIN, Datuk Wira (DR.) Hj. Ameer Ali Bin Mydin bahawa mereka akan mulakan operasi 30 minit lebih awal dari biasa bagi membantu golongan memerlukan seperti warga emas dan OKU ini membeli barang keperluan dengan selesa tanpa perlu bersesak.
“Kita menyediakan kaunter khas bermula hari ini sehingga 31 Mac depan bagi memudahkan golongan warga emas dan OKU membuat pembayaran.”
Bimbang kehabisan stok menjadi salah satu sebab kenapa orang lain borong sehingga licin. Jangan risau kerana MYDIN sentiasa menyediakan bekalan yang mencukupi dan membuat persediaan bekalan lebih awal.
“Mydin sentiasa menyediakan bekalan mencukupi dan membuat persediaan bekalan lebih awal susulan berlaku pembelian panik di Singapura, sebelum ini.”
“Orang ramai tidak perlu bimbang dan membuat pembelian panik kerana bekalan mencukupi dan pasar raya dibuka sepanjang perintah berkenaan.”
JAYA GROCER BEROPERASI LEBIH AWAL
Selain daripada MYDIN, pasaraya Jaya Grocer juga mengikut langkah yang sama dengan memulakan operasi lebih awal daripada biasa khas buat mereka yang memerlukan. Alhamdulillah semoga dengan langkah ini dapat membantu memudahkan urusan mereka tanpa perlu mengharungi lautan manusia.
BACA JUGA BAHAN ASAS WAJIB ADA KALAU ‘LOCKDOWN’
Pesan Mama Siti
Oleh itu , Mama Siti berharap yang inisiatif ini dapat membantu golongan yang memerlukan . Buat kita yang sihat walafiat ni , jangalah bersifat selfish .Beli barang macam kita ni kena Lockdown .Padahal ,kita baru kena kawalan pergerakan .Jangan risau , supermarket ni dibuka sepanjang kawalan pergerakan .Ingatlah orang lain yang nak beli barang tu juga.Jangan lupa ,masa keluar nanti. Pastikan pakai hand sanitizer dan sentiasa cuci tangan.