KelabMama

“Meriahnya PINKtober! Tapi apa tu Mama?” Ini Sebab Seluruh Dunia Meraikan PINKtober Sepanjang Bulan Ini

pinktober kanser payudara

Agak-agak macam mana ye nak ceritakan kepada anak-anak Mama mengenai Kempen PINKtober supaya mereka faham dengan senang?

Kempen PINKtober

Kredit Gambar: Tech Wire Asia

“PINKtober” adalah sebutan yang digunakan untuk merujuk kepada bulan Oktober yang menjadi Bulan Kesedaran Kanser Payudara di seluruh dunia. Sebutan “pink” merujuk kepada warna pink yang biasanya digunakan sebagai simbol untuk kesedaran kanser payudara.

Sejumlah besar organisasi, masyarakat sivil, dan individu menyertai usaha ini dengan mengadakan acara-acara khas, kempen pengumpulan dana, serta memakai pakaian atau aksesori berwarna pink untuk menyokong perjuangan Mama melawan kanser payudara.

Kredit Gambar: MEDIA DIGITAL JOHOR

Kempen PINKtober disambut setiap tahun pada bulan Oktober. Tarikhnya bermula dari 1 Oktober sehingga 31 Oktober setiap tahun.

Kempen ni diadakan untuk memberi pemahaman tentang kanser payudara supaya tidak pandang remeh penyakit ini.

Kesedaran daripada kempen ini dapat mendorong Mama Papa untuk melakukan pemeriksaan payudara berkala.

Macam yang Mama Siti explain kan, selain memberikan kesedaran kepada orang ramai, kempen ini jugak membantu untuk mengumpul kutipan dana kepada pesakit kanser.

Pengesanan awal ini akan memudahkan Mama Papa untuk mendapatkan rawatan peringkat awal sekiranya mempunyai kanser payudara.

Simptom Kanser Payudara

Apakah Rawatan Kanser Payudara?

Ada dua jenis rawatan yang boleh dikelaskan, iaitu terapi tempatan dan sistematik.

Terapi tempatan dialah pembedahan dan radioterapi manakala terapi sistemik pula kemoterapi, terapi hormon dan terapi yang disasarkan.

1. Pembedahan

Ada dua jenis pembedahan kanser payudara ni:

Walau macam mana pun, ia bergantung jugak kepada pelbagai faktor termasuk saiz dan lokasi tumor, saiz payudara dan keutamaan peribadi pesakit sebelum memutuskan sama ada pembedahan lumpektomi atau mastektomi.

2. Terapi Radiasi

Kredit Gambar: Healthline

Untuk terapi radiasi ni akan menggunakan sinaran tenaga tinggi untuk membunuh atau mengehadkan pertumbuhan sel kanser dan akan selalunya akan dilakukan sebelum dan,atau selepas pembedahan dilakukan.

Terapi sinaran ini dilakukan untuk mengurangkan saiz tumor dan elakkan ia berulang.

Ada beberapa kesan sampingan sekiranya melakukan terapi sinaran ni. Seperti kemerahan dan kekeringan kulit, bengkak dan sensitiviti meningkat atau berkurangan.

Tetapi kesan ni cenderungnya intuk diuruskan dan sementara saje ada proses melakukan terapi radiasi.

3. Kemoterapi

Kredit Gambar: MD Anderson Cancer Center

Dengan memperkenalkan ubat-ubatan ke dalam aliran darah, kemoterapi membantu untuk menghilangkan sel kanser ini di seluruh tubuh pesakit.

4. Terapi yang Disasarkan

Terapi bersasar ni menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyerang sel kanser secara spesifik. Melalui terapi hormon, ubat tersebut akan melekat pada reseptor protein HER2 lalu menghalang sel tersebut daripada membesar dan merebak.

5. Terapi Hormon

Terapi hormon pula salah satu kaedah rawatan untuk melambatkan atau menghentikan pertumbuhan kanser payudara sensitif hormon dengan menyekat keupayaan tubuh untuk menghasilkan hormon atau mengganggu kesan hormon pada sel kanser payudara tersebut.

Biasanya akan digunakan sebagai langkah adjuvan untuk kurangkan risiko berulangan kepada pesakit dengan kanser payudara sensitif hormon.

Saringan Kanser Payudara

1. Pemeriksaan Sendiri

Mama Siti galakkan Mama lakukan pemeriksaan payudara sendiri je setiap bulan untuk mengesan kalau ada sebarang perubahan atau simptom lebih awal.

Kalau Mama rasa ada apa-apa perubahan, boleh terus pergi ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.

2. Ujian Mammografi (MMG)

Kredit gambar: Nona

Ujian ini dilakukan di mana imej X-ray payudara Mama diambil. Kaedah ini selalunya digunakan untuk mengesan kanser payudara pada peringkat awal.

Tetapi ujian mammografi ni pun kadang-kadang ada yang gagal untuk mengesan kanser di peringkat awal lagi-lagi Mama yang payudaranya padat dan usia muda.

3. Ujian Genetik BRCA

Ujian gen payudara (BRCA) ini ujian darah untuk check perubahan mutasi dalam gen untuk membantu mengawal pertumbuhan sel normal.

Pencarian perubahan dalam gen ni, dipanggil BRCA1 dan BRCA2. Ia dapat membantu mengenal pasti apakah peluang untuk Mama Papa dalam perkembangan kanser payudara dan jugak kanser ovari.

Ujian ni hanya dilakukan untuk Mama Papa yang ada sejarah keluarga yang kuat dalam kanser payudara atau kanser ovari dan kadang kala bagi Mama Papa yang sudah pun ada penyakit ni.

Melalui PINKtober, kita dapat bersama-sama dalam perjuangan untuk mengurangkan risiko kanser payudara, meningkatkan pengetahuan, dan menyokong Mama Papa yang mengidap penyakit ini.

Mama Papa jangan lupa buat medical check up nanti ye. Papa pun jangan ambik mudah ye tentang kanser ni.


Mama ada masalah bengkak susu? Klik di SINI.